Mar 3, 2025

03.03.2025 : Apa itu CT Scan - Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.

Aku teringat, bulan Mac 2025 aku perlu ke HRPB, Ipoh untuk CT Scan. Ada ubatan yang perlu aku makan sebelum ke HRPB. Cuma, tarikh sebenar aku lupa.

Ketika menunggu panggilan untuk proses CT Scan di HRPB, Ipoh.



Slps tarawih Ramadhan di Kinding, aku tiba di rumah jam 10.00mlm. Aku mula cari fail rawatan hospital, juga ubatan dalam bakul. Jumpa...!

Aku mula belek butiran jenis-jenis ubatan yang perlu dimakan sebelum melakukan CT Scan. Juga aku belek dalam borang temujanji CT Scan. Sah, bertarikh 03 Mac 2025.

Sebelum tidur jam 11.00pm, 8 biji ubat perlu dimakan. Awal sahur perlu dimakan juga. Ada 2 fasa. Fasa pertama, sebelum sahur jam 5.00pm ada 1 biji. dan fasa 2 jam 6.15am selepas sahur ada 8 biji ubat harus dimakan. Kendian, niat sahur. Selesai.

Jam 7.30am, aku mula bergegas ke HRPB, Ipoh untuk temujanji jam 9.00am. Aku perlu tiba awal kerana parking agak sesak. Jam 8,30am aku tiba di HRPB. Seperti biasa parking penuh dan harus parking di luar kawasan hospital. Aplikasi Park@Perak berfungsi semula untuk membayar jumlah 3 jam parking, bernilai RM1.80. 

Aku masuk ke perkarangan hospital. Tak ingat dah ke mana mau dituju. Aku bertanya di beberapa kaunter sepanjang menghala ke Bilik 5 - Ruang CT Scan. 

Ini nombor giliran aku. 5004. Done dan tunggu..!!


Continue Reading...

Feb 8, 2025

KOMUTER : Siri 2 - Menempah online tiket OKU - PERCUMA.

08.02.2025 - Jam 2.00pm. Aku meneroka aplikasi KTM untuk tempahan tiket secara online. Aku temui butang/ruang tempahan tiket. 



Aku memilih lokasi mula dan akhir perjalanan. Aku bermula dari Ipoh mahu menuju ke Padang Besar. Kali ini aku memilih perkhidmatan komuter KTMB. 

Baru aku tahu bahawa aku layak menaiki perkhidmatan Komuter KTMB secara PERCUMA atas tiket OKU. 

********

Benar kata anak-anak aku yang kian dewasa. Mereka telah dewasa dan punyai kerjaya masing-masing. 

"Ayah kena ada hobi", kata Amir. Terfikir juga aku, selama ini aku terlupa tentang apa hobi aku dalam kehidupan ini. Sebelum ini, aku sedikit sibuk dengan hal-hal urusan kerja dan keluarga. Aku terlupa perihal tentang apa yang aku suka lakukan (hobi). Anak semakin dewasa, aku pula menjadi remaja...!!

Nah, inilah masanya. Ke sana sini dengan Komuter @ ETS. Jika menaiki Komuter adalah percuma. Pilih sahaja hari dan masanya. Carilah ruang. Pilihlah peluang. 
Ambillah mana yang sempat..!!

****
Tiket telah ditempah. Tiket KTM utk komuter bagi pemegang kad OKU. Tiket sah penggunaannya selama setahun yakni hingga 31 Disember 2025. 




Jam 2.15, bergegas aku ke KTM Ipoh. Komuter terhampir jam 3.00 petang untuk ke Padang Besar. Aku tiba di KTM Ipoh. Parking tersedia. Tak perlu susah payah mencari parking. 

*****

Aku bergerak ke ruang bangunan KTM. Inilah kali pertama aku merasainya. Ramai juga yang menggunakan perkhidmatan KTM. Baru aku tahu.

Ramai berbaris pada gate A. Aku join. Aku tak tahu mana nak tuju. Aku scan Code Tiket KTM. 

"Pakcik nak ke mana tu", tanya petugas wanita cantik dan berbaju kuning. Pakaiannya kemas dan rapi. 

"Saya kali pertama naik. Nak ke Padang Besar". balas aku. Aku tunjuk tiket padanya. 

"Pakcik, scan semula untuk keluar ya.". Ini untuk gate ETS. Tiket pakcik untuk komuter sebelah sana", kata petugas tu sambil menunjukkan arah.

Selesai - Siri 2. 

Continue Reading...

KOMUTER : Siri 1 - Mendaftar Aplikasi KTMB/ETS untuk Golongan OKU

Hari ini, aku menghidupkan semula kehidupan yang telah lama kaku. Kaku membeku.

Ipoh, memiliki perkhidmatan KTM yang efisyen kepada pengguna perkhidmatan awam khususnya komuter dan ETS. 




Aku telah mula mendaftar elemen OKU dalam aplikasi KTM. Aku mula mendaftar online pada hari Ahad (02.02.2025) dengan upload dokumen pdf tentang kad pengenalan dan kad OKU. Pada hari Rabu malam (05.02.2025) aku buka semula aplikasi tersebut. LULUS. Namun, aku perlu upload sekali lagi dokumen OKU secara digital (fail pdf) untuk pengesahan. LULUS.

Pendaftaran OKU memberi kemudahan kepada warga OKU untuk mendapat tiket percuma iaitu RAILPASS. Contohnya, aku memilih  memilih komuter ke utara. Bermakna sepanjang perjalanan ke Utara walau ke mana stesyen adalah percuma. Tiket RAILPASS sah selama setahun. 




Aku mula merancang perjalanan dari Ipoh ke Padang Besar dengan menaiki KTM. Pelbagai info dicari kat Tiktok dan beberapa bacaan tambahan perihal perjalanan dan penginapan. 


Selesai sesi 1.
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template