Pintu langit akan terbuka. Tajuk ini pastinya memberi satu konotasi yang menggegarkan pemikiran. Penggegaran alam pemikiran manusia yang membaca tajuk ini pastinya akan meletuskan persoalan dan pertanyaan. Apakah itu pintu langit akan terbuka?
PASTI... maklumat sedia ada dalam pemikiran seseorang itu akan diolah dan ditafsir berdasarkan pemikiran seseorang itu sendiri. Maka, bermulalah alam pemikirannya membayangkan sebuah daun pintu terkuak (pintu rumah) di langit membiru. Akhirnya, terletuskan di alam pemikiran seseorang itu bahawa di dada langit membiru, terbuka sebuah pintu agar mampu menembusi alam langit tersebut... PASTI dan PASTI. Itulah yang berlegar dalam kotak pemikirannya. Maka, penafsiran sebegitu adalah berbeza dan sukar untuk keluar daripada kotak pemikiran.
BERSEDIAKAH...pintu langit akan terbuka? |
Tertutupnya sebuah pemikiran manusia
Tertutupnya sebuah kotak pemikiran, akibat daripada penafsiran minda terhadap maklumat yang diperoleh daripada enam pancainderanya yang tersendiri. ENAM PANCAINDERA itu ialah :
1. mata - penglihatan,
2. telinga - pendengaran,
3. mulut -
percakapan,
4. hidung - bau
5. lidah - rasa
6. kulit - haba
Segala penafsiran maklumat daripada pancaindera itu, akan dihantar ke otak. Maklumat tersebut diproses hingga memberi kesan pada tingkahlaku seseorang. Dalam hal ini, pemprosesan maklumat akan berlegar kepada pengetahuan sedia ada seseorang. Maka,jika pemikiran seseorang masih tertakluk kepada maklumat pancaindera, seseorang itu masih berfikiran biasa-biasa saja.
Ramaiiiii... kata P.Ramlee.
Ramaiiiii... kata P.Ramlee.