Apr 18, 2010

Semakin selesai...



Bertunjangkan tajuk entri kali ini, seolah-olah sesuatu yang dilakukan hampir ke penghujungnya. Penghujung tidak bererti penghujung segalanya. Berkemungkinan tibanya tirai baru dan pengalaman baru yang bakal ditempuhi. Rentetan itu, menjelaskan bahawa semakin selesailah untuk semester pengajian d UPSI. Rata-rata ramai pelajar sedang menghadapi demam peperiksaan. Alhamdulillah, aku dan mem besor tidak menghadapi demam peperiksaan itu kerana kami hanya menulis dan menulis untuk semester ini.

Semakin selesai semester ini. Pastinya semester baru akan kunjung tiba. Insyallah.


Bergambor le kejap..

Lantaran itu, apa yang dipinjam, harus dipulangkan ke tempat asalnya agar dapat digunakan juga oleh orang lain. Oleh itu, setelah semakin selesai, jom pulangkan sebeban buku umpama "twin tower". Petang tadi, pemulangan dilakukan. Si bongsu ingin ikut ke library... Maka, si bongsu jadi cameraman. TQ Amir. Hehhe.

Jom ... pulangkan... pulangkan.. pulangkan..

Continue Reading...

Apr 17, 2010

Kenapa lelaki tertarik dengan wanita seberang?



Ruang kebebasan oleh pihak suami dan keinginan dilayan seperti "raja" menjadi faktor tarikan dalam mencari pasangan. Adakah faktor dan sikap si suami yang sebegitu menjadi 'impian' wanita-wanita di Malaysia? Apakah dengan faktor urbanisasi dan modenisasi melenyapkan faktor layanan si isteri kepada si suami? Adakah kerana si suami memiliki ciri-ciri berdikari dalam diri sehinggakan si isteri terleka untuk memberi layanan secukupnya? Adakah kerana faktor kesibukan kerja dan urusan lainnya dalam diri si isteri menyebabkan layanan kepada si suami agak terabai?

Jika disingkap persoalan sebegini, pastinya ramai para isteri di luar sana akan mencemuh dan mula merobek rongga-rongga kekhilafan si suami untuk menyelamatkan situasi si isteri agar tidak dilabelkan sebagai isteri kurang sifak keisteriannya. Kekadang, ada juga si isteri yang merasakan diri mereka terabai dan tidak mendapat layanan emosi si suami menyebabkan si isteri merajuk hati dan tidak lagi melaksanakan konsep layanan pada si suami?

Apa-apa pun, konsep bertolak-ansur dan matlamat keluarga melebihi matlamat diri-sendiri mampu menyelamatkan situasi tidak diingini berlaku. Penceraian, pergaduhan dan berperang emosi akan berlaku apabila individu sama ada si suami atau si isteri terlalu memikirkan konsep diri sendiri.

Apa yang aku dapat daripada awak? Aku sudah memberikan layanan yang terbaik, tapi kamu terleka..


Soalan-soalan sebegini mencetuskan pergolakan emosi dan kecelaruan peranan masing-masing. Keberantakan akan mula tercetus, akibat konsep diri melebihi konsep keluarga. Pengorbanan dan keikhlasan dalam memberi dan menerima seadanya pasangan akan meneutralkan tuntutan kehendak peribadi...
Klik di sini dan di sini.

Gambar hiasan : Pasangan pengantin indonesia yang telah mendapat buku nikah

Kelangsungan memenuhi kehendak peribadi si suami akan menggalakkan terjadilah insiden seperti laporan di akhbar Utusan Malaysia. Malahan, kuasa penentu ada di tangan si suami. Dalam tempoh sebulan, seramai 30 orang lelaki rakyat Malaysia akan mengahwini gadis/wanita Sumatera. Adakah faktor layanan yang diterima menjadi tarikan? Adakah faktor hormatnya si isteri dari seberang menjadi tarikan?

Walau bagaimanapun, ego si lelaki/si suami harus dijaga dan dibelai oleh si isteri agar sentiasa merasakan diri si suami berada di atas. Klik
di sini dan di sini.

Kenyataan sebegini mungkin akan merobek emosi si isteri/wanita di luar sana...tetapi, hakikat tetap hakikat. Lihatlah ragam dan lagak si suami anda.. Apakah kewajaran yang harus anda lakukan demi kelangsungan institusi kekeluargaan yang terbina...

Wallahualam...ketuk kepala, tanya minda....

Continue Reading...

Apr 14, 2010

MICROSOFT WORD 2007 : Not Responding

Setelah bertahun-tahun aku dok mengadap microsoft word mulai perisiaannya yang 2003 hinggalah 2007. Bertahun-tahun sudah, tak pernah kena penyakit not responding sehinggakan kekal sebegitu saja tanpa boleh dibuat apa-apa lagi.

Sudah 4 kali aku install dan dan uninstall word 2007 mulai minggu lepas. Masalah yang sama tetap muncul. Aku tidak boleh lagi menggunakan word 2007. Terbantut penulisan tesis aku. Bertambah-tambah rasa maleh aku nak mengadap tesis yang dah memang dok maleh.. Maka, timbul jugak sikit2 perasaan geram sebab aku belum berjaya atasi masalah itu.

Yang aku pasti, minggu lepas aku ter 'off' suiz laptop. Maka banyak fail word aku yang unsave. Oleh itu setiap kali dibuka word 2007, terbuka juga fail-fail yang belum disave dengan betul. Itu yang menjadikannya not responding'

Gambar Hiasan : Cilok dalam internet dan edit


Jika masalah not responding memang sering berlaku. Kebiasaannya apabila terdelete word sebelum sempat save. Setiap kali berlaku not respinding sewaktu membuka fail word, delete je mana-mana fail yang masih ter'gantung' prosesnya. Tapiiii..masalah kali ini yang ak hadapi..betul-betul menguji dan menambahkan senak di kepala!!!

Alhamdulillah, pagi ni, aku mintak bantuan pakcik google. Ghopa-ghopanya mudah ajerrrrr... Bertuah betul!!!!. Aku buat semakan di sini. Ada tatacara untuk menyelesaikannya. Mudah sebegitu ajerrrr...bertual betulll..!!!!!

Aku copy n paste untuk makluman aku dan pembaca yang menghadapi dan bakal hadapi akan datang. Hehehhe.


1. Open up Regedit. (Go to Start and type "regedit" in the search field and press enter.)

2. In Regedit navigate to HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Office\12.0\Word\Data

3. Right mouse click on the "Data" folder and delete it.

4. Open up Word, close it, and voila, problem solved.

Dah normal semula paparan word 2007 aku.. yang penting..walaupun bukan ori..ianya tetap dijadikan perisian ori.. hehhe

Paparan seperti sediakala dengan adanya 'documentmap' yang memudahkan kerja aku.


Alhamdulillah, masalah itu dah selesai. Maleh aku dah berkurang..aku kena sambung lagi untuk menulis dan terus menulis hingga selesai...

Continue Reading...

SMS BERANTAI : meng'geram'kan



13.04.10, Selasa - Pepagi lagi aku sudah bergerak dari TMalim ke Ipoh melalui highway kerana ada sedikit urusan. Turun semula ke Bidor kerana teringatkan "sesuatu".

Ketika itu aku teringat sms berantai yang meng'geram'kan.



*******************************************

"Lan, aku nak p cari mee kari bidor la. tlg bg info. Tq".

Inilah sms berantai yang memulakan kisah. Sms ini diterima pada hari Isnin jam 11.19 pagi daripada Pn Id. Rakan lama sewaktu sekolah menengah di Beruas dulu. Aku call dan maklumkan lokasinya.

Hampir 10 minit, aku terima smsnya lagi:

"Dah habis la pulokkk..hu..hu.."

"Mmg, jam 11 dah licin.. Aku dulu jam 9 pg mmg time kritikal..lain kali bleh pi lagi.."

"Aku pasti dtg lg. Tq Lan."

*********************************************

Maka, apabila aku keluar tol Bidor, singgah di kedai mee kari tu untuk bersarapan. Aku sms Pn Id semula.

"Salam. Hang tanya, aku yg sampai. Seru hang kuat sgt la. Hehe. Hari ni nak k Ipoh. Sggah kejap kat mee kari Ramli kat Bidor. Meh le..sedapnya bau kari diaaa....TerlioQ aihhh..."

"Hg memangggg..oit..mnitik2 ayaQ lioQ aku kat opis ni..."


"Nnti tiba turn aku, aku layoQ kat hang plak.. nasib baik kau tak mengandung, kalo tdak mleleh ayaQ lioQ anak aku..sapa nak jwb? Hehehe.."

***********************************************
SMS berantai yang meng'geram'kan menceritakan pelbagai ragam dan rasa. Mee Kari Bidor menjadi latar ceritanya... Habis sahaja semangkuk mee kari dan milo tarik, aku meruskan perjalanan ke Ipoh.

Daripada kisah ni..pelbagai cerita dan kisah boleh digarapkan. Bergantung tafsiran masing-masing...

Pastinya Pn Id membaca cerita ini. Aku ucapkan selamat berkunjung lagi ke Bidor. Ingatlah SMS berantai ini...
Continue Reading...

Apr 12, 2010

ROBOTIK : Bualan anak-beranak

11.04.10 - Makan petang merangkap makan malam. Di meja makan. Makan sambil berbual anak-beranak.



"Amir dengan Amirul dah tengok bilik? Dah ucap terima kasih kat Mama?" tanya aku pada anak-anak jantan. Mengangguk kedua-duanya. Macam faham-faham ja.

"Abang, ayah cadang abang cuba rekacipta robot la. Letak dalam bilik. Robot tu kena pasang sensor", aku sebut satu persatu.

"Ayah, sensor tu apa?" tanya Amir.

"Sensor tu alat pengesan la Amir. Kalau kita lintas depannya, dia dapat kesan kita. Tettt..tettt, bunyinya," jelas si mama pula.

Amir dan Amirul mengangguk-angguk.

"Amirul cuba rekacipta robot tu. Kita letak tepi katil. Dia akan kesan jika kita letak bersepah baju dan seluar atas lantai." aku menyambung perbualan sambil mencedok kuah.

"Sensor nak buat apa pula?" tanya Amirul.

"Haaaa..bestnya soalan tu. Sensor tu, akan dapat kesan bila kita letak kain baju bersepah di lantai. Zap..zap..zap. Tangan robot tu pegang rotan dan akan libas bontot kita. Sebab letak pakaian besepah", jelas aku lagi..

Senyap sejenak. Apa yang depa fikir pun aku tak tau. Mem besor sudah senyum tengok anak-anak jantan mula dok berfikir. Kening depa makin berkerut sambil menyuap nasi ke mulut masing-masing.

Gambar Hiasan : Cilok drp FB mem besor.

Tetiba ada suara memberi respon atas cadangan aku.

"Ayah, lebih baik cipta robot yang ada sensor. Sensor dia lain gunanya. Lebih baik robot tu tolong sidai baju yang letak bersepah. Lagi bagus. Boleh ke?", tanya Amir.

"Bertuah ko Amir. Nak senang jaaa...," balas jawab mamanya.

Kami ketawa empat beranak. Makan diteruskan hingga sudah...

*****************************************************************************
Moral :

Bagaimana harus ibubapa menciptakan ruang berfikiran kritis untuk anak-anak.Kadang-kadang, jawapan yang kita terima memang di luarjangka. Konsep mudahnya ialah, bagaimana ibu bapa membuka ruang untuk berbicara dengan anak-anak secara terbuka. Melakukan tidak semudah mengimpikan suasana sebegitu rupa.
Continue Reading...

Apr 11, 2010

Vulcan Classic



Vulcan Classic

Continue Reading...

Apr 8, 2010

KERETA LELONG KASTAM : Muncul lagi



Malam tadi aku merayau blog rakan lama di Kluang. Beliau menceritakan berita sensasi pelbagai isu. Satu kisah menariknya ialah berkaitan lelongan kereta kastam untuk April 2010. Klik di sini. Siap ada gambar BMW berharga RM130k (bila aku tgok secara online). Bertuah sungguh. Nampaknya, memang dia udah pergi tengok di gudang Johor Bahru.

Kisah dulu:

Sewaktu aku masih di Kluang, aku pernah ke gudang lelongan di Johor Bahru. Klik di sini. Ada juga pergi sefamili meninjau gudang Kastam di Batu Pahat tetapi udah tak jumpa linknya. Sorry. Agak menarik jika dapat melihat kenderaan lelong kastam dengan meninjau, menyentuh dan membelek sendiri.

Asasnya, tender lelongan kenderaan kastam adalah secara bersepadu. Konsep bersepadu yang diamalkan ialah semua cawangan Kastam di setiap negeri melaksanakan tender terbuka pada awam secara terus di pejabat lelongan dan secara online itu pada tarikh dan masa serta terma yang sama. Tahap mana kesepaduannya, aku tidak ketahui. Mungkinkah hanya paparan di website dan pameran di tapak lelongan? Atau mungkinkah terdapat tangan-tangan ghaib yang masih terdapat pada kereta itu sehinggakan kereta sekadar 'untuk pameran'.

Kini :

Petang tadi, aku call ke Kastam di Putrajaya untuk ketahui keadaan lelongan secara online. Step by step dimaklumkan pada aku untuk membuka website tersebut. Akhirnya dapat juga aku lihat kenderaan lelong kastam mengikut jenis-jenis kenderaan.

Apabila dibuka laman tersebut, terdetik juga dihati aku tentang kenderaan lelong kastam tersebut. Kenapa tidak banyak kenderaan lelong kastam yang dipamerkan dalam website? Pelbagai kemungkinan menyebabkan ianya terjadi sebegitu.

1. Mungkinkah tidak semua kenderaan lelong kastam itu dipamerkan dalam website?
2. Mungkinkah gambar-gambar kenderaan lelong kastam itu adalah gambar lama?
3. Mungkinkah sememangnya tidak banyak kenderaan yang dibuat lelongan untuk kali ini?






Nota:
Nilai deposit tender adalah 10% daripada harga tawaran tertakluk kepada minimum RM25.00 dan maksimum RM10,000.00. Deposit tender boleh dibuat dengan menggunakan Bank Draft/Banker's Cheque atas nama "PENGARAH KASTAM NEGERI". Borang tender boleh di muat turun dari laman web atau boleh didapati dengan PERCUMA di Pejabat Kastam yang terlibat dengan tender di atas.

Walau bagaimanapun, aku sekadar tengok online sahaja kerana dalam gambar tidak sama dengan keadaan yang sebenar. Melayan selera saja. hehhehe

Continue Reading...

Apr 6, 2010

KASIH-SAYANG : menilai dan bernilai

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan beberapa bulan lalu. Gambar dan nota ini dikirimkan oleh seorang sahabat kepada saya. Saya siarkan untuk tatapan anda semua.

Lihatlah...betapa indah kasih sayang yang mungkin melangkaui kasih sayang manusia. Jika manusia mempunyai sifat kasih..kenapa sanggup berbalah atau berbunuhan sesama sendiri? Foto-foto menyayat hati ini menceritakan segala-galanya! Renungkanlah dengan mata hati anda.....



Di sinilah pasangan (jantan? betina?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah. Di sinilah juga saban hari ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang.



Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya.



Menyedari pasangannya sudah tidak bernyawa, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..



Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.... Hidup menjadi sepi.



Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhlukNya.
Kita manusia...
PASANGAN SENTIASA DISISI TETAPI SETIA TIADA DIHATI......

Adakah begitu?
.....Ketuk kepala, tanya minda.....

***********************************************************************
Adakah :
1. Kewajaran kasih-sayang terbentuk kerana perkaitan kenapa dan mengapa?
2. Kewajaran AKRABnya kasih-sayang atas dasar kepercayaan yang tinggi?
3. Kewajaran RENGGANGnya kasih sayang kerana tahap keperluan antara satu-sama lain?

Segalanya berkemungkinan... Wallahu'alam

Continue Reading...

Apr 2, 2010

Pindah lagi...

020410, Jumaat - Rumah baru, barang baru. Corak pengisian jugak yang lama. Sebab udah jadi 'orang lama'. hehhe


lama
baru
Continue Reading...

Apr 1, 2010

Kerja Gila : Jom teroka...

Sekarang, aku sudah boleh lapang-lapangkan kepala. Hujung bulan ini akan ada kolokium anjuran Fakulti Perniagaan Ekonomi. Untuk itu, aku dan membesor serta rakan-rakan lain akan membentang kajian. Ramai panel yang akan menanti dengan soalan yang bertubi-tubi. Pelajar baru juga akan memerhati dan menilai. Jika tak terjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh panel, kompom aku sengih je ler.. hehhe.

Oleh itu, aku gemar untuk bikin gembaQ sewaktu pembukaan pembentangan kajian menggunakan powerpoint. Beberapa garapan scene untuk montaj sudah ada dalam kepala aku. Maka, dengan masa yang semakin laju bergerak ini, aku perlu explore software yang telah lama aku tinggalkan. Sekarang, aku perlu explore semula. Apakah softwarenya?



Software itu ialah Adobe Photoshop Elements V7. Aku telah download software itu beserta dengan cracknya sekali. Tidak lupa juga ebook berkaitan software itu telah didownloadkan khusus untuk menjana kreativiti. Semuanya percuma, hanya kena tahu lubuk-lubuknya sahaja. Paling mudah mintak bantuan pakcik Googgle untuk membantu.. Selamat meneroka semula Adobe Photoshop Element v7..khas untuk aku yang nak memenuhkan masa...hehhehe

Syyyhhh... sebenornya perisian yang terbaru ialah versi 8. Berat wooo.. maleh aku nak download.. heheheh
Continue Reading...

Mar 30, 2010

WANITA : wajar dijauhi?


Wanita, itulah pendamping lelaki. Wanita juga ibarat tulang belakang lelaki kerana kejayaan seseroang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya. Wanita juga digolongkan sebagai tulang rusuk yang bengkok. Jika diikuti rentak mereka atau dibiarkan, semakin membengkoklah jadinya. Hendak membetulkan tulang-tulang rusuk yang membengkok bukanlah mudah. Jika berlembut, tak jadi apa-apa. Jika diluruskan sekuat-kuatnya, patah la pulak.

Pastinya, setiap lelaki ada pilihan wanita idaman tersendiri yang mampu sebagai kawan, kekasih, sahabat, isteri dan ibu kepada anak-anak. Namun, ada juga pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang WAJIB dijauhi. Apakah kriteria yang harus diketahui?



1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Sumber : Artikel IPIslam

Continue Reading...

Word 2007 : benar-benar menguji

Salam sejahtera,

Sudah lama aku tidak update blog ini. Senak dan sesak juga apa yang dilalui. Pelbagai pengalaman yang ditempuh. Menyentakkan minda. Yang paling menyentak dan meningkatkan aliran darah ialah terdapat gangguan pada fail word 2007. Senak kepala juga jadinya.

Kebiasaannya, kita akan memasukkan nombor mukasurat/halaman dalam fail word pada header @ footer. Semuanya untuk memudahkan sistem penulisan. Sistem mukasurat/halaman adalah salah satu contoh link yang dibuat secara code sebenarnya. Bayangkanlah jika anda memasukkan link untuk paparan bibliografi antara word dan endnote. Akhirnya, apa yang dilakukan telah menjadi kucar-kacir hanya dengan kesilapan kecil yang dilakukan.
Misalnya paparan mukasurat 8 telah dipaparkan sebagai "\* MERGEFORMAT". Mana pergi nombor mukasuratnya? Manakala, paparan sistem endnote juga telah menjadi kucar-kacir. Cobaannnn...

Seawalnya, aku buat semakan fail word tersebut pada 2007, memang masalah itu terjadi. Kemudian aku buat semakan pada fail word 2003, masalah itu tidak timbul. Aku hairan dan tidak tahu untuk menyelesaikan amsalah itu. Aku ambil langkah lain dengan telah uninstall dan install office 2007.Masalah tersebut masih tidak selesai.

Aku cuba minta bantuan pada pakcik google. Alhamdulillah, pakcik google telah membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pertamanya, aku klik di sini untuk menyelesaikan masalah pertama. Keduanya, aku klik di sini untuk memahami mengapa hal tersebut terjadi kepada aku.

Rupa-rupanya, baru aku ketahui bahawa terdapat sistem shortcut pada keyboard yang telah aku tekan. Sebelum ini, apa yang telah aku tekan pun aku tak tahu... Ini memang pengalaman yang betul-betul menyentak minda!!!!

Continue Reading...

Mar 21, 2010

Jalan-jalan : Jamu mata..

Seminggu telah berlalu. Pastinya berbagai aktiviti telah dipenuhi oelh semua ibu bapa. Yang tidak bercuti, akan cuba mengisi borang cuti demi memeriahkan percutian bersama keluarga. Ada yang bergerak di jalan raya,ada yang bergerak di lautan dan ada yang bergerak melalui jalan udara. Semuanya menisi masa percutian bersama keluarga. Hargailah keluarga khususnya anak-anak.

Isnin lalu, kami sekeluarga bergerak ke Kluang, Johor. Melihat dan berkenalan dengan penyewa rumah di Taman Titiwangsa. Hampir setahun berlalu, kami hanya berbual melalui telefon sahaja. Alang-alang melewati ke Kluang anak-anak mula menyusun tempat-tempat yang ingin disinggahi. Semuanya semata-mata memenuhi impian yang tak tertunai di Tanjong Malim.

Menyenget badan-badan, malangnya bola tetap masuk longkang! hahaha


Seawalnya, kami bergerak ke Kluang Prade. Tingkat 5 menjadi tumpuan kami sekeluarga. "Ayah, jom lawan bowling dengan Along. Ayah nak tak?," ayat menggoda daripada anak dara aku. "Jom," aku sambut pelawaan tu. Risau aku tengok lorong bowling tu. Bayangkan kalau jari aku melekat kat bola bowling dan melantun terkena susunan botol-botol di hujung lorong. Aduusshhhh...

Aku sekadar memenuhi ruang alternatif yang tidak ada di Tanjong Malim. Semua anak-anak merasa buat balingan bola. Mem besor tukang bagi semangat dan tukang kritik macam dalam rancangan realiti. Heheheh.

Setelah selesai satu game, kami keluar daripada pusat bowling. Bertukar pintu saja untuk memasuki ruang lain. Jom tengok wayang.... Melayan sungguh. Maklum le aku juga dok gian rasanya. Jom tengok wayang.

Berlatarkan papan iklan Alice in Wonderland
Klik di sini.

Akhirnya, setelah selesai urusan di Kluang, kami bergegas pulang ke kampung di Melaka dan lajak ke Tanjong Malim. Kami kembali ke suasana asal. Tiada lagi bowling dan wayang. Tup-tup, aku melayari blog TokNabe. Sifuu aku dalam IT. Banyak aku pelajari melaluinya. Terima kasih sifu.

Dalam blognya juga aku dapat satu alternatif. Jom tengok wayang.!! Filem-filem terbaru dan zaman retro, semuanya ada. Macam slogan astro, 'macam-macam ada'.. Kini, aku tak perlu lagi membeli vcd/dvd untuk melepaskan gian menonton filem.



Download saja. Cara mendownloadnya, kita perlu memiliki software asas untuk download iaitu Internet Download Manager (IDM). Apabila menggunakan software IDM, kelajuannya hampir 300% lebih laju drp perisian muatturun yang biasa disediakan oleh Mozilla.


Bagi paparan filemnya, laptop atau pc harus ada perisan DivX Plus. Asasnya, sesiapa yang menggunakan Window 7, perisian DivX telah dimasukkan sekali sewaktu instalasi Window7. Selamat laksanakan hidup alternatif.... Ceriakan hari anda!

Cara mendownload dan instalasi perisian, anda boleh rujuk di sini.

Continue Reading...

Mar 20, 2010

Memenuhi undangan..

Sudah lama tidak diisi entri terbaru. Sengkak kepala hotak juga apabila mengadap laptop kerap kali tanpa aktiviti luar yang merangsang minda.

Akhirnya, hari ini kami sefamili memenuhi undangan perkahwinan Tuan Guru Besar membesor. Majlis berlangsung di Stadium Proton City. Itulah first time aku masuk ke dalam stadium tu. Teringat pulak stadium Kluang yang sering dikunjungi... Majlis itu bertemakan warna oren.

Selepas menjamah hidangan kami beransur pulang. Jalan pulang ke rumah akan melintasi pintu utama UPSI. Kami berhenti sekejap. Kebetulannya, signboard upsi sudah bertukar yang baru sempena majlis konvokesyen hari Rabu dan Khamis lalu. Bergaya sakan.. hehehhe.

Tongah panehhh...apo nak dikato..
Continue Reading...

Mar 8, 2010

Lobak, Telur dan Serbuk Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.


Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuklainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.

Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Si anak tersenyum seketika, mencicipi kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"

Moral: Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Sumber : Warnadiri
********************************************************
Kekadang, kewajaran momentumdan asakan sekeliling melonjakkan kita untuk terus ke atas seperti kemelut kopi yang meningkatkan aromanya apabila menghadapi air panas mendidih.. Ada pula menjadikan kita seperti telur rebus yang kaku dan keras apabila menghadapi air panas mendidih.. Begitu jua dengan lobak yang kelihatan keras di luar, namun apabila dididihkan dengan air panus...lembut dan layu, tidak sekeras asalnya...

Hakikatnya, itulah kita antara kita, watak dan perwatakan kita. Sanggupkan kita menerima momentum seperti itu untuk menilai kedudukan kita. Adakah kita menerima sesuatu momentum dari sudut positif atau negatif? Ianya bergantung pada cara kita berfikir..

Sebaliknya, sanggupkah kita untuk memberikan ruang momentum itu kepada orang sekeliling untuk melihat mereka terus melonjak ke atas? Sanggupkah pula kita menanggung corak pemikiran mereka terhadap kita? Sudah bersediakah mereka untuk menerima momentum sebegitu?

Akhirnya, berbalik semula kepada kesanggupan kita untuk mengharungi kesan terhadap memberi dan menerima momentum itulah benar-benar melonjak atau menjatuhkan kita... Di manakah kita?

Marilah kita renungkan semangat golongan OKU dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar. Segala halangan dan cabaran adalah dianggap sebagai membantu lonjakan pemikiran dan dayajuang seterusnya membentuk jati diri yang kuat!!!

Di manakah kita?
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template