Dec 31, 2009

Mari mencuba...

Agak lama blog aku tidak dimuatkan bahan baru. Macam le sibuk bebenor, malas pun ada. Itu proses biasa. Yang penting diisi juga untuk tatapan pengunjung dan rakan-rakan... Beberapa hari lepas, aku perolehi email untuk bahan bacaan. Agak menarik dan boleh dikongsi bersama..Nampak macam mudah saja, perlakuan di bawah untuk dilakukan. Malangnya, berapa...
Continue Reading...

Dec 28, 2009

Didiklah : Suaikan dengan zamannya

IPOH 27 Dis. - Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan mengambil kira perkembangan dunia semasa kerana pemikiran golongan muda kini telah jauh berubah. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kegagalan ibu bapa menyesuaikan diri dalam usaha mendidik anak-anak menyebabkan mereka sukar menerima teguran dan nasihat yang diberikan. ''Ibu bapa perlu memperbanyakkan komunikasi dengan anak-anak selain sentiasa membuka pemikiran agar setiap tindakan dapat diikuti oleh mereka," katanya....
Continue Reading...

Ikatan disimpul...

Sms daripada PakNgah, bertandang ke hp aku. Info terbaru udah diperoleh. Malangnya, membeku diri daripada internet apabila aku ke kampung mertua di Melaka. Itulah ruang aku merehatkan segala-galanya. "Salam, dah menjenguk ke http://............". Hati aku terdetik, pastinya, ada gambar perkahwinan untuk tatapan saudara-mara secara maya. Terima kasih...
Continue Reading...

Dec 23, 2009

Pertemuan : Permulaan Pencarian

Pastinya kita amat gembira apabila tercapai hasrat dan impian yang di luarjangka. Proses untuk mencapai matlamat ini amat memeritkan. Namunnya pastinya kesukaran yang dilalui akan terubat apabila hasil adalah di luarjangka.Selama hampir 38 tahun, tidak pernah aku ketemuinya. Beliau adalah sepupu sebelah arwah emak daripada Kampong Lubuk Boi, Yan,...
Continue Reading...

Dec 15, 2009

Bahang : Semakin terasa

Hampir seminggu aku hidapi sakit mata. Mata semakin membengkak tatkala merahnya tidak susut. Itulah bahananya nak cepat baik. Ubat titis yang dibekalkan telah dititiskan melebihi aturan yang diberikan. Akhirnya, selaput putih di keliling mata hitam makin membengkak. Rupa-rupanya, aku alergik dengan ubat tersebut. Terpaksa menelan pil pula. Alhamdulillah,...
Continue Reading...

Dec 14, 2009

6 Teras NKRA's : Tanggungjawab siapa?

Terdapat 6 teras utama dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dipeloporkan oleh PM, Datuk Sri Najib adalah programtransformasi kerajaan berasaskan pendekatan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bagi tujuan itu enam menteri peneraju dilantik iaitu :1. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri),2. Mengurangkan kadar jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri),3. Memerangi rasuah...
Continue Reading...

Dec 7, 2009

Kaki Terbalik : Sinar Baru OKU.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.myKISAH gadis kaki terbalik di New York tahun lalu menarik perhatian masyarakat dunia. Sejak dilahirkan 15 tahun lalu, Jingle Luis, tidak pernah tahu bagaimana rasanya berjalan menggunakan tapak kaki tetapi gadis itu reda dengan keadaannya. Dilahirkan di Filipina dengan bahagian kaki depan...
Continue Reading...

Dec 6, 2009

Nikon DSLR : d90 @ d3000?

Asyik dok tengok dan tinjau di alam maya ini berkaitan hasil kreativiti penggemar fotografi. Aku tertarik dan sangat-sangat tertarik. Apakan daya, aku kalah dengan runtunan keinginan yang membuak. Apa-apa pun aku sekadar melayani keinginan di alam maya sahaja. Itulah yang aku mampu setakat ini.Kali ini, aku tertarik dengan keluaran Nikon untuk kategori...
Continue Reading...

Dec 3, 2009

Alhamdulillah : Berbaloi-baloi

Jam menunjukkan 9 malam. Aku masih tercongok di hadapan PC di ruang tamu dengan melayari mudah.com sementara menantikan waktu untuk mengambil Amira pulang daripada tempat mengaji. Aku terdengar hp aku di bilik atas berbunyi... 2 kali. Aduh.. jenuh nak menapak 12 anak tangga. Mahu tak mahu, langkah terus dihayun. Hp dibelek, sms dibuka.Mr. Mohan:::...
Continue Reading...

Nov 27, 2009

Raya : Bersama SmartClamp

SmartClamp - sememangnya berbeza dengan zaman Tok Mudim atau laser(berjahit). Itulah hakikatnya proses berkhatan yang ada pelbagai jenis pelaksanaannya. Kebiasaannya dalam tempoh minggu pertama selepas berkhatan di zaman Tok Mudim atau laser, pastinya kanak-kanak masih menggunakan kain untuk memudahkan pergerakan. Kanak-kanak juga tidak boleh berlasak-lasak...
Continue Reading...

Nov 25, 2009

Tahniah : Ainul Ashikin

Gambar menceritakan segalanya. Tahniah atas kejayaan BERGANDA kepada Cikgu Ainul Ashikin. Tentunya laluan di hadapan akan terbentang dengan lebih luas lagi, selagi ada usaha yang berganda. Insyaallah.Baru jumpa gambar ini. Hehehhe.Pastinya KEJAYAAN ini akan menjadi perangsang untuk sepupu di Tanjong Malim.Insyall...
Continue Reading...

TAMAK : 2 + 1

Itulah dia...dah namanya manusia yang penuh dengan hawa nafsu. Bergantung cara mengekang atau melunaskannya. Dalam pada cuti-cuti begini, teringin pulak nak buat kerja menggunakan laptop menyambil dengan menonton dvd. Selain daripada menonton movie, banyak lagi perkara2 lain yang boleh dilakukan. Bergantung le kehendak dan keperluan masing-masing....
Continue Reading...

Nov 20, 2009

Permohonan Kemasukan MRSM ke Tingkatan Satu 2010 - Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2010 di Semenjung Malaysia. Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin...
Continue Reading...

Nov 19, 2009

Tahniah untuk Along

Jam 9 pagi, masih dalam cuaca/suasana sejuk...aku tetap mengadap laptop. Hp aku berbunyi..."Ayah, guru besar dah sampai sekolah ni. Ayah datanglah cepat. Along guna hp kawan along. Ayah bawa kamera sekali tau. Bye"Itulah ayat-ayat cinta yang resah dalam emosi. Penantian satu penyiksaan. Gedebak-gedebuk jantungnya berdegup. Itu aku pasti."Ok. Guru besar...
Continue Reading...

Nov 18, 2009

Saat liburan sekolah - SmartKlamp

Hanya beberapa hari lagi, cuti sekolah akan berlangsung. Bukan sekadar kanak-kanak akan berasa gembira, guru-guru juga tidak ketinggalan untuk meraikannya. Di saat liburan sekolah ini, ibu bapa juga mula menyusun plan untuk membuat pengisian cuti sekolah. Ada yang mula nak menyusun lokasi untuk merehatkan diri bersama keluarga, ada yang mencongak-congak...
Continue Reading...

Nov 17, 2009

Cakap Siang Cakap Malam

Nampaknya, sudah lama blog aku tidak bersentuh mendpat belaian manja tuannya. Adakah tuannya tidak mengendahkan atau tuannya menyibuk?Dalam tempoh itu, aku banyak merayau-rayau dari satu blog ke satu blog lain. Aku agak tertarik dengan blog berkaitan komunikasi dan cakap siang pandang-pandang. Kekadang kita tidak menyedari dengan siapa yang kita bualkan....
Continue Reading...

Nov 7, 2009

Nak MASTAUTIN di mana?

Tanjong Malim : Sabtu - 7 Nov 2009Aku pusing-pusing di Hulu Bernam dan Tanjong Malim menaiki ChentaHati sorang diri. Kawasan ini sesuai untuk menetap apabila hampir pencen kerana tiada kesibukan perbandaran. Malahan, lokasinya adalah pertengahan antara Kuala Lumpur dan Perak. Agak menarik.Berkemungkinan aku akan mencari beberapa maklumat untuk memiliki...
Continue Reading...

Nov 5, 2009

Kena pakai stoking apabila ke sana...

Memandu perlahan-lahan mendaki gunung. Jalan bengkang-bengkok apabila memanjat dari kaki gunung. Bila le nak sampai, anak-anak mula bertanya. Masing-masing sudah memakai baju sejuk dari rumah lagi. Itulah situasi awal apabila hari Isnin (2/11), kami sekeluarga menaiki Cameron Highland.Saja test Garmin Nuvi 255. Bukannya taktau jalan untuk ke sana....
Continue Reading...

Nov 2, 2009

Beware of dog!

Banyak betul aturan-aturan yang kita ketahui dan sentiasa kita lihat. sepanjang laluan yang kita tempuhi. AWAS, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, BEWARE OF DOG, dan bermacam-macam lagi arahan yang pernah kita perhatikan.Jika kita memandang dengan mata kasar dan mendengar dengan telinga capang, kita hanya sekadar melihat dan mendengar pada asas atau dasar...
Continue Reading...

Oct 30, 2009

Kenapa diam?

Oleh Nor Affizar IbrahimPasangan perlu tahu apa masalah belenggu suami termasuk mungkin bosan dengan kerenah isteriSEORANG wanita yang secara kebetulan bertemu dengan teman lama dan mengetahui rakannya itu sepejabat dengan suami secara spontan bertanya, bagaimanakah sikap suaminya ketika di tempat kerja. Kata wanita itu, di rumah suaminya seorang...
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template