Jan 31, 2014

HIJAB : EGOnya Kita

Itu aku punya.
Ini aku punya. 
Aku mahu itu.
Aku mahu ini.
Aku mesti dapatkan yang itu.
Aku mesti dapatkan yang ini. 
Semuanya aku mahu.
Mahu pada yang memenuhi keperluan diri.
Yang baik dan yang indah-indah saja
Yang buruk dan menyakitkan mahu dihindari

Inilah yang sering bermain di benak minda kita. Senantiasa memikirkan hal-hal yang berada di sekeliling kita. Sebolehnya, semua yang ada disekeliling kita ingin kita dapatkan. Itulah diri kita yang sering cuba memenuhi keinginan dan keperluan diri. Semakin banyak yang kita peroleh, semakin meningkat keinginan terhadap hal-hal yang lain pula. Tidak pernah puas dengan apa yang diperoleh.

EGOnya kita

Ini kerana sifat keakuan diri yang terlalu tinggi. Dalam ilmu psikologi, sifat keakuan ini wujud hasil daripada sifat id dan egois yang sangat tinggi. Namun sifat superego dapat meneutralkan keinginan-keinginan yang kerap membuak. Ini pernyataan dari sudut ilmu kejiwaan barat (psikologi). Boleh baca DI SINI.

Jika kita telusuri dalam ilmu keagamaan, ID dan EGO inilah yang menjadi hijab atau dinding atau tabir yang menutup pandangan mata hati kita untuk mengenal diri sebenar diri seterusnya untuk mengenal pencipta kita. 

Asasnya, sewajarnya kita perlu memahami penjelasan perihal konsep kewujudan jasad dan roh. Kedua-dua elemen ini merangkumi Ilmu Mengenal Diri. Sepengetahuan saya, Ilmu Mengenal Diri ini tidak diajar secara formal kepada kita sejak di bangku sekolah. Awalnya, pada sangkaan saya, barangkali konsep ilmu mengenal diri ini memerlukan kefahaman yang tinggi. Hakikatnya, segala kefahaman kita adalah dengan izinNya, segalanya menjadi mudah. InsyaAllah.

Ilmu Mengenal Diri

Ilmu Mengenal Diri ini dapat ditelusuri menerusi pelbagai jalan (kaedah / ilmu pengetahuan).  Jalan-jalan ini dapat membawa kita ke jalan yang lurus. Jalan yang lurus inilah  akan membawa kita ke arah mengenal Allah. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat ke 41 bahawa :

A041
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.  (Al-Israa' 17:41).


 Hakikatnya, pelbagai jalan boleh ditelusuri untuk mengenal diri sehingga dapat mengenal Allah. Jalan-jalan ini sebenarnya untuk membentuk iktiqad dan tauhid kita kepada Allah. Namun, saya bukanlah orang yang sewajarnya menjelaskan tentang hal ini. Walau bagaimanapun, atas dasar perkongsian, saya ingin berkongsi tentang kewujudan buku berkaitan Ilmu Mengenal Diri yang ditulis oleh Hj Shaari. Penulisan buku tentang ilmu ini berasaskan  Pusaka Ilmu Tok Kenali. Boleh klik DI SINI. Terdapat 5 buah buku yang ditulis oleh Hj Shaari. Buku-buku tersebut ialah :


 






Setakat ini, saya tidak berniat untuk mengupas setiap penulisan yang telah digarapkan dalam 5 buah buku ini. Saya hanya untuk berkongsi tentang kewujudan buku-buku ini. Buku-buku ini boleh didapati di pasaran khususnya di kedai-kedai buku di kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Amin Ya Rabbal A'lamin...
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template