Sep 27, 2006

Awal Ramadhan

Awal puasa pada hari Ahad lalu, kami sekeluarga pulang ke Felda Bukit Senggeh, Melaka. Bersahur dan berbuka di umah mertua. Di siang hari ahad tu, aku & rozita meronda-ronda di Tangkak bertujuan mencari kain utk dijahit baju raya.



Jenuh juga meronda-ronda di bulan puasa...teringat rokok yang menjadi pemanis mulut. Alhamdulillah, dapat diatasi dengan cemerlang.. Hairan sungguh... tiba je bulan puasa, ketagihan rokok tidak dirasai khususnya di siang hari.






Tiba je lepas berbuka, rokok pula yang dicari...
Alangkah bagusnya kalu bulan ramadhan ini dijadikan permulaan berhenti merokok... entah leeeee....




Gerai-gerai ramadhan yg dikelolakan oleh UMNO Bah Kluang di bandar kluang...










Terceratuk dengan pelbagai juadah yang dijual.. jika diikut hawa posa... hancus.. semuanya nak beli... Ini baru ditengah2 bandar kluang.. Blum masuk lagi di taman2 perumahan.

TELATAH ANAK-ANAK :
Amira : dah bleh arap utk berpuasa...






main flash games kat laptop ayah


Amirul...bleh terlupa posa di siang hari...dibukanya peti ais lalu meneguk air milo dlm peti ais. Merajuk bila ditegur oleh amira. Si amirul ni hati kecik skit, mudah merajuk, banyak mengalah, sensitif ttp "caring" ngan adik beradik.


sementara dok menunggu waktu berbuka... main flash games kat pc ayah...dok berlawan ngan kakaknya....sapa menang..





Amir : Hancus setakat ni... kalu ari sekolah, disekolah tadikanya..tetap makan bila tiba time rehat.. maklum le..persekitaran pelajar2 di Tadika Convent...ehhehe..itu le telatah anak-anak...
Continue Reading...

Sep 26, 2006

- Jitu Auto Service centre


motto - "kepuasan anda aspirasi kami"



Ini adalah gambar bengkel ketika mula-mula beroperasi dulu pada April 2006. Asalnya nak buka di melaka tetapi banyak sangat halangan khususnya berkaitan perundangan majlis daerah di melaka. agak rumit gak kerana setiap bengkel yang dibuka mesti secara kelompok maksudnya, di satu-satu kawasan itu semuanya bengkel berkaitan automotif. maka bagi jitu auto service ni jenuh le kerana baru nak bertapak dan bersaing dengan taiko2 yang dah power... maka larilah aku riki di johor. Di johor, situasinya berbeza..bleh buka di mana-mana saja. Alhamdulillah, masa raya aji awal tahun dulu, setelah berbincang dengan anak bapak angkat aku di simpang renggam (zamri-anak wak tumin) dia cadangkan satu tapak yang agak strategik. walaupun bukan di tepi jalan raya besar simpang ke johor... lokasi itu adalah laluan utama ke kag sahari, bersebelahan plak ngan carwash yang dah ada nama. alhamdulillah. promosi percuma le utuk bengkel nih.


Tapak bengkel ini disewa dan diikat selama 12 tahun mulai thn 2007-2019. Alahmdulillah, surat perjanjian sewa tanah telah di "matikan setem"

Setelah dibuat kaji selidik berkaitan pasaran dan saiz pasaran serta pesaing2 sedia ada.. aku nekad, dengan dorongan mem besar... termakbul juga usaha ini. alhamdulillah...

Setakat ni, bengkel melayu di simpang renggam cuma ada 4 buah termasuk kami...manakala begkel kaum lain memang le banyak, hampir 9 buah. Dah ada regular customer dan peniaga2 kemboja di pasar malam di kawasan ini seramai 10 org telah menerima kami sebagai panel mereka. Alhamdulillah. Insyallah, tahun depan dah bleh daftar lesen kewangan, tunggu bank statement yang canteekkk je... Member politik bah simpang renggam sentiasa akan support khususnya yang bekerja di Majlis Daerah Simpang Renggam. Maklum le MDSR belum ada penal untuk pembaikan kenderaan mereka. Mudah-mudahan, termakbul usaha murni kami ini...
Sedang berusaha untuk menyediakan "jack kete".. utk nampak lebih gah di mata pelanggan.

Inilah logo bengkel kami. Setiap pelanggan yang menerima perkhidmatan pembaikan kenderaan di bengkel kami akan menerima stiker untuk ditampal di cermin belakang kereta. Seronok x terkata apabila terpandang kereta2 yang menjalar di jalan raya khususnya di simpang renggam yang mempunyai stiker tersebut. Insyallah, akan dibentuk kad ahli bengkel untuk pelanggan menerima diskaun ke atas setiap pembaikan di masa akan datang.

Ini plak Ketua Mekanik.. nama ijan (ROSNIZAN PAIMAN)... 0197774012. Dulu tamat Politeknik Kota Melaka dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Bermula dengan kerjaya di kilang sebagai supervisor... dapat bertahan dalam 3 bulan, nampak gayanya dia memang x minat keje kilang. balik kampung dan sanggup keje pomen/mekanik dengan gaji permulaan rm350... kerana minat semua boleh jadi... setelah 4 tahun sebagai mekanik di melaka dengan pengalaman handle 2 cawangan bengkel taukenya di merlimau dan bemban... dia macm kompiden je... apa lagi, abang iparnya pun buat tawaran peluang untuk dia berniaga sendiri... dia pun minat...



Ini plak mekanik. Namanya pejon (FAIZUL). No hp nya ialah 0137805747. Dulu belajor di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan dalam bidang seni bina. Pelbagai pengalaman hidup yang dia dah tempuh. Tetapi terdapat nilai, bakat dan minatnya yang boleh dicungkil. Diajak bersama untuk memajukan syarikat/bengkel ini. dia pun sambut...maka menetap le dia simpang renggam untuk mempelajari selok-belok kerjaya sebagai mekanik...

Azam kami warga G2 AUTO....akan membuka cawangan ke dua dalam tempoh 5 tahun lagi (2010) di kluang, johor. Insyaallah..dengan nekad yang JITU...dan disusuli dengan izin ALLAH SWT dan restu ibu dan bapa serta sanak-saudara juga para pelanggan... semuanya akan dapat dicapai.



















Contoh-contoh kenderaan yang sedang dibaiki oleh kedua-dua orang mekanik di bengkel ini.

salam utk semua.
azlanlin
pengurus
G2 auto.
Continue Reading...

Gambar keluarga

ni dia gambo ahli keluarga kami....
azlan, rozita, amira, amirul dan amir ini le gambar aku yang sememangnya fotogenik.. hehehhe

ini plak gambo mem besar, rozita paiman yang telah diedit guna adobeCS. Background asal ialah ruang dapur umah jer.. kemudian di edit bubuh colour biru..mcm di kedai jer.....Ia dicuci khas untuk membuat lesen memandu yang baru lulus.. heheh.. untung gak bleh edit sendiri.. maklum le, kalu ke ke dai gambor dah kena RM8.00 utk 4 keping tetapi kalu edit sendiri dan hantor ke kedai, cuma RM0.40 je utk 8 keping gambor paspot atas saiz gambar 4r..... Bayangkan betapa besarnya margin keuntungan kedai gambor digital...perggghhh...
BEST GAK satu ari nanti bleh bukak kedai gambor digital plak... mana le tau tuah ayam nampak di kaki... tuah orang nampak di mana yek?
Ini plak gambor anak yang ke2, amirul. gambor ni diambil dan diedit sempena nak buat kad id sekolah agamanya masa awal tahun dulu... maklum le sekolah agamanya x buat..maka ayahnya kena buat sendiri le supaya senang semua pihak... Background warna oren pun cuma dinding umah di ruang tamu jerr.. heheh
Maaf gambor anak sulung (amira) dan anak ke3 (amir) x de dlm pc ni... cuma ada dlm laptop. malas plak nak on kan...mungkin lain kali plak kut utk di upload....insyallah..
Continue Reading...

Sep 16, 2006

Langkah kehidupan

SAAT-SAAT PENTING DALAM HIDUP

:: Januari 1995 ::
Berkonvoi motosikal dengan Sabri (Anak Pak Din Cendoi) dari Pantai Remis ke Johor. Memulakan kerjaya sebagai guru di SRJK(T) Ladang Kulai Besar, Kulai. Pengalaman hidup di tempat orang mengajar erti hidup... susah senang tanggung sendiri.

:: Jun 1996 ::
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat doa arwah ibu dan usaha bang cik dan kak dah serta ahli keluarga, selesailah sudah majlis pertunangan aku dengan ROZITA PAIMAN. Bertungkus lumus ahli keluarga menyelesaikan majlis itu dengan jayanya di mana umah bangcik ketika itu di Bandar Muadzam Shah menjadi tempat "bertanggak" sebelum bertolak ke Felda Bukit Senggeh.

:: Ogos 1996 ::
Termetrailah sudah ikatan perkahwinan antara azlan dan rozita. Gitu le gamaknya kalu jadi adik bongsu dalam keluarga. Kebanyakan urusan perkahwinan, dikelolakan oleh abang-abang dan kakak... Sayangnya ketika tarikh penting dalam idup aku ketika itu, bang cik yang banyak menjayakan majlis tersebut x dpt bersama kerana bangcik berada di jepun atas urusan kerja. Waduh..gawat ni... semua urusan "kepala rombongan" diserahkan kepada sahabat baiknya di smk teknik muadzam shah (namanya, aku dah x ingat). Jasa dan keringat kalian takkan kulupakan hingga ke akhir hayat.. terima kasih semua...
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template