“Kerana kita melihatnya dari sudut kepentingan politik perkauman. Hari ini semua benda hendak dipolitikkan, dan masing-masing berfikir untuk kepentingan politik masing-masing, bukan untuk kepentingan nasional.” - INILAH YANG TERJADI SEKARANG!
Inilah yang menjadi teras dalam konflik sastera bagi novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein. Asasnya, novel ini telah diterbitkan sekitar 1980-an lagi. Novel ini bukanlah sekadar imaginasi pengarang semata-mata dalam melakarkan idea melalui penulisan novel. Sebenarnya, lebih jauh daripada itu yang cuba diketengahkan oleh pengarang. Isu etnik - gabungan perpaduan 3 kaum utama di Malaysia menjadi teras dalam novel itu. Hampir 40 tahun lamanya novel ini berlegar dalam masyarakat di Malaysia, tidak ada yang mencemuh. Pasti ramai yang tidak pernah ketahui tajuk novel itu, malahan membacanya - jauh sekali!. Sayangnya, apabila novel itu diangkat menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah, bermulalah polemik rasis sebagaimana yang dilaung-laungkan oeleh sesetangah ahli politik. Betapa rendahnya sesebuah "nilai hasil karya" sastera atau betapa rendahnya nilai pemikiran pembaca @ pengkritik!
Hanya 5 huruf dalam novel itu yang menjadi teras isu rasis dalam novel ini. "P.A.R.I.A". Aku hairan, ada benar perkataan itu tidak wujud dalam kaum India? Adakah tidak ada kasta sebegitu sebagaimana yang diwujudkan dalam sejarah negara kita? Adakah menolak hakikat dan realiti kehidupan sebenar? ATAU SEKADAR MENCARI POPULARITI?
Hanya berteraskan persepsi jangkauan bahawa perkataan P.A.R.I.A akan menjadi bualan di bibir para pelajar dan menjadi bahan ejekan kepada kaum India? Itu semua adalah igauan di siang hari dan takutkan bayang-bayang sendiri! Apa fungsinya guru-guru di sekolah dalam menjustifikasikan konsep bagi menjelaskan keadaan. Tiadakah ruang untuk para-para pelajar berfikir ke arah kesejahteraan masyarakat di Malaysia yang berteraskan 3 kaum? Atau, semata-mata takutkan bayang-bayang sendiri!.
Watak-watak kaum Melayu, India dan Cina dalam novel itu menjelaskan satu senario bahawa watak kaum India dalam novel itu diangkat martabatnya sehinggakan berjaya dalam kehidupan dengan menjawat jawatan sebagai Inspektor. Malahan mampu meleraikan permusuhan antara kaum. Lihat juga watak seorang kaum Cina yang tamak dengan mengaut keuntungan dalam perniagaan ketika rusuhan berlaku. Tidak ketinggalan juga bahawa watak seorang Melayu yang lebih kepada menjadi tali barut demi sesuap nasi. Itulah seni dalam sastera yang mengungkap pengkisahan hakikat sebenar kehidupan berasaskan sejarah. Namun jika kita tidak mengakui sejarah kehidupan, kita tidak berpijak di bumi nyata.
Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk membakar konsep perkauman. Penjelasan ini lebih kepada untuk membawa minda pembaca bagi memahami teks novel itu secara keseluruhan. Usahlah membuat ulasan berasaskan beberapa perkataan untuk menjelaskan keseluruhan teks novel itu. Baca dan fahamilah keseluruhan teks itu...........
Inilah intipati daripada Diskusi Novel Interlok anjuran Perpustakaan Tunku Bainun UPSI dengan kerjasama Persatuan Penulis Budiman Malaysia (Klik DI SINI) di Dewan Seminar Perpustakaan Tunku Bainun, pada hari Isnin (24.01.2011), jam 2.00 petang. Panel diskusi ialah :
1) Prof. Madya. Dr. Abd Rahman Napiah (Mana Sikana)
Pensyarah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI
2) Dr. Abdul Halim Ali (A.Halim Ali),
Ketua 1, Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Bacaan lain:
Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3, Sumber 4 ......dan banyak lagi
Sebenarnya, aku menjengah ke perpustakaan setelah selesai urusan aku di Pejabat Bendahari UPSI bagi menguruskan hal menghantar notis disertasi. Selesai sahaja urusan itu, aku berhajat ke library untuk mencari beberapa buah buku untuk bacaan sendiri. Al-maklumlah, disertasi sudah ke penghujungnya. Alhamdulillah.
Apabila memasuki pintu utama library, aku terpandang iklan berkaitan diskusi itu. Segera aku keluar ke tempat parkir kereta dan mencapai kamera Nikon. Akhirnya, kembali semula aku ke library dan menuju ke arah dewan seminar perpustakaan. Sunguh menarik kupasan ahli panel dan pendapat penonton. Ada yang beremosi, ada yang berminda liberal, ada yang saja nak interprame dalam menyampaikan pendapat. Aku hanya mendengar dan snap gambar. Kebanyakan penonton adalah dalam kalangan ijazah pertama Fakulti Bahasa, UPSI.
.

2 Coretan Lain:
satu karya yg menjadi simpanan saya hingga ke hari ini, walaupun tidak mengambil jurusan sastera, tetapi saya mmg meminati bidang ini. jalan penceritaan novel tu sgt menarik, dan dari novel ini juga sejarah berkaitan 3 kaum utama di negara kita dikupas dan diceritakan dgn bersahaja dan sgt menarik (jauh berbeza dgn buku teks!) pelik juga bila karya ini tiba2 menjadi kontroversi...
Alhamdulillah krn sdri memiliki sukap 'suka membaca'.
~ Saya memandang sudut lain dlm kontroversi ini. Ada "peluang" dalam kekecohan.
~ Ramai mula kenali penulis novel itu. Nama novel itu disebut-sebut. Jualan novel yang lebih tinggi dengan ulangan cetak.
Post a Comment