Bila membaca komen rakan blogger, aku tertarik dengan isu "cakap berlapik" @ "cakap beralas". Isu ini agak berat jika nak dibincangkan, maklumlah budaya merentasi tindakan kita. Hinggakan wujud peribahasa 'biar mati anak, jangan mati adat'!
Budaya berterus-terang di dalam masyarakat kita memang tidak pernah digalakkan dan terlalu asing buat kita. Cakap berlapik yang selalu yang diamalkan oleh masyarakat kita sebenarnya mengizinkan ramai orang mengamalkan sifat pura-pura.
Sampai bila kita terpaksa tunduk kepada ‘kebiasaan’ amalan masyarakat yang terpaksa ‘cakap kena berlapik, ‘jangan terlalu celupar’ atau ‘mulut lepas’ untuk menjaga hati orang lain?
Sensitif sungguh orang Melayu dengan benda2 mcm ni , kecik punya hal je. Banyak lg isu berbangkit yang kita x jengah lagi.
Ye , if this film taint our culture , lets do it more often!
Contoh insiden 1:
(Sumber : M-star)
Budaya berterus-terang di dalam masyarakat kita memang tidak pernah digalakkan dan terlalu asing buat kita. Cakap berlapik yang selalu yang diamalkan oleh masyarakat kita sebenarnya mengizinkan ramai orang mengamalkan sifat pura-pura.
Sampai bila kita terpaksa tunduk kepada ‘kebiasaan’ amalan masyarakat yang terpaksa ‘cakap kena berlapik, ‘jangan terlalu celupar’ atau ‘mulut lepas’ untuk menjaga hati orang lain?
Pengkritik tetap AF4, Adlin Aman Ramlie, pernah menjadi ‘mangsa’ keterbukaan yang sedang dialami oleh Amani kini.
Kejujuran Adlin meluahkan rasa hati dan keprihatinannya terhadap Faizal supaya ‘jangan dekati dadah’ dan kebetulan kenyataannya dibuat sesudah Saleem muncul dipentas telah mengakibatkan pihak Astro dan Adlin terpaksa meminta maaf ketika di udara.
Komen aku:
Jika aku katakan bahawa cakap berlapik biar bertempat, jika semata-mata nak jaga hati kawan... ini membuatkan lebih ramai wujudnya watak "SESUMPAH" dan "penanam tebu" atau "hipokrit". Bermasalah ke jika kita bercakap secara terus terang tetapi berhemah? Berapa ramai sanggup menyatakan pada rakan kita secara terus-terang, apabila ternampak cebisan cili di gigi rakan kita? Ramai yang lebih mampu menunjukkan jari ke arah gigi tetapi tidak berani menyatakan secara lisan... ye ker DakLan?
Selalunya, ramai rakan2 kita tidak boleh menerima teguran yang benar daripada rakan sendiri. Keadaan ini mewujudkan "cakap-cakap belakang"... Ada benarnya, pepatah nenek aku bahawa "orang yang paling menyakitkan hati kita adalah orang yang paling hampir dengan kita!"..
Hakikatnya, orang yang bercakap secara benar dan tepat tanpa beralas amat sukar diterima. Keadaan ini apa yang diungkapkan adalah lahir dari hati yang tulus dan ikhlas! Itu adalah lebih baik drp insan yang bercakap beralas dan berlapik tetapi sekadar nak menenangkan dan menyedapkan hati kita sahaja... ermmm...fikir-fikirkanlah...!
Aku suka perhatikan watak-watak ini....kerana watak-watak inilah yang menambahkan WARNA-WARNI KEHIDUPAN...
13 Coretan Lain:
yang pahit itu ubat..jadi penawar kpd yg sakit..tp yg manis tetap jadi pilihan walopun mengundang penyakit..
org yg paling rapat selalu menyakitkan hati sbb itulah org yg mahu melihat kita jadi yg terbaik..(ckp nenek daklan & ckp combi gak)
malangnye org ini dianggap bz body, PENdengki dan PErosak serta PENfitnah..mcm mane ni daklan??
selagi hati tidak terbuka utk menerima teguran selagi itu kita akan berulang melakukan kesilapan yg sama..ni combi gelar HIPOKRIT TAHAP GABAN..
maaf yaa combi tak ingin punya teman sebegini..titik !
bagus! terdiam sy seketika dengan pandangan ini, tapi sy rasa janganlah kita mendedahkan keaiban seseorang terutama dikhalayak ramai. sy bercakap berlapik ni..atas kerusi yg ada lapik! haha
cabai Burung
Ni nak berterus terang ni,,,
UNDILAH BN!!
btul tu, takyah ckp2 belakang..terus terang tu lebih baik kan..if tak mampu nak terus terang, baik diam jerk...hehehe
To Combi:
Setiap orang ada pandangan dan citarasa tersendiri dalam apa jua urusan. Melainkan kita menerima seadanya kelebihan dan kekurangan orang lain. Keadaan ini membuatkan kita selesa dengan semua orang. Tambahan pula kita mampu menyediakan "ruang" mengikut keselesaan dan kehendak orang sekeliling....
>> kekadang, apa yang kita TAK NAK.. tu yang kita terima... REDHA!. boleh ke camtu Combi?
To Idham/Cabai Burung:
Tak dinafikan bahawa membuka keaiban orang amat membahaya!
Adakah kita sekadar menceritakan yang baik-baik ajer... bukankah itu sesumpah namanya? Situasi ini lebih kepada "playsave"! Betul ke Idham?
To CTNurani:
Bagus tu dengan berterus-terang, tetapi bagi daklan, undi tetap rahsia...
To Aleeya:
Betul gak yek! Kalu tak mampu berterus terang, lebih baik diam. Bukankah mendiamkan diri menjurus kepada menyelamatkan diri daripada terlibat dengan kontroversi....
>> Tapi sampai bila meLAYU tidak berani lantang suara... bukankah kita mulakan dengan kawan-kawan? Boleh ke gitu?
Daklan,aku terima jika orang komen aku macam hang komen aku kadang aku buat buat melawan tapi sebenarnya aku dah akur...cuma paling aku tak boleh maafkan jika keaiban aku didedahkan!Yang seronoknya Allah maha kaya cepat pulak aku terima balik apa yg di dedahkan hingga perkara remeh pun di dedahkan kepada orang.Pada hal aku ni macam hang tau Daklan aku banyak gurau bukan serius pun...kalau bahan gurau aku dah dianggap serius habis la Daklan oi!
Membuka keaiban orang memang bahaya....jari kita cepat sangat nak share bende aib dgn orang lain!Semoga kita semua lebih berhati hati ..sebab jika org sebegini tahu akibat satu dunia akan tahu...Daklan lah tempat aku mengadu...Daklan hang pernah buat aktiviti copy paste x??hahahhha..
cabai burung..ade org dia sendiri yg membuka pekung didada..hohoho :p
malang sungguh..!
nak glemer kot..***malu weii***
daklan..redha je ke??manusia bole berubah kalo dia sendiri mau laa..uishh :(
tapi kalo hati dah berkarat susah gak ekk..kena minum air zamzam tujuh tempayan kot :p
hehe.. kita masih satu kan???
Alhamdulillah Kangbarok...Islam itu bersaudara!
Daklan,Idham,kangbarok...
sebenarnya aku cuma acah jer!hehehe!!
Marilah kita semua pergi mengundi Jangan jadi pengundi atas pagar!
Hati jgn goyah..pangkah apa yg anda pilih!
bg mama plak,biar mulut jahat janji hati baik...
mama memang dr dulu amalkan sifat berterus terang...mama x suka hipokrit...
mama x suka pendam...
mama suka luahkan ...
biar org x suka dgn kita...
janji kite benar...
kalo terus terang ni,makan hati sekejap aje..
tp kalo cakap belakang,makan hati amik masa lama nak baik...
tp biar kena cara kite bercakaplah...
jgnlah sampai x beradap...
tu pasal mak mertua selalu jeling mama...muahahaha...
Post a Comment