Teringat juga DakLan semasa tahun 1999 lalu, DakLan kena mengundi di Kelantan...hahahahha.. jiwa kacau sungguh, entah kenapa nama DakLan udah beralih ke Kelantan la pulak... Gitu le aturan-aturan yang tidak mengikut aturan agar teratur sesungguhnya.
Pada tahun 2004 lalu, tempat penyemakan daftar mengundi agak kelam kabut di Kluang. Ramai orang bersesak-sesak, laluan/lorong mengundi tak banyak dibuka dan disediakan di sesebuah tempat mengundi. Untuk tahun ni, agak mudah, tersusun dan tak kelam-kabut.
Jam 11.30 pagi, barulah DakLan dan Mem Besar menghala ke tempat mengundi. DakLan mengundi untuk DUN Mengkibol bertempat di SM Teknik, Kluang. Selesa sungguh kerana orangnya dah tak ramai...mungkin diaorang dah keluar awal atau laluan mengundi dah banyak dibuka....
Kemudian, kami bergerak ke DUN Mahkota pula untuk Mem Besar mengundi di Dewan Raya Kg Melayu. Juga tempatnya amat luas dan selesa. Pegawai SPR juga boleh jalan-jalan...hheheheh.
Semasa dok ambil gambar Mem Besar, sempat juga DakLan berborak ngan Pegawai Polis yang bertugas di pintu masuk laluan mengundi. Katanya, terpaksa impot pegawai polis lain yang berkursus di Johor untuk menjaga pusat mengundi di Kluang... Bagus tu..
Semoga kita memilih ikut gerak hati dan bukannya ikut perasaan. Ini kerana, apa yang kita pilih, bakal masa depan untuk anak-cucu kita.... berhati-hati menggunakan hati dan minda!
6 Coretan Lain:
ada gambo mengundi?.. interesting. Kami mengundi jugak ditempat lama. tapi macam tidak ada Q saja... Nampak gaya macam pusat mengundi dibanyakkan...
Peraih undi pun tak galak..macam dua pilihanraya lepas. Sunyi dan senyap. Yang jadi calon, dua-duanya (yang belah tu dan belah ni)Bang Chik kenal dan rapat... haha.
Akhirnya kami dapat ziarah kawan2 lama.... dengan minyak/tol berbayar.
pilih ikot hati..mati
pilih ikot rasa..binasa..
hmmm....
kita first time ngundi tadi.
debar2 juga tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...
bestnya pengalaman pertama itu :)
sy kene jaga saluran 1..so pengundi berumur 60 hingga 100 umurnya...dah tau tua sgt yg dtg mengundi..majoriti pengundi berbangsa cina..
Sy bertugas di saluran 2, mengundi di saluran 1 dan hanya satu itulah salurannya..hehehehe
Assalamualaikum.
En. Azlan,
Saya suka panggilan 'Mem Besar' buat isteri tuan itu! Saya pun dipanggil 'Mem Besar' oleh suami saya.
Ketika hendak menunjuk ke arah rumah kami dari jalan besar kepada sesiapa yang datang berziarah, suami saya berkata : Itulah rumah Mem Besar!
Saya rasa gelihati tetapi selesa betul dipanggil begitu... Hehehe!
Post a Comment