Pertandingan dalam pilihanraya, bukanlah sebuah pertandingan kalah-mati. Yang menang, terus bersorak, yang kalah, monyok mencuka. Bukan....
Hakikatnya, pertandingan dalam pilihanraya lebih berkisar untuk menabur khidmat kepada rakyat yang terus menyokong dan mendokong calon parti di sesebuah kawasan. Maka, jika calon yang memenangi PRU 12 ini, tentunya bersedia untuk berkhidmat sebaik mungkin di kawasan yang dimenanginya. Keputusan digital, aku telah memperolehinya di lamanweb Bernama.

Kepada sesiapa yang teringin berjaya menjadi YB,
hayatilah seni kata lagu ND Lala di bawah ini.
hayatilah seni kata lagu ND Lala di bawah ini.
Bangun pagi-pagi, Tamu dah menanti,
Bukan nak cari kopi, Nak tanya pasal subsidi.
Bukan nak cari kopi, Nak tanya pasal subsidi.
Hai belum sempat sarapan, Dah ada pulak panggilan,
Kaum kerabat orang kanan, Nak mintak surat sokongan.
Kaum kerabat orang kanan, Nak mintak surat sokongan.
Jam baru pukul 8, YB kena lawat kawasan,
Tapi di tengah jalan, Pemudi tahan mintak bantuan.
Tapi di tengah jalan, Pemudi tahan mintak bantuan.
Disambut dengan kompang, Ayam itik pun banyaklah tumbang,
Kemudian ditunjuk jalan berlubang, Suruh YB segera timbang.
Kemudian ditunjuk jalan berlubang, Suruh YB segera timbang.
Pada waktu tengah hari, Ada pulak jemputan kenduri,
Kalau YB tak pergi, Silap-silap nanti kurang undi.
Kalau YB tak pergi, Silap-silap nanti kurang undi.
Hai dalam sibuk-sibuk, Orang sakit YB jenguk,
Hai teruk ke tak teruk, Poket tetap YB kena seluk.
Hai teruk ke tak teruk, Poket tetap YB kena seluk.
Ketika awal petang, Ada satu sidang,
YB tak boleh tak datang, Takut nanti kerusi terbang.
YB tak boleh tak datang, Takut nanti kerusi terbang.
Sebelum senja ke padang bola, YB dijemput sampaikan piala,
Sambil tu mereka bertanya"Jersi baru kami hai macam mana".
Sambil tu mereka bertanya"Jersi baru kami hai macam mana".
Bila malam tiba, Ceramah jadi agenda,
Kalau YB tak bersedia, Kena tanya mungkin ternganga.
Kalau YB tak bersedia, Kena tanya mungkin ternganga.
Bila habis berceramah, Kampung lain YB singgah,
Bukan sekadar menjengah, Tapi nak tinjau masalah.
Bukan sekadar menjengah, Tapi nak tinjau masalah.
Walau dah lenguh badan, YB balik ke cawangan,
Di tanya orang harapan, Apakah strategi lawan.
Di tanya orang harapan, Apakah strategi lawan.
Lewat malam di gerai tepi jalan, YB berembun melayan kawan-kawan,
Dengar pendapat dengar pandangan, Sambil tu kena lah belanja makan.
Dengar pendapat dengar pandangan, Sambil tu kena lah belanja makan.
Sewaktu YB balik, Burung hantu pun rasa pelik, Isteri sendiri pun dah tak larat celik,
Anak-anak pulak dah lama tergolek.
Anak-anak pulak dah lama tergolek.
Selepas YB mandi, YB belek itu dan ini,
Kemudian picit-picit dahi sendiri, Cari jalan nak tolong Pemudi.
Hingga dinihari YB tak tido lagi,
Esoknya pagi-pagi, Dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB…
5 Coretan Lain:
pilihanraya kali ini mempamerkan senario yang sangat berbeza dan tanpa isu besar dan dapat dilihat angin rakyat beralih kepada pembangkang. Hanya bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi diatas kesilapan caturan pemerintahan BN sendiri. Pengajaran yang berguna.
Cabai Burung
Alhamdulillah,, Kemenangan yang cukup luar biasa...kami kat sini tengah kenduri kesyukuran..
lgu ndlala memang best tp utk YB mesra rakyat ja. kalu rumah YB pagar berkunci n ada jaga, tak sama rasanya..:)
seorg pemimpin telah dipilih oleh ALLAH mase dlm perut ibu lagi..amanah yg akan ditanya diakhirat nnt.bukan keje mudah..
tapi manusia ..suke pada pujian dan sanjungan hingga lupa beban amanah yg harus dipikul.. :p
suke lagu ni..tapi utk YB yg betol2 bekerja utk rakyat laa :D
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.
Post a Comment