Oct 24, 2014

BUKU BAHARU


Islam, jalan kesejahteraan
penuh hikmah dan aman
penuh penjelasan beserta kupasan
penuh seni jalan kehidupan
menuju syurga menulusuri titian
titian rambut dibelah tujuh
halus dan lembut penuh seninya
salah laluan penuh siksaan

tatacara penyampaian
penuh hikmah yang beruntaian
tidak putus setiap helaian
mengkhabarkan berita penuh pengetahuan
segala tersurat jadi ikutan
manusia sering dalam kerugian
segala tersirat jadi pedoman
duhai orang yang beriman

mahu jadi manusia
mahu jadi orang
menjalani kehidupan
dengan anugerah buku baru
buku kosong dengan penuh catatan
jadilah manusia penuh harapan
buku kosong dengan menggarap catatan
jadilah orang beriman penuh kefahaman

telusuri catatan lama dengan hikmah
perbaharui catatan baru dengan berhemah
agar perdapat hakiki kebahagiaan
jadilah insan kamil penuh pengetahuan
menulusuri luasnya jalan kehidupan
nikmat tak terucap dengan perkataan
SELAMAT TAHUN BARU
DENGAN BUKU BAHARU
Abadi Bersama LaluanNya

ABL (24.10.2014 - 2.00am)
*******
Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).
(Al-Baqarah 2:101)
*******

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template