Oct 6, 2006

HIKMAH : KetentuanNya di bulan Ramadhan

HIKMAH : di sebalik perangan yang awal yang tak menjadi....
06/10/06 - 11.30 mlm - Jumaat

Di awal perancangan, aku perlu menjemput bang mad yang ada meeting di JB untuk berbuka puasa di Kluang. Oleh kerana ada sedikit "miss communication", segala yang dirancang, tak menjadi... itulah yang dikatakan ada hikmah kerana ada ketentuanNya di bulan Ramadhan.

Jam 1.30 thari, mem besar dpt call dr kg batu putih, batu pahat bahawa ya'i Buang (atuk mem, bapa hj paiman) telah masuk wad di hospital batu pahat mlm tadi. Cepat2 mem hubungi tempat kejenya utk mohon cuti rehat 1 hari. Lepas Jumaat je..bergegas pula kami ke hospital batu pahat...maklum le untuk menjemput bang mad di JB dah kansel.. Kebetulan pulak, semua aktiviti aku pada ari ni dan esok telah di kuiskan ke tepi..... hehehe
Sampai je di sana, mak tom (mak sedara rozita @ adik wak paiman) yang sememangnya menjaga ya'i sejak mlm tadi telah di datangi mak bariah dan wak paiman. Berbual le kejap kami kat sana...

Ketika aku masuk ke wad 8 tu, rozita dok jaga anak2 kat taman permainan di hospital tu.. maklum le budak2 x leh masuk dalam wad... Kalu masuk pun dah jenuh pulak kerana nak jaga sapa... ya'i ke anak2..heheh maklum le anak2 sedang lasak... bukannya reti duduk diam.
Dek kerana kesiankan mak tom yang dah semalaman menjaga ya'i di hospital, tambahan pula mak tom x bawa baju persalinannya, aku pun berbincang ngan wak paiman. Kami amik keputusan bahawa rozita dan aku amik alih kejap jaga ya'i. Maka wak paiman pun bawa mak tom dan anak2 aku pulang ke kampung batu putih untuk mandi dan ambil apa2 yang patut di bawa ke hospital bagi jaga sesi malam plak. Dapat le juga anak2 aku berbuka puasa ngan atuk & nenek diaorang di kg.
Kami menjaga ya'i di waktu petang hingga lepas berbuka. Ketika berbuka tadi rozita berbekalkan air kotak dan roti. Berbuka le dia sorang2 dalam wad. Aku pulak mcm biasa, berbuka di tempat letak kete dengan berbekalkan air kotak dan "rokok"..hehehhe. Fuhhhh...lega..
Jam 9 mlm, mak tom dan wak paiman datang semula ke hospital.. Aku & famili pulang semula ke kluang. Aku dah arrangekan ngan staff nurse kat situ bahawa kalu esok hari ya'i dah boleh keluar hospital, cepat2 le call hp aku. Senang le aku dan sattlekan apa2 yang patut dan hantar ya'i ngan mak tom ke kg batu putih... arap2 apa yang dirancang akan terlaksana...
itu le hikmahnya... asal rancangan nak berbuka ngan bang mad di kluang.. akhirnya aku berbuka dan dpt gak jaga ya'idi hospital....

3 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 10/07/2006 7:46 AM said...

Qadha' dan Qadar:
Sesuatu yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi atau yang di sebaliknya. Kekadang kita terlupa akan hal itu. Salam untuk sedara mara Mak Tam di sana... mudah2an cepat sembuh.

Zuraidah on 10/07/2006 8:37 PM said...

Kad raya kami dah beli, tapi cari-cari alamat hmm.. hilang dalam simpanan pulak. kalau boleh emailkan alamat-alamat macam yg dalam carta tindak-ikut tempuh hari. kalau tak keberatan la.

kalau tidak, kad raya tu kekal dalam simpanan la macam selalu-selalu.....
Beli kad tak miss,
hantar belum tentu.

"Moga cepat sembuh"

azlanlin on 10/08/2006 1:05 AM said...

beres bah...alamat2 boleh didapati dlm isu alamat yg dipaparkan..tq.. semoga semangat nak anto kad raya tahun ini diterjemahkan melalui kegembiraan penerima kad raya tsbt...tq

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template