Kehilangan adalah suatu yang mengejutkan, memeritkan, menjejaskan sedikit terhadap emosi dan jiwa. Hanya bergantung kepada kita untuk menerima berita kehilangan itu. Adakah kita terus meremuk-redam jiwa dan raga atau terus bangkit menyusun dan mengolah strategi bagi mengembalikan apa yang dikatakan kehilangan itu.
Kekadang, apa yang disayangi harus hilang buat sementara waktu. Kehilangan itulah yang membuatkan kita terus bangkit untuk memperolehkan semula dengan izinNya.
Hakikat tetap hakikat bahawa segalanya adalah ketentuanNya. Jika sesuatu yang hilang itu adalah rezeki kita, tetap menjadi rezeki kita suatu hari nanti. Percayalah. Namun, jika telah ditentukan bahawa kehilangan itu sememangnya bukan rezeki kita, haruslah kita terima dengan penuh redha dan Allah memberi kekuatan untuk diri hambaNya.
Wallahualam.

2 Coretan Lain:
Redhalah dengan pemergiannya.Pasti ketenangan dan keikhlasan dapat mententeramkan jiwa buat semua.
Anonymous >>
Ya....saya suka ayat diperenggan akhir dalam blog ini :
>> Hakikat tetap hakikat bahawa segalanya adalah ketentuanNya. Jika sesuatu yang hilang itu adalah rezeki kita, tetap menjadi rezeki kita suatu hari nanti. Percayalah.
Post a Comment