08.02.2025 - Jam 2.00pm. Aku meneroka aplikasi KTM untuk tempahan tiket secara online. Aku temui butang/ruang tempahan tiket.
Continue Reading...
Aku memilih lokasi mula dan akhir perjalanan. Aku bermula dari Ipoh mahu menuju ke Padang Besar. Kali ini aku memilih perkhidmatan komuter KTMB.
Baru aku tahu bahawa aku layak menaiki perkhidmatan Komuter KTMB secara PERCUMA atas tiket OKU.
********
Benar kata anak-anak aku yang kian dewasa. Mereka telah dewasa dan punyai kerjaya masing-masing.
"Ayah kena ada hobi", kata Amir. Terfikir juga aku, selama ini aku terlupa tentang apa hobi aku dalam kehidupan ini. Sebelum ini, aku sedikit sibuk dengan hal-hal urusan kerja dan keluarga. Aku terlupa perihal tentang apa yang aku suka lakukan (hobi). Anak semakin dewasa, aku pula menjadi remaja...!!
Nah, inilah masanya. Ke sana sini dengan Komuter @ ETS. Jika menaiki Komuter adalah percuma. Pilih sahaja hari dan masanya. Carilah ruang. Pilihlah peluang.
Ambillah mana yang sempat..!!
****
Tiket telah ditempah. Tiket KTM utk komuter bagi pemegang kad OKU. Tiket sah penggunaannya selama setahun yakni hingga 31 Disember 2025.
Jam 2.15, bergegas aku ke KTM Ipoh. Komuter terhampir jam 3.00 petang untuk ke Padang Besar. Aku tiba di KTM Ipoh. Parking tersedia. Tak perlu susah payah mencari parking.
*****
Aku bergerak ke ruang bangunan KTM. Inilah kali pertama aku merasainya. Ramai juga yang menggunakan perkhidmatan KTM. Baru aku tahu.
Ramai berbaris pada gate A. Aku join. Aku tak tahu mana nak tuju. Aku scan Code Tiket KTM.
"Pakcik nak ke mana tu", tanya petugas wanita cantik dan berbaju kuning. Pakaiannya kemas dan rapi.
"Saya kali pertama naik. Nak ke Padang Besar". balas aku. Aku tunjuk tiket padanya.
"Pakcik, scan semula untuk keluar ya.". Ini untuk gate ETS. Tiket pakcik untuk komuter sebelah sana", kata petugas tu sambil menunjukkan arah.
Selesai - Siri 2.