Jam 12.00 t/hari, aku, mem besar, Amirul dan Amir berkereta ke Mersing. Bertujuan untuk lawati Perkhemahan Smart Science anjuran Panitian Sains sekolah aku khusus utk pelajar cemerlang UPSR 2008. Program ni berlangsung 3 hari 2 malam, mulai hari Jumaat hingga Ahad.
Anak sulung aku, Amira yang bersekolah di sekolah mem besar menumpang program anjuran sekolah aku. Bayaran tetap sama...perlu dibayar dong! Walaupun anak aku baru darjah 5, aku bagi peluang kat dia untuk belajar hidup dalam suasana yang baru. Maklum le, dia mana ada kengkawan kat sekolah aku, tahun 6 pulak tu. Di sinilah yang harus dia pelajari - mengenal kawan!
Di samping itu, pengalaman bercamping dan beberapa slot motivasi dan teknik menjawab matapelajaran science sebagai persediaan mental untuk UPSR tahun depannya! Semoga anak sulung aku ni perolehi 'sesuatu' sepanjang dia berada dalam camping tersebut! Insyallah.
Aku berhenti makan tengah hari di warung makan di Felda Nitar 1. Aku meneruskan perjalanan ke Mersing walaupun hujan lebat. Aku tiba di Mersing lebih kurang jam 1.45 petang. Hujan masih lebat.
Sebelum tiba di tapak perkhemahan PLKN Mersing tu, aku singgah sebentar di pantai yang menjadi tumpuan ramai orang di musim cuti sekolah lalu. Tempat MENDULANG EMAS! Masih kedapatan beberapa pendulang yang 'bersapau'(loghat utara) di situ. Sempat juga aku mengambil gambar sebagai kenangan aku.
Seorang kakak dari Air Hitam, Kluang yang sedang mendulang Hampir 2 minggu dia sini bersama suaminya mencari rezeki.
Aku meneruskan perjalanan ke Tapak Perkhemahan. Panoramanya menarik.
Amira dalam kumpulannya ketika ikuti aktiviti alternatif dalam khemah kerana hujan.
Melepas le dia nak merasa aktiviti FlyingFox.
Aku terpaksa pulang ke Kluang semula jam 5.00 petang kerana aku dapat sms drp pomen aku (adik ipar). Ibu dan bapa mertua aku dari Melaka dah berada di bengkel Simpang Renggam. Mereka bermalam di rumah aku di Kluang. Aku bergegas pulang. Tak sempat nak bermalam di sana. Seekor kambing pula telah siap sedia dikunyitkan untuk dipanggang malam hari...kempunan la aku. huhuhuuhuh. Insyallah, aku akan tiba lagi di situ kerana terdapat chalet yang boleh di sewa...tepi pantai beb!Melepas le dia nak merasa aktiviti FlyingFox.
1 Coretan Lain:
:: salam... suatu usaha ibu ayah yang merancang satu tahun di hadapan... HEBAT...
Post a Comment