Jul 18, 2010

PERKONGSIAN ILMU : Sahabat aku berjaya

18-07-10 - Ahad

Semalam, 17/7/10 (Sabtu) jam 11.30 pagi - kejayaan sahabat aku menguruskan rakan-rakannya demi sedikit ilmu yang mampu memberi impak besar dalam sepanjang pengajian mereka peringkat Sarjana selama 2 tahun nanti di UPSI. Perkongsian ilmu ini akan digunakan selagi mereka bijak mengekploitasi ilmu itu dalam setiap penulisan mereka.


Sahabat aku, K'din - berjaya menarik minat rakan-rakan sekelasnya untuk menimba ilmu Pengurusan Bibliografi berasaskan Perisian EndNote X2. Aku sekadar memudahkan urusan dengan kerjasama Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI. Kemudahan peralatan ICT, bilik Latihan Utama di IPS - perjalanan perkongsian ilmu sesama rakan berjaya dilaksanakan.



Setakat ini, kebanyakan pelajar Pasca Siswazah yang separuh masa akan mempunyai kekangan masa untuk mengikuti kursus dan latihan anjuran IPS sendiri. Kebanyakannya latihan anjuran IPS adalah hari Ahad. Oleh itu, agak sukar bagi pelajar Master yang berada di luar Tanjung Malim untuk mengikutinya.

Atas dasar itulah, aku menggalakkan K'din bersama rakan-rakannya mencari masa senggang mereka sendiri untuk tidak terlepas menimba ilmu Pengurusan Bibliografi. Maka, mereka berjaya menetapkan sendiri masa mengikut kesesuaian mereka sendiri. Perkongsian ilmu seperti ilmu amat bermanfaat dalam tempoh pengajian di UPSI. InsyaAllah, semoga mereka akan dapat memanfaatkan ilmu yang mereka peroleh semalam.

Semoga berjaya rakan-rakan.

Sedang latih-tubi

Eksplorasi perisian EndNote

Makan dulu...

4 Coretan Lain:

Rashid on 7/20/2010 12:42 AM said...

Pengurusan bibliografi? woww best tu.. teringat pula tentang bibliografi masa belajar muda muda dulu.. hehe

Sharifah Hassan on 7/20/2010 12:54 AM said...

Tahniah...langkah semakin hebat dan keyakinan semakin terserlah...nampak gayanya..panggilan DR semakin dekat...!

azlanlin on 7/20/2010 9:42 AM said...

Rashid :

Mcm tu la yg tua-tua ni baru nak mula manfaatkannya.. heheh

azlanlin on 7/20/2010 9:43 AM said...

SH:
InsyaAllah..kalu ada keizinanNya..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template