Saya tertarik dengan artikel yang dipaparkan dalam blog ini. Dalam perjalanan hidup kita, sering kita merasakan sudah "cukup ilmu" berbanding dengan orang sekeliling kita. Kekadang kita terlupa bahawa masih banyak perkara yang harus kita pelajari dan dalami. Barangkali kita hanya rasa/tahu tetapi kita tidak memahami akan keadaan sebenarnya.
Kismis VS Anggur |
Sumber : Umar M.Noor
..................................
..................................
Kisah yang akan ceritakan ini sering saya dengar semasa menuntut di Syria dahulu. Ternyata ianya berasal dari kitab Al-Asybah wa Al-Naza’ir karangan Ibn Nujaim Al-Hanafi, lalu dikisahkan kembali oleh Syeikh Zahid Al-Kauthari dalam kitabnya Husnu Al-Taqadhi fi Sirah Abi Yusuf Al-Qadhi.
Kisah ini berkenaan dengan Imam Ya’qub bin Ibrahim Al-Ansari; masyhur dengan panggilan Abu Yusuf (w. 182 H). Beliau murid kesayangan Imam Abu Hanifah. Beliau
sangat bijak, hafalannya kuat dan banyak ilmu. Di antara ramai murid
Abu Hanifah yang lain, Abu Yusuf selalu terdepan dalam semua perkara.
Pada
suatu hari, Abu Yusuf merasa ilmu yang dimilikinya sudah mencukupi.
Saatnya untuk menjadi tokoh ulama yang siap menjawab semua permasalahan
umat. Beliau lalu meninggalkan majlis Abu Hanifah dan membuka majelis
ilmu sendiri. Dalam majelis itu, Abu Yusuf mempersilakan setiap orang
untuk menimba ilmu atau mengajukan soalan kepadanya.
Mengetahui
perkara ini, Abu Hanifah berniat menyadarkan muridnya. Diam-diam,
beliau mengutus seseorang ke majelis Abu Yusuf dengan beberapa soalan
untuk mengujinya.
Orang
itu berkata kepada Abu Yusuf: “Saya menyerahkan sepotong kain kepada
penjahit untuk dijadikan baju. Apabila saya tanyakan, penjahit itu
mengingkari pernah menerima kain daripada saya. Namun esoknya, ia
memberi saya kain itu yang telah dijahit menjadi baju. Soalan saya:
apakah ia berhak menerima upah?”
Abu Yusuf menjawab: “Ia berhak menerima upah.” Orang itu berkata: “Jawapanmu salah.”
Abu
Yusuf merubah jawabannya: “Ia tidak berhak menerima upah.” Orang itu
kembali berkata: “Jawapanmu salah.” Abu Yusuf menjadi sangat bingung.
Orang
yang telah dilatih Abu Hanifah ini lalu berkata: “Jawaban yang benar
adalah: jika baju itu dijahit sebelum ia mengingkari kain, maka ia
berhak menerima upah. Namun jika kain itu dijahit setelah ia mengingkari
kain, maka ia tidak berhak.”
Orang
ini terus mengajukan beberapa soalan lain. Setiap kali Abu Yusuf
menjawab, ia menyalahkan jawapannya lalu mengajukan jawapan yang tepat.
Diskusi
ini jadi menyadarkan Abu Yusuf akan kejahilan dirinya. Dirinya ternyata
belum layak menjadi seorang ulama, malah masih perlu banyak belajar
daripada ulama. Akhirnya, beliau memutuskan kembali ke majelis ilmu Abu
Hanifah untuk melanjutkan pengajiannya.
Apabila melihat Abu Yusuf, Abu Hanifah tersenyum dan berkata: “Engkau telah menjadi kismis sebelum menjadi anggur.”
Hukum Kesempurnaan
Kisah
ini sangat inspiratif. Seringkali kita melihat diri kita begitu besar
dan matang, padahal pada kenyataannya masih begitu kecil dan mentah.
Sebuah
kesempurnaan dan kematangan tidak pernah datang begitu sahaja. Ianya
merupakan hasil dari suatu proses. Proses ini terdiri dari beberapa
tahapan. Antara satu tahapan kepada tahapan yang lain seringkali
memerlukan masa yang cukup panjang.
Hukum
ini berlaku untuk semua makhluk hidup. Seekor ulat menghabiskan masa
berhari-hari di dalam kepompong sebelum menjadi rama-rama yang
cantik. Bahkan sebiji anggur sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian
kering dan menjadi kismis.
Sesiapa
yang tidak sabar menjalani semua ini, maka proses kesempurnaan itu akan
terbantut. Lalu ia tidak akan pernah sempurna selama-lamanya.
Hukum
kesempurnaan ini juga berlaku untuk semua disiplin ilmu atau kerjaya
yang kita pilih. Seorang dokter pakar memerlukan masa yang panjang
sebelum menjadi spesialis di bidang perubatan. Begitu juga seorang
jurutera, penulis, pelakon apalagi ulama Islam yang menjadi rujukan
umat.
Jadi,
jalan menuju kepakaran sangat panjang. Sesiapa yang menjalaninya dengan
sabar, suatu hari akan tampil sebagai pakar yang disegani. Dan
pendapatnya dalam disiplin itu diakui sebagai pandangan yang berwibawa.
Sebaliknya,
sesiapa yang tak sabar menjalaninya, lalu mendakwa pakar sebelum
masanya, maka ia telah kering sebelum matang, menjadi kismis sebelum
menjadi anggur. Oleh itu, ucapan dan pendapatnya tidak mengandungi nilai
ilmiah sama sekali.
Dalam kaidah fiqh ada disebutkan:
“Sesiapa yang ingin memiliki sesuatu sebelum masanya, maka ia diharamkan daripada memiliki sesuatu itu.”
Orang
seperti ini ibarat pokok yang belum tertanam dengan sempurna, maka buah
yang keluar daripadanya pun tidak bermutu tinggi. Berkata Syeikh Ibn
‘Athoillah Al-Sakandari dalam Al-Hikam:
ادْفِنْ وجودَك في أرضِ الخمولِ فما نَبَتَ مما لم يُدْفَنْ لا يَتِمُّ نَتَاجُه
“Tanamlah dirimu di tanah kehinaan (khumul). Sebab apa-apa yang tumbuh dari pokok yang tidak tertanam tidak pernah matang.”
Sebelum
merusak orang lain, sikap “ingin cepat besar” ini akan merusak dirinya
sendiri. Ia akan tersibukkan dengan berbagai perkara sehingga tidak
sempat lagi menimba ilmu. Dan, perasaan takut dilihat bodoh dan khuatir
ditinggalkan pengikut akan menjauhkan dirinya daripada jalan peningkatan
ilmu.
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari menukil ucapan berikut ini dari Imam Al-Syafii:
إِذَا تَصَدَّرَ الْحَدَث فَاتَهُ عِلْم كَثِير
“Apabila
orang yang baru belajar telah maju ke hadapan (yakni: hendak menjadi
tokoh besar), maka ia terluput ilmu yang sangat banyak.”
0 Coretan Lain:
Post a Comment