Jam 5.40, sebagai langkah mula untuk ketemu semula. 22 tahun adalah tempoh yang agak lama. Jika anak dara atau anak teruna, pastinya ada yang sudah matang untuk mendirikan rumahtangga. Itulah jarak tempoh yang terputus hubungan.
"Salam, mlm ni aku dtg jumpa ang kat Tanjung Malim jam 9pm. Tq."
Itulah sms yang aku terima jam 5.40 petang tadi. Nombor yang tidak dikenali. Lantas aku call semula untuk kenalpasti siapa empunya pemilik sms itu. Berbual lama untuk aku kenalinya. Ok, se untuk berjumpa. Beberapa orang rakan lain aku hubungi untuk dapatkan kepastian berkaitan gerangan. Alhamdulillah, maklumat dikumpulkan.
Di zaman sekolah tingkatan 4 dan 5, merakamkan pelbagai kisah suka dan duka sewaktu bergelar pelajar di asrama. 'Gelaran' pada nama masing-masing akan memudahkan ingatan kembali berputar ke alam itu.
Berjumpa dan berbual. Menarik dengar cerita kejayaan hidupnya. Alhamdulillah.. aku bangga dapat kenalinya sebagai rakan. Rupa paras, gaya bercakap dan lenggok bahasanya tidak berubah. Itulah dia.
Secara jelas penjelasan berkaitan kariernya, apabila umur mencecah 45 tahun..semua urusan bisnesnya dikendalikan oleh orang lain. Beliau tidak lagi memerah keringat dan tenaga. 'Gold Wings' akan menjadi transport barunya untuk beliau bergerak ke sana dan ke mari bersama isterinya. Semoga berjaya dan terus berjaya. Alhamdulillah.
0 Coretan Lain:
Post a Comment