17.02.2011 - Khamis :
Assalamualaikum w.b.t.
Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya..
BERSEDIA : Adakah kita bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku terhadap laluan kehidupan kita? Kekadang, kita merasakan gelap-gelita perjalanan yang bakal ditempuhi. Ada pula cerah di peringkat awalnya, kemudian bertukar warna pula selepas itu. Ini bermakna, kita sukar menjangka dan meramalkan apa yang bakal berlaku. Hanya Allah SWT sahaja yang ketahui apakah yang terbaik untuk diri kita. Itu adalah HAKIKAT yang harus kita terima. Rezeki, ajal, maut dan jodoh..hanya Dia lebih ketahui segalanya.
Adakalanya, kita sememangnya telah merancang dengan teliti perjalanan kehidupan kita. Keputusan yang telah kita buat untuk hari ini, adalah bersesuaian untuk hari ini. Adakah keputusan kita hari ini bersesuaian untuk hari esoknya pula? Pastinya kita kan membuat keputusan keesokannya berdasarkan keperluan situasi semasa agar kita lalui perjalanan esok dengan lebih cemerlang.
Kekadang, kita akan terkeliru mengapa kita harus menukar keputusan semalam, hari ini dan esoknya. Semuanya adalah berasaskan kepada keperluan semasa. Asasnya, kita harus fahami berkaitan mengapa perlunya kita menukar keputusan itu. Itu yang paling penting kerana hanya kita sahaja yang tahu kenapa dan mengapa. Pasti ramai orang di sekeliling kita yang akan tertanya-tanya tentang pertukaran keputusan itu... makanya, kita harus yakin dengan keputusan yang diambil itu. Itulah ciri-ciri "RISK TAKER" dalam diri seseorang.
Justeru, kita harus bersedia dengan apa jua yang bakal berlaku. Pastinya, hari ini adalah TIDAK SAMA dengan hari esoknya. Inilah yang dikatakan BERSEDIA DENGAN APA JUA KEMUNGKINAN.
Selamat menempuh hari esok dengan lebih cemerlang...
Nukilan ini adalah berasal drp Warna-warni Kehidupan

Bersediakan jika orang sekeliling akan bertanya :
Sudah selesa di tanah rata..mengapa hendak panjat2 puncak gunung pula?
Sudah selesa di tanah rata..mengapa hendak panjat2 puncak gunung pula?
Justeru, kita harus bersedia dengan apa jua yang bakal berlaku. Pastinya, hari ini adalah TIDAK SAMA dengan hari esoknya. Inilah yang dikatakan BERSEDIA DENGAN APA JUA KEMUNGKINAN.
Selamat menempuh hari esok dengan lebih cemerlang...
Nukilan ini adalah berasal drp Warna-warni Kehidupan
2 Coretan Lain:
kena bersedia....
anak penakan saya (55tahun) yang lama tak sembang dengan saya (60tahun) kata kita kena bersedia sepanjang hari.. kerana bila-bila kita akan "pergi"
saya setuju.. dan saya menambah..
Wahid, kita kena bersedia antara waktu, jangan tinggal waktu.. kerana kita mahu berada dalam waktu semasa meninggalkan dunia ini..
dia lagi bersetuju...
Lin, apa habax.. bila nak balik Pantai, minggu lepas saya p rumah Tok Sidang Pengkalan Baru dan Rumah Tok Sidang Pantai... sapa Tok Sidang Sungai Batu ye... ?
Lin, adalah nama arwah ayah saya. Nama saya Azlan dan nama manjanya "Lan". hehhe.
Alhamdulillah, saya sihat seadanya. Tok Sidang Sg Batu, Sdra Wahab.
~ Kerap kali jugak saya pulang ke Pantai Remis semenjak berada di Tanjung Malim. Ada paparan gambar saya di Facebook. Hehhehe. Makin kerap beralih arah drp blog ke 'mukabuku'. Nak buat camne, peredaran semasa...
Post a Comment