Jun 16, 2011

Cikgu Rozita : TAHNIAH....

Beberapa hari telah berlalu. Surat baru diterima. Senyuman di bibir masih terukir hingga ke hari ini. Segala usaha kerana minat yang mendalam telah membuahkan hasil. Hasil yang diterima sebagai satu penghargaan yang mampu meningkatkan ekspresi diri.



"Tahniah, Cikgu Rozita. Cikgu Rozita telah meningkatkan nama sekolah untuk Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Batang Padang pada hari Khamis (16 Jun) nanti." kata Guru Besar baru di sekolahnya.

"Kenapa Cikgu?" Cikgu Rozita menimbulkan persoalan kerana belum mengetahui butiran maksud guru besarnya.

"Cikgu Rozita telah menerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Guru Inovatif peringkat Daerah Batang Padang bagi tahun ini. Tahniah Cikgu", itulah penjelasan Guru Besarnya.

"Terima kasih Cikgu. Ini juga adalah satu penghargaan untuk sekolah dan perangsang pada semua guru di sekolah kita", jelas Cikgu Rozita.

***********************

TAHNIAH jua kepada Cikgu Rozita kerana sudah mampu mengeluarkan bakat dan minat mendalam terhadap penyediaan bahan P&P berkaitan matapelajaran Matematik. Anugerah ini adalah anugerah kali kedua semenjak berada di dalam daerah Batang Padang mulai 2009 lalu. Tahniah sekali lagi semoga terus mencipta idea2 baru demi anak didik. InsyaAllah...

2 Coretan Lain:

Anonymous said...

sell designer copy handbags suprisely I0PD0616

derisjab on 6/20/2011 11:17 AM said...

Anugerah yang di terima.. satu hal.

Penghargaan itu yang menjadi satu hal 'lain' yang besar untuk cg Rozita.

Terima kasih gb... penghargaan GBnya lah yang membanggakannya kerana dia sentiasa bersama guru besar sepanjang keriernya.. untuk dulu, kini dan selamanya.

juga yang mencoret ceritanya juga.. tahniah !

...gb pencen... selalu menghargai dan ada juga dihargai..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template