Jul 27, 2010

KEPIMPINAN GURU : Daya juang dan tidak ber'wang'..

Rentetan sejarah pernah membuktikan peranan guru dalam politik mampu menggegarkan persada negara. Laungan merdeka pertama kalinya oleh seluruh rakyat 53 tahun lalu adalah hasil gabungan tenaga, minda dan kata-kata mahupun lisan dan bukan lisan kalangan guru. Peranan guru mula mendapat tempat dalam membentuk barisan kepimpinan dalam masyarakat. Ketahuilah..itu dulu!

Ini berlaku kerana guru memberi khidmat dalam membentuk masyarakat secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan wang ringgit, malahan wang ringgit sendiri yang terpaksa dibelanjakan demi negara, bangsa dan agama. Makin lama negara makin maju. Rakyat semakin hidup dalam keselesaan dan mewah. Semakin ramai golongan korporat diwujudkan secara bertatih mahupun segera.. Akhirnya, barisan kelompok korporat mula mengambil alih dalam menerajui kepimpinan masyarakat. Pemimpin juga harus berfikiran yang memiliki unsur "perniagaan" agar mampu menjana negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Impak bermatlamatkan perniagaan dalam kepimpinan, unsur wang mula memainkan peranan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Para pemimpin dan masyarakat mula menerima kewujudan unsur wang seolah-olah menghalalkan cara. Kerosakan minda masyarakat dan barisan kepimpinan mula kelihatan. Wang menjadi raja dalam membentuk kepimpinan dan jawatan. Seolah, semakin banyak wang, semakin banyak pengaruh dan semakin 'hebat' kualiti kepimpinan. Barisan kepimpinan kalangan guru mula terhakis dan terkikis. Ini kerana barisan guru tiada memiliki kuasa wang dalam barisan kepimpinan. Yang ada hanyalah daya juang membentuk masyarakat. Akhirnya, masyarakat semakin tenat, negara semakin penat.

Krisis kepimpinan mula berlaku akibat perebutan jawatan dalam kepimpinan. Ketidaksabaran dalam meniti jawatan kepimpinan mewujudkan kelompok-kelompok dalam menjana pengaruh. Akhirnya jelaslah kelihatan rakyat mula bangkit untuk mencari kebenaran.

Kepincangan demi kepincangan mula menular dalam barisan kepimpinan negara. Hinggakan kini, sudah terang lagi bersuluh, bangsa dan agama menjadi mainan ahli-ahli barisan kepimpinan. Melayu dan Islam menjadi bualan dan gurauan oleh rakyat, termasuk juga kepimpinan bukan Melayu dan Islam. Apa sudah jadi? Apa sudah jadi? Pemimpin Melayu mula hilang TELOQ. Melayu dan Islam dibodoh-bodohkan. Satu persatu negeri tergadai. Sudah tergadai, sukar ditebus kembali. Masyarakat mula berkecamuk. Itulah pendekatan pecah perintah berkonsepkan Yahudi. Melayu berpecah-belah. Ini kerana barisan kepimpinan sedia ada mula mementingkan diri daripada kepentingan rakyat.

Gambar hiasan : Ehsan Pokcik Google

Kini, kepimpinan sedia ada dalam negara mula mencari arah. Kelompok barisan kepimpinan guru mula diberi perhatian. Keikhlasan dan semangat daya juang barisan kepimpinan guru mula diberi ruang. Adakah kelompok guru akan dikambing hitamkan atau sememangnya mula diberi laluan? Wallahulam.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Apabila melihat laporan di Berita Harian menjelaskan yang kelam. Laluan sudah mula dibuka. Langkah masih jauh tetapi memulakan langkah mula amat penting.

Lihat laporannya di bawah :

*****************************************************

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru satu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan supaya tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terbabit dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama

1 Coretan Lain:

PakTeh on 7/27/2010 8:58 PM said...

Kihkih. Ada 'booby trap' di situ. "Keputusan" untuk kebenaran adalah muktamad. Satu instrumen terkini untuk mengukur sejauhmana keterlibatan guru dalam politik - kiri atau kanan. Satu petanda juga bahawa pilihanraya kian dekat. paling lewat 18 bulan lagi, rasanya.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template