Sep 4, 2010

RAYA LALU : Kenangan yang abadi

04.09.2010 - Sabtu :

Hari ini bermulanya cuti persekolahan. Anak-anak yang tinggal di asrama mula pulang ke rumah ibu bapa masing-masing. Cuti persekolahan kali ini bersambungan dengan cuti raya. Agak panjang juga untuk ibu bapa membuat persediaan hari raya.

Entri ini dibuat apabila aku kelebek folder gambar-gambar lama dalam CD simpanan lama. Aku jumpa beberapa keping gambar yang menimbulkan nostalgia abadi. Kenangan yang sukar dilalui semula. Namun, kita masih boleh melakukannya sekali lagi sekiranya kita berkehendak.

Bagi sesiapa yang masih memiliki ibu dan bapa di kampung, pastinya ada tempat tuju dan berkumpul adik beradik. Di situlah akan tersingkap pelbagai ceritera. Gelak-ketawa, usik-mengusik akan bersilih-ganti. Namun, semuanya akan hilang sekelip mata apabila tunjang kedua ibu bapa telah tiada. Masing-masing akan dengan haluan dan perjalanan hidup yang harus diteruskan.

Oleh itu, seharusnya kita memulakan road tour sepanjang musim perayaan untuk mengimarahkan hubungan sanak-saudara. Sementelah itu, berkunjunganlah untuk menyemarakkan hubungan sesama adik beradik, sanak-saudara mahupun rakan-taulan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua sanak-saudara dan rakan-taulan.





Dalam kesempatan yang ada, kunjungilah mereka yang masih menunggu ketibaan anda.

:: Mood syahdu..heheh

2 Coretan Lain:

sonata anak kancil on 9/04/2010 8:35 AM said...

salam ramadhan & salam aidilfitri...selamat hari raya - maaaf zahir dan batin dari saya sekeluarga


kenangan beraya bersama ibubapa sangat seronok, tapi apakan daya seperti N3 ini berkata...jika tunjang kedua ibubapa telah tiada...sangat setuju dengan kenyataan ini...begitu lah diri ini melalui nya sejak sekian lama !

Rashid on 9/06/2010 2:19 AM said...

salam..

iya. selamat hari raya juga.. Moga segala-galanya berikan kita rasa suka kerna dapat berjumpa keluarga, saudara dan teman-teman ..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template