Hari ini ada sedikit kelewatan untuk ke Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor.
Menunggu di ruang pendaftaran.
Biasanya, aku sampai awal dan parkir kereta masih banyak. Aku akan bersarapan di warung yang tercaratuk di luar klinik.
Hari ini, lewat tiba di tempat parkir dan tentunya kenderaan lain sudah memenuhinya. Tuhan telah aturkan, ada sebuah kenderaan nak keluar, aku hentikan Atos di tengah jalan masuk untuk kereta itu dapat keluar. Alhamdulillah, ada parkir untuk Atos. Aku bergegas ke warung luar klinik untuk bersarapan.
Cabaran berhenti merokok memang menarik. Semangat dan nekad perly tinggi. Aku lakukan beberapa hal untuk ke arah berhenti merokok.
1. Teknik pernafasan perlu diamalkan.
Pelbagai teknik pernafasan boleh dilakukan.
- Fikiran harus damai supaya gian merokok lenyap.
2. Perlu beraktiviti senam waktu petang untuk keluarkan peluh.
- aku bersenam setelah pulang kerja. Aku bersenam di depan televisyen. Aku ikuti senam menerusi youtube, channel BodyFit Bagus. Sesuai dengan aku.
- kini, sesekali aku masih berasa nyeri di dada kiri apabila bersenam. Barangkali angin-angin dalam badan mulai mahu keluar (agakan aku untuk menyedapkan perasaan sendiri)
Ikuti BodyFit Bagus Channel di Youtube
Waktu petang, adakalanya bersenam di padang untuk keluarkan peluh. Aku tak berminat aktiviti sukan. Jadi aku hanya berjalan-jalan sekeliling kampus.
Sesekali berjalan di tasik riadah di Tanjung Rambutan.
3. Ada ambil multivitamin keluaran Shaklee.
- Ada empat botol. Aku makan 2 biji setiap botol dalam sehari iaitu 1 biji setiap botol di waktu pagi dan dan 1 biji setiap botol di waktu malam.
Empat botol vitamin daripada Shaklee.
4. Minum air kosong
- untuk tempoh ini, aku kerap minum air kosong untuk keluarkan toksid dalam badan menerusi aktiviti kencing dan peluh.
- menjadikan fikiran dan badan berasa segar.
Sumber : internet
Berat badan aku ialah 70.2kg, bermakna perlu minum air 3L sehari.
Apa Kata Doktor hari ini?
"En Azlan", doktor panggil nama aku
Aku ke bilik doktor.
"Apa khabar, En. Azlan?", doktor menyapa. Aku terus senyum.
"Beransur sihat doktor", aku terus melirik senyuman.
Ini pertemuan ke-3. Setiap kali pertemuan pasti bertukar doktor. Hanya catatan lepas menjadi panduan para doktor untuk meneruskan khidmat nasihat kesihatan berkaitan berhenti merokok ini.
Kali ke-3 ini juga dengan doktor lain. Doktor perempuan India. Lembut tuturnya dan disulami senyuman manisnya.
Apa proses tindakan hari ini?
Seperti biasa, aku perlu bercerita rentetan urusan jantung sehinggalah ke proses berhenti merokok. Seolah aku sudah hafal skrip tentang proses itu.
1. Doktor check tekanan darah. Keputusannya sentiasa baik. Sentiasa tenang jiwa walaupun tingkahlaku aku sedikit kalut hari ini. Bacaan normal 121/79
Bacaan tekanan darah hari ini. Terbaik.
2. Doktor check turun naik penafasan.
Doktor hanya check sahaja. Tak ada cerita apa-apa. Okay la agaknya. Ketika itu juga, bunyi semput takde la pulak. Awal pagi tadi ada bunyi pernafasan semput.
3. Ujian kandungan Karbon Monoksida dalam pernafasan.
Hari ni aku dapat pengalaman baharu. Baru aku tau ada alat ujiannya. Doktor pesan aku kena hembus perlahan-lahan. Aku tak ambil gambar alat itu. Aku taktau nama alat itu. Nanti aku google.