Jan 1, 2011

CUN : 1.1.11

1.1.11 - Ahad :

Sempena tarikh bernombor 1.1.11 yang cun, aku nak post satu entri juga. Walaupun tak ada ceritera yang menarik, satu entri perlu dibuat. Tak kira apa ceritanya.

The Class of 2011 on East Campus

Setiap kali tiba awal tahun, pasti hampir setiap orang memulakan dengan azam baru. Azam yang penuh semangat untuk dicapai sepanjang tahun baru yang baru menjelma. Kekadang kita terlupa bahawa apakah yang telah kita lakukan sepanjang tahun lepas yang baru menutup tirainya. Apakah oerancangan yang dirancang telah kita laksanakan? Apakah tahap pencapaian yang telah kita lakukan sepanjang melalui tahun lalu? Apakah impak yang kita terima hasil daripada tindakan yang telah kita lakukan?

Apa-apa pun kekadang kita terlupa untuk ke 'arah' sana. Kita terleka dengan arah 'sini' saja. Arah 'sini' banyak pancarobanya. Arah 'sini' adalah pentas ujian untuk kita ke 'arah' sana. Aku tertarik catatan sahabat pada dinding 'mukabuku' aku. Catatannya..walaupun simple tetapi memberi makna mendalam..


Usah berbangga dengan GUCCI, GUESS, ED HARDY, D&G, PAUL SMITH, ADIDAS, NIKE, BURBERRY, POLO & LEVIS.. karna pakaian terakhir mu
adalah kain KAFAN dan wangian kapur barus..
Usah berbangga dengan kereta, motor karna kenderaan kita yang terakhir
adalah KERANDA
Usah berbanggadengan rumah dan istana mu karna tempat istirehat mu yang terakhir
adalah KUBUR
Usah berbangga dengan ketampan dan kejelitaan mu karna akhirnya hanya jadi santapan cacing dan ulat..
JUSTERU ITU MARILAH KITA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T DAN MEMOHON AMPUN DARI-NYA..

Jelaslah, pesanan dan ingatannya menyentuh kalbu. Sentuhan dengan ayat memberi makna yang mendalam. Kedalamannya bergantung pada diri individu yang membacanya.

Apa-apapun semoga sukses kepada semua pembaca di luar sana di sepanjang perjalanan di atas pentas ' di sini' untuk menuju ke arah 'sana'. Terpelecok dan terjelepuk dalam perjalanan kita seaktu kita bernyawa..itu proses biasa. Yang penting bangkit dan terus bangkit untuk meneruskan perjalanan hidup kita. Cuma kekadang ramai di sekeliling kita hanya mahu melihat kejayaan semata-mata sebagai ukuran kehidupan. Kita terlupa bahawa kesilapan dan kesalahan yang dilakukan membuatkan kita lebih memahami perjalanan kehidupan.

Selamat Tahun Baru..semoga hari ini dan seterusnya, kita lebih cemerlang berbanding hari semalam..

** Jika kita masih bernyawa lagi, kita lihat pada tarikh 11.11.11 - pasti ramai dalam kalangan kita akan memilih tarikh tersebut untuk mencatatkan sejarah tersendiri dalam kehidupan masing-masing. Pelbagai ragam dan gelagat akan terpamer ketika itu. Sama-sama kita nantikan.. Insyallah, jika umur panjang..

3 Coretan Lain:

azlanlin on 1/01/2011 6:00 PM said...

Warna-warni Kehidupan..

derisjab on 1/05/2011 11:44 PM said...

En Azlan : Terima kasih atas keperihatinan tuan dalam entri terbaru blog saya. Saya pun sedar, bahawa itulah kehidupan dan saya menerima semau-maunya,

Saya terpanggil untuk mengucapkan tahniah atas tulisan 'berwarna ' dalam entri terbaru tuan.

Kealpaan dan kejahilan ada di mana-man.. ianya mengingatkan saya tentang 'akhirnya'..

Ampunkan lah dosa ku, dosa isteriku, dosa anak-anak dan cucu-cucuku, dosa sanak saudaraku, jiran-jiranku, sahabat handai taulanku, dosa rakan-rakanku dan dosa kaum muslimin dan muslimat .... Amin.

Semoga Tahun Baru menimbulkan lebih banyak kesedaran...

Terima kasih, tuan !

azlanlin on 1/06/2011 3:29 AM said...

Tn Derisjab :

Saling-ingat mengingat. Itulah kita antara kita..

Hanya tinggal 'masuk' atau 'tidak' saja...bergantung pd diri kita sendiri..

~Semua catatan yang dilempiaskan sekadar ingatan untuk saya dan rakan-rakan pembaca...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template