Jul 21, 2010

PEROKOK TEGAR : Ada alternatifnya...


21/07/10 - Rabu

"Kajian yang dibuat oleh National Morbidity Survey pada tahun 2006 mencatatkan bahawa 21.5 peratus atau lebih kurang empat juta orang di negara ini ketagih merokok yang mencatatkan kematian sebanyak 10,000 setahun."

Itulah hasil kajian yang telah dijalankan. Data yang membimbangkan. Bagi perokok tegar, keinginan untuk berhenti merokok sememangnya ada. Namun keinginan yang ada belum mampu melawan nafsu/keinginan merokok. Adakah perokok tegar akan berhenti merokok apabila sudah disahkan berpenyakit kronik untuk mula berhenti secara mendadak. Parah tuuu.

Oleh itu, terdapat altenatif baru untuk perokok tegar yang sedang berusaha untuk menghilangkan tabiat merokok. "NiQuitin" sejenis produk Terapi Gantian Nikotin yang boleh didapati di mana-mana farmasi yang berhampiran. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh itu, mari kita pecahkan RUYUNG....



Petikan penuh berita berkaitan NiQuitin
Sumber : KosmoOnline

KUALA LUMPUR - Adakah anda ingin berhenti merokok tetapi tidak berjaya?

Kini anda boleh mencuba Terapi Gantian Nikotin atau dikenali sebagai NiQuitin yang didakwa mampu menghentikan tabiat itu.

Produk yang terbukti secara klinikal itu didatangkan dalam dua variasi iaitu pelekat dan lozenges yang mampu membebaskan seseorang perokok tegar mahupun biasa daripada tabiat merokok dalam masa hanya 12 minggu.

Lebih memudahkan, produk itu boleh dibeli di mana-mana farmasi di negara ini tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor kerana ia dijamin selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Asia Selatan, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK), Akhil Chandra berkata, nisbah perokok adalah dua orang lelaki bersamaan dengan seorang perokok di negara ini dan ia satu statistik membimbangkan.

"Kajian yang dibuat oleh National Morbidity Survey pada tahun 2006 mencatatkan bahawa 21.5 peratus atau lebih kurang empat juta orang di negara ini ketagih merokok yang mencatatkan kematian sebanyak 10,000 setahun.

"GSK yakin bahawa penyelesaian yang kami tawarkan dengan NiQuitin akan membantu perokok mengurangkan pergantungan mereka pada nikotin dan meningkatkan peluang mereka yang tidak merokok," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template