Pada 29 September 2023, jam 1.00 petang, aku ke wad kecemasan Hospital Besar Raja Bainun Ipoh akibat sesak nafas dan dada terasa ketat. Doktor lakukan ECG,ambil tekanan darah dan x-ray. Keputusan belum peroleh. Setelah ada katil kosong, aku diletakkan di wad 5A untuk pesakit lelaki dengan suspek masalah jantung. Selama 3 hari 2 malam aku berada dalam wad. Doktor bekalkan pelbagai ubatan hospital untuk tempoh sebulan. Ada ubat darah tinggi, ubat cair darah, dan macam-macam lagi.
"Tak boleh berterus sebeginilah", kata hati kecil aku.
Nikotin dan tar dalam tembakau menyumbatkan aliran darah. Benarkah? Aku jenis jarang ambil tahu perihal kesihatan. Kini, aku mula ambil berat tentang kesihatan kerana di usia ini, kesihatan adalah harta percuma yang paling mahal nilainya.
Kolestrol : 5.35
Walau bagaimanapun, aku masih confius dgn keputusan ECG, X-Ray dan Ujian darah untuk meletakkan aku dlm kondisi sakit jantung...