Kita sedia maklum, apabila berurusan dengan manusia. Manusia bukanlah robot yang boleh diprogramkan seiring dengan perubahan tuntutan semasa. Manusia ada pelbagai karenah dan personaliti masing-masing. Ada yang mampu untuk berubah dan ada yang selesa dengan situasi semasa. Hakikatnya cepat atau lambat perubahan mentaliti seseorang bergantung pada tahap kesediaan seseorang untuk berubah. Tahap kesediaan ini pula bergantung pada pengalaman dan pengetahuan sedia ada dalam hal yang perlu berubah.
Cuba kita perhatikan keadaan sekeliling. Berapa ramai yang sanggup untuk berubah bertepatan dengan tuntutan semasa. Berapa ramai pula yang membicarakan perubahan yang dilakukan dari sudut negatif. Itulah dinamakan watak dan perwatakan seiring dengan personaliti masing-masing. Itulah dikatakan Warna-warni Kehidupan.
Namun demikian, hasil Program Pembangunan Komuniti yang dilaksanakan untuk fasa 1 dan fasa 2, mampu memberikan gambaran situasi watak dan perwatakan di sekeliling kita. Ada yang mahu berubah tetapi tidak sanggup meninggalkan situasi selesa yang dialaminya, ada yang mampu berubah mengikut tuntutan semasa dan ada yang tidak mahu berubah dan keluar dariapda kepompong keselesaan yang diciptakannya sendiri.
Hasil penelitian dan pengamatan, SU PIBG yang dilantik oleh pihak sekolah juga adalah insan yang bernama manusia. Tahap kesediaan mereka juga berbeza. Ada yang tertinggal dan ada terkehadapan. Perbezaan inilah ada faktor-faktor yang menhalang untuk berubah.
Link Weblog PIBG SKSV ada di sini.
Antara faktor yang menghalang seseorang itu berubah ialah :
1) Ego
Sifat dan sikap ini saya merasakan adalah antara faktor utama yang menghalang seseorang inidividu itu berubah. Jika tiada perasaan ini, sudah pasti mudah seseorang itu berubah. Ego bermakna sukar menerima sesuatu yang baru atau erti kata mudah difahami ialah keras kepala.
2) Tidak sepenuh hati.
Seseorang individu itu mungkin mahu berubah, tetapi keinginan tersebut tidak sepenuhnya. Sekadar berasa ingin berubah tetapi tidak membuat sebarang perubahan pada dirinya.
3) Masih bertangguh
Individu tersebut menginginkan perubahan pada dirinya tetapi masih bertangguh untuk melakukan perubahan yang diidamkan. Mengunggu satu masa tertentu untuk melakukan, tetapi malangnya apabila tiba masa yang sepatutnya berubah, individu tersebut masih belum bersedia dan menangguh lagi kepada masa yang lain. Akhirnya tiada sebarang perubahan yang beliau lakukan.
4) Menanggap perubahan itu sesuatu yang tidak penting.
Sesetengah individu beranggapan bahawa perubahan itu bukan sesuatu perkara yang patut diberi penekanan dan perhatian. Berubah ketika terdesak atau terpaksa dan sebagainya.
5) Tidak sanggup bekorban
Berbalik kepada analogi di atas, golongan pelajar ini merasa seronok dengan tidak mengulangkaji pelajaran, melepak dan mereka tidak sanggup bekorban keseronokan itu untuk Berjaya. Mereka lebih rela menyesal kemudian daripada melakukan sedikit perubahan pada diri mereka.
6) Tidak menghargai diri sendiri
Golongan yang tidak mahu berubah ini juga saya mengklafikasikan sebagai golongan yang tidak menyanyangi diri sendiri. Ini kerana, mereka sudah mengetahui akibat tindakan mereka tetapi masih belum mahu berubah. Mereka membawa diri mereka kepada keadaan yang kurang selamat, dan mungkin membahayakan. Pelajar yang malas adalah individu yang tidak menghargai diri sendiri dan masa lapangnya.
7) Perasan sempurna
Perasan sempurna bermaksud, individu yang sukar berubah merasakan diri mereka sudah cukup baik dan sempurna dan seharusnya tidak melakukan sebarang perubahan.
8) Matlamat yang tidak jelas
Sukar untuk berubah berkaitan dengan matlamat iaitu sebab mengapa seseorang itu inginkan perubahan pada dirinya. Jika matlamat itu jelas diikuti dengan jalan yang teratur, pasti seseorang individu itu boleh berubah.
9) Tiada semangat dan galakan
Seseorang yang menginkan perubahan tetapi tidak mempunyai semangat untuk melakukan perubahan tersebut juga akan mengalami masalah kesukaran untuk berubah. Galakan dari insan terdekat juga amat membantu seseorang itu untuk berubah.
10) Tiada motivasi diri
Ini bermakna seseorang yang inginkan perubahan terhadap dirinya perlulah meningkatkan motivasi diri sejajar dengan perubahan yang ingin dilakukannya.
Ini hanyalah sekadar pendapat dan penilitian saya yang fakir dalam bidang ini. Kita juga hendaklah sentiasa melihat seseorang itu sedang berusaha melakukan perubahan terhadap dirinya, sebagai salah satu cara untuk berbaik sangka terhadap seseorang.
Semoga insan yang menginginkan perubahan sentiasa bersemangat dan istiqomah dalam melakukan perubahan tersebut. Tetapi perlu diingat perubahan yang dilakukan mestilah perubahan yang mengarah kepada kebaikan bukan kepada keburukan.
Akhir kata jadikanlah hari ini lebih elok dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga berjaya. Jom kita berubah.
4 Coretan Lain:
cgu menarik N3 ni
saya nak copy jadikan bahan untuk ceramah.....
berapa nak bayar !
To Mr. Jinggo :
::Silakan..jangan segan-segan. Boleh dipanjang-panjangkan...
::Jika ke Tanjong Malim, belanja secawan teh sahaja amat memberi makna yang sangat besar buat saya apabila boleh duduk semeja sambil berbual dengan insan yang berjiwa besar seperti Mr Jinggo..
Apa-apa pun berubahlah kerana Allah Taala....yg penting niat dlm hati kenapa kita perlu berubah.
Post a Comment