Sep 28, 2013

DI PERSIMPANGAN : Mencari diri

Di Persimpangan
(Mencari Diri)

Dunia realiti dan dunia hati
Dua persimpangan yang penuh erti
Sukar menjejak mana arah kaki
Perbezaan dua dunia yang penuh duri

Haruskah berteleku di dua persimpangan
Menantikan jalan arah mana yang tertutup
Agar mudah kaki menentukan arah jalannya
Tanpa tekal membentuk pilihan
Pasti sukar mencari damai di persimpangan

Begitulah kita dalam kita
Impian alam yang penuh suka dan duka
Demi menginjak arah yang penuh sangka
Sesukarnya minda, hati dan firasat duduk bersemuka
Membentuk arah jalan yang terbuka

Demi masa
Kita sering alpa
Menjunamkan kita dalam sejuta rasa
Membentuk noda dan nista
Demi mencari diri yang hilang
Di persimpangan dua dunia

ABL : 04.09.12 (Selasa)
~ Batu Pahat


0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template