Jun 8, 2013

KAEDAH RAWATAN BATU KARANG : Tradisional atau Moden?

PARIT RAJA : Beberapa minggu lalu, aku ketemu seorang kenalan yang datang dari Balik Pulau atas urusan rasminya di UTHM. Beliau datang bersama rakannya. Kami berbual panjang. Akhirnya rakan beliau bertanya soalan berkaitan rawatan tradisional batu karang di Melaka seperti yang dilihat dalam TV3 dulu. Terlupa pula dia nak mencatat no telefon yang tertera di kaca tv. Maklumlah, time tu tak sakit katanya. 

Sewaktu kenalan itu tiba di Parit Raja, sakit mula terasa apabila membuang air kecil. Pain Killer menjadi bekalannya. Jenuh juga ya apabila terjadi sebegitu.

Rakan kepada SAHABAT ini yang bertanyakan
berkaitan rawatan batu karang di Melaka.
Hari ini, hati tergerak untuk aku tanyakan Pokcik Google berkaitan rawatan batu karang di Melaka. Dapat juga aku temui beberapa maklumat perihal tersebut. Aku akui, sewajarnya kita berada dalam keraguan tentang kaedah rawatan secara tradisional. Perasaan was-was memang wujud. Yer ker, boleh dirawat secara tradisional.? Juga beberapa persoalan lain akan timbul di fikiran. Al-maklum sajalah, minda semakin terbuka, rawatan moden semakin maju, doktor-doktor pakar semakin hebat dan tinggi ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.

Namun demikian, tidak harus kita lupakan bahawa Ilmu Allah ini terlalu luas. Kekadang, tidak terjangkau dek fikiran kita. Allah SWT menganugerahkan sesuatu ilmu kepada hambaNya yang terpilih. Makanya, kaedah rawatan tradisional juga adalah satu alternatif demi menjaga kesihatan. Bagi sesiapa yang tidak pernah lalui dan rasai tentang kaedah rawatan tradisional, pastinya pelbagai persoalan yang timbul di minda. Itu adalah normal bagi setiap orang yang lebih pentingkan kepastian daripada keyakinan. Keyakinan akan timbul apabila kepastian itu mulai muncul. 

Mari kita lihat pandangan seorang penulis blog berkaitan rawatan batu karang secara tradisional. Pada awalnya, beliau memang meraguinya tetapi apabila melalui proses rawatan secara tradisional di hadapan matanya...hanya beliau sahaja yang ketahuinya...

Perasaan 1 :
"Dalam keadaan risau, Adik ipar saya mencadangkan pergi rawatan alternatif buang batu karang yang telah dibuat oleh kawannya. Orang tu kata, gosok-gosok jer keluar batu. Susah nak percaya ni lagi-lagi org science stream cam saya. tapi tak salah kalau cuba kan. Rupanya adik ipar ngan adik pompuan saya pun, pernah kena tapi ignore the sypmtoms kononya cam boleh hilang sendirilah. Pujuk punya pujuk, diorang agree nak join sekali, alang-alang pergi kan. Semalam kitorang pergi berpandukan GPS yang dipinjam dari seorang kawan."

Perasaan 2 :

"lepas 5 minit mak, adik ngan adik ipar keluar dari rumah orang tu...Adik ipar saya kata, dah kurang sikit. Treatment dia senang jer. Gosok ngan minyak angin, tekup ngan bekas putih and then batu keluar melalui kulit...cam magic show tu. Saya masih was-was lagi sebab ikut cakap dr Ayub, kena buat pengesahan dulu baru boleh percayakan. Baru 1 jam lepas mak call dia dah pergi balik ke Klinik Arul dan Dr dah confirmkan kedua-dua buah pinggang dah bebas dari batu karang....what a relief. Saya just nak ambik sample batu yang keluar tu nak buat chemical test supaya boleh aware sikit jenis batu dan makanan yang tak boleh diambil."
Sumber : Di sini dan Di sini

Pengalaman langsung pesakit yang melakukan rawatan : Klik DI SINI


"Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya..."

Foto sampingan :

Lokasi di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka
Raung menunggu di hadapan pusat rawatan tersebut.
Sumber : Kimar

 Kaunter Pusat rawatan
Sumber : CTAjar








Contoh batu karang yang dikeluarkan
Sumber : Kimar
Alamat Pusat Rawatan :


BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel:  013 9990935 ,  013 6426663 ,  012 2658199 
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)


Namun begitu, di sini aku pamerkan pandangan dan pendapat doktor berkaitan kaedah rawatan doktor. Beberapa prosedur dan kaedah yang perlu dilakukan. Klik DI SINI.

 Moralnya :


Segala penyakit yang kita hadapi adalah ujian daripadaNya. Menguji tentang kesabaran dan keredhaan kita atas ujian yang diberikan olehNya. Berusaha dan ikhtiar adalah pilihan yang kita ada. Ilmu Allah ini terlalu luas yang dianugerahkan kepada hambaNya. Jika kita telah melalui proses rawatan moden yang tidak dapat merungkai 'sakit' yang kita hadapi, tidak salah juga kita berikhtiar dan beralih kepada rawatan tradisional. Adakah dengan berusaha dan berikhtiar menerusi rawatan tradisional, kita akan dipanggil kolot dalam pemikiran dan cara hidup....?
Wallahualam....

18 Coretan Lain:

fazrinefamily on 6/26/2013 10:56 PM said...

mmg pengalaman yg sungguh menyakitkan...lebih lagi masa 'dier' nk kluo..perghhhhhhhh x tertanggung rasanya

azlanlin on 6/30/2013 9:01 PM said...

Fazrine : Ada pengalaman berubat batu karang ker..?
~ Di mana lokasinya..?
~ Apa kaedah rawatan yang digunakan..?

GPI on 7/13/2013 4:47 PM said...

Pernah sakit batu karang hujung 2011, dan menurut scan yg dilakukan.. mmg ada sebiji batu.. masa tu mmg sakit yg amat... mcm2 petua diamalkan, ubatan moden dan tradisional. Akhirnya batu itu keluar secara natural... Alhamdulillah

Amin on 10/17/2013 11:16 PM said...

Allah saja yg tahu sakitnya. Masalah sy adalah terasa ada bt yg jatuh dr buah pinggang hinggs menyekat perjln kencing sy hingga air x kluar. Nk x nk terpaksa masuk tiub sbb dr kata kalau air x kluar buah pingg akn rosk sbb kembang. Dlm 1 minggu sy mkn ubt pech batu bila scan memang x ada. Sy ambil kptusn cabut tiub dlm 3 hari kencing ok last jd balik sy rasa mcm ada batu yg menghlg dlm saluran terpaksa pakai tiub utk kali ke2. Dg ini sy nk cuba rawatan trdsnl kat Melaka mana tau dpt buang bt yg menyumbt saluran kencing. Nk tanya sape dpt membantu adakah rawatan kat Melaka masih beroperasi spt biasa. T.ksh atas respon a da budiman.

azlanlin on 10/18/2013 12:37 AM said...

Sdra Armien Shani :
** Boleh cuba hubungi nombor yang tertera di penulisan saya di atas. Saya tidak pernah hubungi nombor telefon tersebut.

SA'AD JA'AFAR on 11/11/2013 4:48 PM said...

Jika boleh keluarkan batu tu tanpa pembedahan, tu adlah krna bantuan jin. Guna jin tu. Syirik.

SA'AD JA'AFAR on 11/11/2013 4:49 PM said...

Jika boleh keluarkan batu tu tanpa pembedahan, tu adlah krna bantuan jin. Guna jin tu. Syirik.

Seri Mahkota Alam on 2/25/2014 5:23 PM said...

Ilmu Allah luas. SubhanaLLah. Tidak semestinya apabila tidak menggunakan kaedah yang konvensional yakni yang diperturunkan oleh Universiti Perubatan maka syiriklah kita. Silap kalau kita mengandaikan begitu. Sembuh dgn perubatan moden maka kita berkata nasib baik ada doktor tu ... maka jatuh syirik juga. Semuanya makhluk. Manusia makhluk, jin makhluk ... Menyembah jin syirik mrngagungkan manusia syirik. kita berikhtiar. Bukan kita yang mengubatnya. Kita pesakit. Tak perlu usul sangat. Pengalaman saya sendiri semasa berubat dgn Pak Jamil tu, tiada unsur-unsur yang meragukan. Tiada jampi, tiada asap cuma yang terdengar kalimah BismiLlahhiRahmannirRahim dan saya bersyukur kerana ujian kesakitan saya tidak berulang. Sakit batu karang ni hanya Allah yang tahu deritanya. Menggelepar sehari semalam.

azlanlin on 3/12/2014 10:27 AM said...

En Rozman :
Benar, saya setuju pandangan saudara. Ini kerana pandangan individu itu sendiri yang mengikuti pendekatan perubatan itu.

Malahan, pendekatan/perubatan adalah suatu usaha dan ikhtiar kita. Namun, segala urusan adalah di bawah ketentuanNya.

Yang paling utama ialah, iktikad kita terhadap Pencipta kita.

Terima kasih, saudara...

afisz on 5/19/2014 3:49 PM said...

rawatan buasir boleh buat jugak ke?

Unknown on 7/16/2014 9:37 AM said...

Saya pernah pergi kat sanapada 9/07/14,dia keluarkan 3 biji batu karang, dia ckp,buah pinggang ada bengkak sikit.Sama mcm doc ckp,buah pinggang ada bengkak tp doc bgtahu hanya ada 1 je btu krng setelah buat ct scan.
Setelah balik berubat dari melaka,selang 1 hari sakit datang balik,doc terpaksa buat skup melalui pundi kencing dan keluarlah btu krg berukuran 0.5cm,berlainan dgn btu krg yg dikeluarkan di melaka lebih kurang 2 cm.Sekadar berusaha,yg menentukan sihat atau sebaliknya hanya Allah S.W.T,mungkin x sesuai dgn saya.

khairidzz on 12/10/2014 10:41 AM said...

Dh pergi berubat kat kg gangsa tu, keluar 2 biji batu dari pinggang..mengecewakan lps 3 minggu pergi ke hospital pantai, xray utk kepastian...masih ada batu tak berubah pun kedudukan dan saiz yg sama...rm300 kos ubat air masak + barli + ubat sapu berangin....rezeki dia dpt pakai kereta besar...doktor dh tau lama pasal perubatan kat kg ni hanya senyuman saja dia bagi kat aku..ikhtiar katanya

Dr Jetox Official on 10/24/2015 9:39 AM said...

Assalamualaikum,

Kami merupakan pakar menyingkir batu karang pundi hempedu di Malaysia.
Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi yang lama, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang tersendiri untuk membubarkan batu dalam masa 12 jam. DR JETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR JETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa.
Kelebihan produk kami:-

Dalam 12 Jam Sahaja
Kaedah-kaedah yang lain di pasaran mengambil masa yang panjang (24jam atau 7 hari) untuk membubarkan batu hempedu. Produk kami yang merangkumi resipi yang berantioksida tinggi dapat menunjukkan keberkesannya dalam 12 jam sahaja. Dalam masa 12 jam sahaja, batu hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-buahan buangan.

Menyingkir Sisa-sisa Makanan Bertoksin
Disebabkan campuran Rosecalam Juice dan Bio-Active Mineral, produk kami mampu membubarkan sisa-sisa makanan yang lama antaranya termasuk sisa-sisa bertoksin yang terkandung dalam badan. Bio-Active Mineral berfungsi memperbanyakan air dalam usus malah mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa makanan bertoksin.

Mengurangkan Berat Badan
Seperti yang dinyatakan di atas, produk kami dapat menyingkirkan sisa-sisa makan bertoksin dan najis terlonggok. Selepas sisa-sisa baki disingkirkan, berat badan pelanggan kami dibuktikan turun serta-merta.
——————————————————————————————————————————

Untuk memastikan pelanggan sah diserang batu hempedu, dibawah merupakan tanda-tanda kebentukan batu hempedu.
*Rasa senak yang kronik
*Rasa mual, angin kembung perut dan sakit abdomen
*Loya dan muntah
*Kesakitan di bahagian tengah dan kanan atas abdomen
*Sakit perut pada bahagian sebelah kanan atas yang seperti gastrik
*Sakit perut yang memulas hingga melarat ke tulang belikat
Kesimpulan
Untuk pengetahuan anda, kami bertujuan untuk menyelamat pesakit batu hempedu dengan produk kami yang bersumber buah-buahan alam semula jadi. Kami tegaskan bahawa tidak perlunya untuk membuang pundi hempedu yang merupakan organ manusia yang penting maka merupakan kurniaan Tuhan kepada kami.
Dr Jetox telah lama dikenali ramai maka testimony-testimoni boleh didapatkan di laman Facebook.
Facebook Fanpage : DR JETOX
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami bila-bila masa sahaja.
Sekian, terima kasih.

Ramon (Pengurus)

The Club, Bukit Utama,
1 Club Drive, Bukit Utama,
Bandar Utama, 47800,
Petaling Jaya, Selangor.
GPS Coordinates: 3.151714,101.602716

No. Talian:
0109829005 (Ramon)
0123454977 (Win)
Penghantar ke luar negeri? Sila rujuk kepada pengedar kami di berikut.
Kelantan – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
Kedah – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
Terengganu – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
Pahang – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989 )
Perlis – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
Kuala Lumpur – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
Wilayah Persekutuan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
Selangor – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
Melaka – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
Negeri Sembilan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
Pulau Pinang – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
Johor Bahru – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
Perak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
Sabah & Sarawak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)

Unknown on 1/02/2017 8:07 AM said...

Klu dia guna jin ,, x mau la... jatuh syirik... memangla ikhtiar... tapi klu kita dah tau, dah dosa besar....

Unknown on 11/18/2018 9:00 PM said...

Kalau kita niat baik kerana bomoh tu mmg la jadi syirik, kalau kita niat baik kerana allah, dah ilmu yg ustaz, tu guna hanyalah kurniaan allah bg membantu setiap malhluk in shaa allah....

Anonymous said...

Penipu la tu.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown on 1/27/2020 8:38 PM said...

Saya dah 2kali pi buat rawatan dekat situ kali pertama dia ambil 1 biji masih sakit saya pi pulak kali ke2 dia ambil 3 biji masih sakit lagi saya terus pergi buat scan dkt BAGAN specialist ternyata batu saya masih ada

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template