Nov 1, 2023

01.10.2023 - Rawatan Susulan : Sakit Jantung

Hari ini aku bergegas ke Hospital Raja Bainun. Ada dua hal yang harus diselesaikan. 
Pesakit yang ramai di Hospital Raja Bainun, Ipoh. Ini di kawasan Unit Pengambilan Darah.


Pertama, urusan rawatan susulan sakit jantung yakni proses ambil darah. Ujian darah ini untuk mendapatkan keputusan kandungan darah setelah sebulan aku keluar wad tempoh hari. Barangkali perkaitan kesan ubatan yang hospital bekalkan dengan tahap kesihatan jantung. 


Menunggu lebih kurang 1.30 minit, barulah nama dipanggil utk menerima 3 botol kecil utk mengisi darah. Masih menunggu dipanggil lagi utk proses mengambil darah pula.


Kedua, aku perlu ambil stok ubatan susulan yang sama jenis dengan stok awal keluar wad tempohari. 

Beralih pula ke Farmasi Komplek Pakar untuk mengambil stok ubat. 

Farmasi Kompleks Pakar

Stok ubatan untuk 2 bulan

Sudah hampir sebulan aku keluar wad berkaitan suspek sakit jantung, aku telah ambil beberapa pendekatan untuk menjaga badan diri. Pertama, pengurangan jumlah merokok yang agak ketara. Dulu, seminggu sebanyak satu karton (12 kotak). Kini, seminggu sekotak sahaja. Kedua, selepas pulang dari tempat kerja aku akan bristwalk di tempat riadah Tanjung Rambutan. Badan terasa bersemangat untuk bersenam. Juga tidak lagi berasa lesu.
BriskWalk di tapak lokasi riadah Tamjung Rambutan (berhadapan dengan Petronas)

 Alhamdulillah, terdapat perubahan positif pada badan diri. Apakah perubahannya?
1. Tidur lebih berkualiti (nyenyak dan mudah bangun pagi).
2. Tiada lagi berkahak sebelum dan awal bangun pagi. 
3. Tiada batuk-batuk sewaktu tidur (sebab tidak terjaga lagi ketika tidur akibat batuk).
4. Mula bersemangat untuk melakukan aktiviti kehidupan (sebelum ini berasa seperti mayat hidup shj. Malas dan tidak bersemangat utk melakukan sesuatu aktiviti).
Continue Reading...

Oct 26, 2023

26.10.2023 - Tersentuh emosi : Mendaftarkan nama di Klinik Berhenti Merokok

Hampir sebulan, amat berkurangan jumlah rokok yang diambil. Seingat aku tak sampai 4 kotak dihabis untuk tempoh sebulan. Perubahan yang baik. Kini, semakin kurang dan disusuli dengan batuk dan demam. Hal ini menyebabkan ketagih rokok dapat dikurangkan. 




Hari ini, aku ambil keputusan untuk ke arah berhenti merokok. Selama sebulan, pelbagai simptom awal pada badan kian terasa. Seolah bingung, pening, mual dan emosi kurang stabil. Benarlah begitu apabila aku buat sedikit bacaan di internet tentang kesan pada tubuh badan untuk tempoh berhenti merokok.

Simptom yang awal sedang lalui. Beberapa simptom lain bakal berlaku adalah seperti ini :

·       Sakit kepala

·       Mual

·       Insomnia 

·       Nafsu makan meningkat

·       Tidak dapat menumpukan perhatian

·       Berpeluh

·       Gelisah

·       Cepat marah dan hilang sabar

·       Kemurungan


Sumber : Klik di sini

Alang-alang aku melalui dan menempuh hal ini, ada baiknya aku ambil keputusan untuk berhenti merokok secara beransur dan dengan bimbingan serta pemantauan doktor pakar. Aku ada dua pilihan. Pertama, aku berhenti merokok dengan lakukan sendiri tanpa pemantauan mana-mana pihak. Kedua, aku berhenti merokok dengan pemantauan daripada doktor di Klinik Berhenti Merokok yang berhampiran. Jadi, aku memilih pilihan kedua. Sekurang-kurangnya ada juga sijil berhenti merokok apabila selesai proses ini nanti.

Aku yakin bahawa bukan mudah untuk berhenti merokok. Tubuh badan berasa kurang selesa. Tumpuan semakin berkurangan. Haisss.... aku perlu lalui juga.

Hari ni, 26.10.2023, aku telah ke Klinik Berhenti Merokok (KBM) untuk mendaftar tarikh pertemuan dengan doktor untuk sesi 1. Aku akan ke KBM pada 10.11.2023 (Jumaat) - 2 minggu lagi.


Aku juga telah membuat bacaan tambahan perihal Klinik Berhenti Merokok. Ada modul yang disediakan untuk perokok yang mahu berhenti. Pihak KBM menggunakan modul ini untuk membantu perokok tegar yang berniat dan bertindak untuk berhenti..



Sumber : Klik di sini

Continue Reading...

Sep 29, 2023

29.09.2023 - Tersentuh emosi : Ke arah tabiat berhenti merokok.

Di usia 50an, kudrat dan otot semakin melemah. Kesedaran ini harus ada dalam diri agar segala tingkahlaku dan kerja buat seiring dengan usia dan tenaga.

Pada 29 September 2023, jam 1.00 petang, aku ke wad kecemasan Hospital Besar Raja Bainun Ipoh akibat sesak nafas dan dada terasa ketat. Doktor lakukan ECG,ambil tekanan darah dan x-ray. Keputusan belum peroleh. Setelah ada katil kosong,  aku diletakkan di wad 5A untuk pesakit lelaki dengan suspek masalah jantung. Selama 3 hari 2 malam aku berada dalam wad. Doktor bekalkan pelbagai ubatan hospital untuk tempoh sebulan. Ada ubat darah tinggi, ubat cair darah, dan macam-macam lagi.

"Tak boleh berterus sebeginilah", kata hati kecil aku.


Nikotin dan tar dalam tembakau menyumbatkan aliran darah. Benarkah? Aku jenis jarang ambil tahu perihal kesihatan. Kini, aku mula ambil berat tentang kesihatan kerana di usia ini, kesihatan adalah harta percuma yang paling mahal nilainya.


Kolestrol : 5.35

Walau bagaimanapun, aku masih confius dgn keputusan ECG, X-Ray dan Ujian darah untuk meletakkan aku dlm kondisi sakit jantung...


Continue Reading...

Feb 12, 2023

12.02.2023 - Rim Bengkok : Terima kasih rakan Mercedes Perak.

TERIMA KASIH RAKAN MERCEDES PERAK.

Bulan lalu, tayar depan sebelah kiri sering keluar angin. Terpaksalah pergi ke kedar tayar untuk pastikan sama ada tayar bocor atau tidak.

Tayar sudah kehabisan angin

Mekanik tayar buat pemeriksaan. Tayar tidak bocor. Ada kebocoran kecil antara tayar dan rim. Penyelesaiannya, cuci tayar kerana diandaikan ada pasir² halus yang melekat antara tayar dan rim. Tak mengapa, cucilah dulu. 


Ada kebocoran kecil antara tayar dan rim

PARAH NIH...

Selang beberapa hari, angin tayar masih keluar. Aku perlu ke tempat pam tayar di Petron Taman Kinding.
Setiap hujung minggu, aku perlu pam tayar lagi. Parah ni.


Akhirnya, aku menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bro Mus, orang kuat rakan group mercedes Ipoh. Beliau cadangkan membaiki rim. Bagus juga cadangan tersebut. Dapat pengalaman baharu di Ipoh ni. Berlokasi di Kawasan Perindustrian Silibin.


Sabtu, aku menghantar rim di bengkel membaiki rim tayar. Rim ada sedikit bengkok. Dengan kos dipersetujui (RM130.00) rim menjadi seperti baru. Siap cat lagi.
Continue Reading...

Jan 26, 2023

26.01.2023 - Si Pekak dan Si Buta

Guruh tak terngiang telinga Sang Pekak
Kilat tak menyilau mata Sang Buta

Masyarakat moden kini kurang berminat dengan bahasa yang memiliki kata bidalan. Umumnya, penutur Bahasa Melayu lebih menggemari bahasa yang ringkas dan mudah difahami.  

Mengapa begitu?

Bahasa yang mempunyai kata bidalan memerlukan penaakulan yang lebih mendalam.  Sesungguhnya, Pada masa kini  kata bidalan seperti di atas amat jarang diketahui oleh masyarakat umum. Keunikan kata bidalan ini sama erti dengan "Akulah Si Buta dan Si Pekak".

Penaakulan bahasa mampu menguak ruang pemikiran secara positif terhadap makna setiap ujaran manusia. 

Selamat berbahasa...


 

Continue Reading...

Jan 22, 2022

22.01.2021 : Tahniah Cikgu Norzety : Pelancaran Buku "3 Little Puffer Fish"

Tahniah kepada Cik Norzety binti Abdul Aziz. Guru Prasekolah - Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh telah membuat pelancaran buku cerita Bahasa Inggeris Prasekolah "3 Little Puffer Fish" sempena Program One Fun Day With Kids telah berlangsung pada 20.1.2022 di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Setelah pelancaran tersebut, buku ini bakal diterbitkan juga bagi membantu proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Prasekolah dan disebarluaskan ke prasekolah di negeri Perak.

Pelancaran Buku 3 Little Pufer Fish

Program One Fun Day With Kids adalah usahasama antara Unit Perpustakaan IPGKI dan Unit Prasekolah Seri Mawar, IPGKI. Aktiviti yang berlangsung dalam program tersebut ialah aktiviti bercerita daripada empat (4) orang pelatih UiTM  yang menjalani latihan industri di Unit Perpustakaan, IPGKI. Selain itu, pelajar prasekolah Seri Mawar turut menghasilkan penanda buku dengan bimbingan ibu bapa masing-masing.

"Jabatan Ilmu Pendidikan menyokong usaha murni penerbitan buku "3 Little Puffer Fish" untuk kegunaan pelajar prasekolah Seri Mawar, IPGKI dan akan disebarluaskan ke prasekolah di negeri Perak", kata En, Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI.

Selain itu, program ini turut mendapat perhatian dan liputan secara langsung oleh wartawan Perak Kini iaitu En Ramli bin Ahmad Rozali. Berita tersebut telah dimuatnaik di Facebook Perak Kini (Klik di sini).

Rakaman video daripada FB Perak Kini


"Program ini mendapat sokongan sepenuhnya ibu bapa pelajar prasekolah Seri Mawar, IPGKI sepanjang program berlangsung. Nilai murni hubungan mesra ibu bapa dan guru terhadap anak-anak didik prasekolah ini dapat dirangsang sepanjang program ini berlangsung", kata En Ahmad Jalalulail bin Abd Manaf, Ketua Unit Prasekolah yang setiasa menyokong dan membantu perjalanan program yang dirancang oleh Cikgu Norzety.

Kebersamaan membawa penyatuan dan kejayaan

Cikgu Norzety yang sentiasa mesra dengan pelajar prasekolah


En Ahmad Jalalulail, Ketua Unit Prasekolah sentiasa
menyokong usaha murni aktiviti Prasekolah Seri Mawar, IPGKI



Continue Reading...

May 30, 2020

CARA MEMATIKAN ANAK POKOK YANG TUMBUH MELIAR

Anak-anak pokok yang tumbuh di kebun dan perlu dimatikan supaya tidak mengganggu pokok tanaman yang lain.

Pelbagai cara boleh dilakukan. Ada yang akan mencabut pangkal pokok, ada yang memangkas, ada yang membakar dan sebagainya.

Saya terjumpa satu cadangan daripa seorang  rakan fb (Azeman Mohd) iaitu meletakkan racun khas. Agak menarik untuk saya.

Alatan yang diperlukan ialah racun berjemana TriEaster 32(250ml) dan 1.5 liter diesel.

Caranya ialah :

1. Campurkan racun 32(25ml) dengan diesel. (Tidak pula dinyatakan kuantiti campuran untuk kedua-duanya).
2. Gaulkan keduanya hingga sebati
3. Ambil berus cat dan celupkan ke dalam campuran tersebut.
4. Sapukan berus itu ke pangkal pokok yang mahu dimatikan.
5. Lihat kesannya dalam tempoh 2 minggu. Dedaun akan kelihatan kekuningan.

Selamat mencuba :

****"
Saya lampirkan penulisan asal penulis tersebut.


HAW TO KILL ANAK POKOK RUBBER
1st .... you go to kedai racun and buy TriEaster 32(250ml) and 1.5 litre diesel.
2nd... than you mix kedua-duanya sekali and you kacau kacau sampai sebati
3rd... you sapu at pangkal anak pokok getah allround like the picture. You can use berus cat untuk dolet2 this racun.
You wait after two week and you look the daun kekuning2an.
Ok by Happy mencuba.
#tugasanonlinePKPB😀

*****



Continue Reading...

Jan 19, 2020

KAU BUNUH CINTA


KAU BUNUH CINTA

Kerna cinta kau lahir
Kerna cinta kau berzahir
Kerna cinta kau mahir

Sayangnya
Kau bunuh cinta
Cinta pada Pencipta
Cinta pada makhlukNya
Cinta pada alamNya

Sayangnya
Kau bunuh cinta
Akibat lebur cinta pada takhta
Akibat lebur cinta pada harta
Akibat lebur cinta pada wanita

Sayang
Kembali pada Pencipta
Baru sedar bahangnya cinta
Baru sedar tenangnya cinta
Baru sedar kehidupan cinta
Kembalilah duhai cinta

ABL, Ipoh
19.01.2020 - Ahad
1.42am.


Continue Reading...

Jus buahan dan sayuran

Kondisi tubuh badan pada peringkat umur menginjak ke 50an, amat terasa berbeza dibandingkan dengan umur ketika 30an. 
Dengan tiada disiplin pemakanan yang seimbang, posisi perokok tegar, kekurang latihan bersukan merangsang badan diri cepat letih dan kurang bermaya.

Suatu gerak laku perubahan diri perlu dilakukan. MINUM JUS SEGAR. Bertujuan untuk kesihatan badan diri. Ayuh, kita buat jus buahan dan sayuran segar. Sistem penghadaman (usus) menjadi lebih lancar. Sistem tubuh badan juga memerlukan enzim daripada buahan dan sayuran segar.

Campuran lemon, timun cina, tomato, kunyit, daun sadri, lobak merah.

Segar

Continue Reading...

Feb 9, 2019

Jom Menulis Kisah Hidup..!

Menulis!.
Hanya satu perkataan sahaja. Mudah ditaip dan mudah dieja. Apatah lagi mahu dibaca, memang senang.

Bila direnung, mahu merangkaikan bait perkataan membina ayat sememangnya sukar. Kekadang, idea mencurah, kekadang idea kering-kontang. Kekadang, lancar menaip. Kerap kali pula memandang skrin komputer tanpa berbuat apa-apa. Tutup laptop.

Itulah dia..!!

***
Hari ini, hati tersentap. Memandang iklan yang rakan hantarkan menerusi whatsapp. Hanya sekeping gambar iklan. Simple saja, tetapi bermakna sehingga meregut tangkai jantung.

"Aku nak join", gerutu hatiku.

Aku membaca dengan teliti, ayat-ayat iklannya. Aku terus menghantar message kepada rakan.

Join la, balasnya.


Ayuh, mari kita menulis. Menulis kisah hidup, memang menyeronokkan. Visualisasi menerawang sejak kecil hingga kini, tentunya punyai pelbagai kisah dan ragam. Ketik aja aksara di keyboard.

Continue Reading...

Dec 27, 2018

KOSONG : TIADA ADA

Tahun 70an, hidup berumah di kampung berlantaikan papan dan berbumbung atap. Masa berlalu, hari berganti hari, kehidupan sedikit berubah. Ayah meneruskan pencarian rezeki sebagai nelayan. Abang-abang juga sudah mulai bekerja dan membantu biaya pembinaan rumah secara beransur-ansur.

Dinding rumah papan sudah berganti batu dan simen. Bumbung pula sudah berganti atap kepada zink. Lokasi rumah yang sama, rupa bentuk yang berubah. Begitulah, masa berlalu, kehidupan juga sedikit berubah.


*********

Kini, minda aku seolah kosong dan tiada idea tetapi otak tetap ada. Aku tetap tersenyum. Minda sudah tidak seligat dahulu untuk menggarap idea penulisan. Apakah aku sudah berumur dan tua?

Alam fikiranku KOSONG, Tiada Ada.








Continue Reading...

May 8, 2018

IMPIAN Budak Kurang Pandai, Menggapai KENYATAAN

"Amirul, apa yang awak tulis ni?"
"Saya suka lukis bentuk kereta di tahun 2050 nanti."
"Kan saya suruh tulis karangan tentang suasana bandaraya negara kita di tahun 2050 nanti. Saya suruh tulis. Siapa yang suruh lukis?"
"Ya, cikgu. Saya tak pandai nak mengarang ayat tentang bandar. Tetapi saya boleh melukis kenderaan di bandar. Maafkan saya cikgu..." semakin merendah suara budak kurang pandai itu.

Budak kurang pandai itu terus menyuap nasi lemak yang dibeli di kantin sekolah. Berbekalkan air sirap yang dibawa dari rumahnya. Sambal nasi lemak yang pedas di tolak ke tepi pinggan. Telur goreng mata kerbau dirincik halus itu, digaul dengan nasi lemak.

Loceng sudah berbunyi. Murid mula bergegas beratur di tepi bilik darjah. Suasana sedikit keriuhan dengan suara kanak-kanak. Itulah penanda selesainya waktu rehat.

"Assalamualaikum Cikgu" lantang suara Ketua Kelas 5 Amanah dan diikuti pelajar-pelajar lain.
Cikgu Rozita menguntum senyuman di bibir. Lirik matanya terus memerhati wajah-wajah suci anak muridnya. Wajah yang dahagakan ilmu demi mencungkil bakat dan potensi diri mereka.

"Hari ini kita akan buat model kerete futuristik. Bentuk kereta masa akan datang  di tahun 2050. Cikgu tahu, murid cikgu memang bijak melukis model kereta. Ketua kumpulan, sila ambil kertas A4 di atas meja cikgu", lantunan suara Cikgu Rozita yang memang lembut dan mengasyikkan.

Ketua kumpulan mengambil kertas A4 dan mengagihkan kepada pelajar lain. Amirul, budak kurang pandai itu mula senyum dan mencapai pensel dan pemadam.

"Bestnya. Aku nak lukis kereta ada sayap. Enjin turbo. Lampu ada LED," hati Amirul mula berkata tanpa huruf. Mindanya mula memasuki ruang imaginasi. Melakar gambaran kereta furutistik.















Continue Reading...

Jan 1, 2018

Manusia Spiritual / Makhluk Langit

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Kita adalah MAKHLUK SPIRITUAL yang mengalami pengalaman-pengalaman manusiawi.

"Kita bukanlah manusia yang mengalami pengalaman-pengalaman spiritual, kita adalah makhluk spiritual yang mengalami pengalaman-pengalaman manusiawi."

Manusia bukanlah ‘makhluk bumi’ melainkan ‘makhluk langit’. Kita adalah makhluk spiritual yang kebetulan sedang menempati rumah kita di bumi. Tubuh kita sebenarnya hanyalah rumah sementara bagi jiwa kita. Tubuh diperlukan kerana salah satu syarat untuk hidup di dunia.

Fahamilah, tubuh ini mengalami evolusi perkembangannya dan akan rosak. Akhirnya tidak dapat digunakan lagi.Pada saat itulah jiwa kita akan meninggalkan ‘rumah’ tubuh ini untuk mencari ‘rumah’ yang lebih layak (Kembali kepada Allah). Keadaan ini kita sebut meninggal dunia. Jangan lupa, ini bukan memaknakan mati kerana jiwa kita tak pernah mati. Yang mati adalah rumah kita atau tubuh kita sendiri.


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172)

Surah tersebut menjelaskan tentang sebuah PERJANJIAN TAUHID. Jiwalah (anfus) yang mengambil kesaksian ketika itu. Jiwa pulalah yang mengatakan "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi" dengan anggukan fitrah. Inilah wahyu pertama yang diterima manusia dalam kandungan.

Saat itu ada hubungan antara ruh manusia dengan Allah SWT. Hubungan itu disebut hubungan eksistensi, antara ruh manusia dengan Allah SWT. Allah SWT bersyahadah, menyaksikan eksistensi manusia dan manusia juga bersyahadah, menyaksikan eksistensi Allah SWT.
Kata “RABBI” bermakna Engkau yang menciptakan, menguasai, mengatur kami. Engkau yang mendidik dan yang memelihara kami.

“Balaa Syahidnaa”, Benar, kami menjadi saksi. “Kami” menunjukan keseluruhan diri kita zahir-batin. Pengakuan kita kepada Allah SWT sewaktu di dalam kandungan, menjadi sebab utama atau kunci, password, tiket kita supaya boleh lahir ke dunia ini dengan selamat.

Jadi setiap manusia lahir ke dunia ini pasti membawa kesaksiannya dan menyatakan kesediaannya untuk taat tunduk beribadah kepada Allah SWT. Semua manusia lahir, membawa syahadah keimanan atau sudah menjadi seorang mukmin.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
(Al-Nahl 16:78)

Bersyukur bererti memfungsikan telinga, mata dan pikiran sesuai dengan fitrahnya, sesuai kehendak Allah. Tujuannya untuk membuktikan apa yang pernah terjadi di dalam kandungan itu.

Allah berfirman :
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(As-Sajdah 32:7-9)


Bersyukur...Bersyukur...Bersyukur

Mengapa harus ada stres atau jiwa kacau dalam hidup ini? Jika masih stres atau jiwa kacau, itu menandakan manusia itu telah downgred daripada makhluk langit kepada makhluk bumi.

Selamat Tahun Baru 2018
Continue Reading...

Sep 23, 2017

Terapi @ UrutanGuasa : Tradisional Cina ribuan tahun dahulu

Semalam, 23.09.2017 (Sabtu), Aku sekeluarga meneruskan aktiviti keluarga di pasar karat Parit Raja. Aktiviti rutin yang sememangnya membahagiakan. Aku dan anak-anak gemar melihat barang-barang terpakai seperti kasut kulit, kasut sukan, topi, baju, beg tangan kulit, buku, barang mainan kanak-kanak dan sebagainya. Barangan ini berkualiti walaupun ianya terpakai. 



Malam ini menjadi rezeki aku. Aku menemui sebuah buku terpakai berharga RM5.00. Buku itu bertajuk Kaedah Terapi URUT GUASA - Tradisional Cina. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan keizinanNya untuk aku pelajari berkaitan urutan dan saraf untuk penjagaan kesihatan fizikal yang lebih baik. Maklumlah, umur semakin meningkat dan badan mulai berasa lenguh, lemah dan sengal-sengal.




Sesuai dengan masa berhujung minggu, aku menelaah buku ini dalam tempoh satu malam sahaja. Malam ini juga aku mencari maklumat di internet berkaitan terapi GUASA ini. Pelbagai info dan belum pernah aku ketahui.

Asasnya Terapi Guasa ini adalah urutan trasional Orang Cina ribuan tahun dahulu, Kini, urutan guasa ini telah diamalkan oleh kaum Cina dan semakin popular dalam kalangan orang Melayu.

Continue Reading...

Aug 13, 2017

Ford Laser TX3 Lynx - Janda tetap menggoda.

Bermula dengan membelek-belek gambar kereta di laman mudah.my. Sebuah demi sebuah kereta aku membeleknya khusus kereta-kereta lama yang memiliki 2 pintu. Agak menarik dan uniknya kereta lama. Itu pada tanggapan aku dan barangkali berbeza dengan tanggapan orang lain. 

Aku terpandang sebuah kereta Ford Laser TX3 (Lynx) yang kelihatan sporty. Warna meroon dan nombor plate yang menarik. Aku menghantar mesej menerusi aplikasi whatsapp kepada pemiliknya. Kami berbalas mesej dan berkeputusan positif. Aku mengambil keputusan bahawa pada hari Jumaat (04.08.2017) akan ke Seremban untuk bertemu dengan pemiliknya sambil melihat kereta itu.

Pada hari Jumaat, aku sekeluarga (4 beranak) menuju ke Seremban. Hari Jumaat lebih mudah untuk bergerak kerana hari cuti bagi negeri Johor dan Negeri Sembilan pula hari bekerja. Situasi ini mudah untuk menguruskan setiap urusan yg melibatkan jabatan kerajaan di Seremban. 




Tiba di Seremban, terus berunding dengan empunya kereta Ford TX3. Sudah siap urusan pupakom katanya. Aku hanya perlu berikan salinan IC sahaja untuknya menguruskan pemotongan nama pada kenderaan Isnin (07.08.2017). Manakala, aku hanya uruskan pembelian insuran dan roadtax baru.

Kereta Ford Laser TX3 berwarna meroon. Berkaitan body kereta, cat, tayar, dalamannya masih baik. Cumanya masih ada beberapa hal tentang enjin yang perlu dibaiki. Ada kesan lelehan minyak hitam pada enjin. Distributor perlu ditukar. Gasket head enjin juga perlu ditukarkan. Sikit hal sahaja, berbanding dengan umurnya yang lahir padatahun 1996. Rundingan selesai, bayaran juga diselesaikan.


Amirul memandu kereta itu dari Seremban menuju ke Johor. Biarlah doktor kereta (bakal pemilik bengkel kereta - suatu masa nanti) yang memandu, boleh juga dikesannya masalah-masalah lain sepanjang pemanduannya. Bolehlah dibaiki semula nanti apabila tiba di Batu Pahat.


Selang beberapa hari, proses pembaikan bermula. Amirul mengembangkan bakat/ potensi dan minatnya tentang enjin kereta. Distributor untuk Ford Laser TX3 telah dibelinya. Distributor untuk Ford ini sama dengan Mazda. Kedua-dua jenis kereta ini menggunakan distributor yang sama saja. Rocker caver head juga dibuka untuk melihat getah gasketnya sama ada masih lembut atau sudah keras. Beberapa getah berwarna hitam untuk salur air dan minyak  telah keras dan perlu diganti. Sudah pasti pasti getah jenama 'Samco' berwarna biru menjadi pilihan.

Doktor Kereta (Amirul) sedang memulakan projek.


Rocker cover sudah disembur cat berwarna merah.
Gunakan cat dalam tin aja untuk semburan.

Siap pembaikan. Dalam tempoh seminggu perlu dipantau enjin ini
untuk melihat sama ada masih bocor atau tidak.





Seminggu sudah berlalu. Urusan JPJ sudah selesai, elemen major pada enjin juga sudah selesai. Hanya beberapa hal lain yang masih dalam perhatian untuk proses pembaikan dan solekan. Getah bush kiri sudah koyak dan perlu ganti. Absorber juga sudah kurang memuaskan, sistem brek perlu ditambahbaik dan sistem alarm perlu dinaiktarafkan. Tunggu masa doktor kereta yang sesuai sahaja.

Hari Sabtu (12.08.2017), berhajat untuk membuat solekan untuk TX3 ini. Aku dan Mem Besor lajak ke Ayer Hitam untuk menempah sticker kereta. Beberapa pilihan rekabentuk sticker sudah dilihat, pastinya warna sticker tidak mahu yang terlalu ekstrim. Hanya perlu warna dan corak yang simple. Keputusan sudah dibuat. Pasang aja...

Gantikan tulisan jenama kereta agar kelihatan lebih bertenaga

Pilih design dan warna yang simple untuk sticker pada badan kereta

Isnin (14.08.2017) nanti, urusan skirting depan, tepi dan belakang kereta akan mula dipasang. Tunggu..





Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template