Jun 28, 2010

JIBRIL : Rupa-rupanya ada kaedah menghafal Al-Quran?

Isnin - 28/06/10 - 9.30 pagi

Sudah lama blog ini bersepi di alam maya. Tidak berusik, tidak berjengah. Tetiba aku terdetik untuk memuatkan satu entri yang amat bermakna bagi aku.

Dalam melayari kehidupan, seringkali kita alpa, seringkali kita lalai dalam melihat ending kehidupan kita. Kita banyak berbicara tentang proses perjalanan kehidupan. Proses perjalanan kehidupan ini, banyak yang kita rancang rancangan. Aku berasa syukur kerana masih lagi mampu menghirup udara pagi ini dengan tenang dan lega. Alhamdulillah.

Beberapa hari lalu, aku menitipkan beberapa frasa ayat pada dinding FB aku :

Sejauh mana terbang tinggi, ke tanah jua kita kembali. Sekerap mana kita mendongak, jangan lupa memandang arah mana kaki menapak... Letakkan sempadan sewaktu melangkah. InsyaAllah.. akan dalam peliharaanNya..

Rakan-rakan mula memberi respon. Dalam pada itu, aku amat tertarik dengan respon sahabat FB aku yang bergelar Aki Lokman. Beliau ibaratkan seorang atuk/bapa yang acapkali menasihati cucu/anak-anaknya perihal kehidupan. Pengalaman hidupnya cukup menarik. Pelbagai isu yang mampu beliau ketengahkan. Beliau kerap menimbulkan pelbagai isu menarik berkaitan proses kahidupan, jati diri, sikap melayu, agama dan termasukan juga politik.

Berkaitan itu, mari kita renungi dan tinjau sejenak respon Aki :

Kata-kata Aki Lokman :

"Nor (rakan FB) ...kalau quran boleh berkata-kata..."Sekarang aku sunyi sangat...dulu semasa Nor masih kecil, selalu kami bersama..tp sekarang...aku di simpan baik-baik dlm almari atau laci... kemudian aku semakin berhabuk dan sunyi.. "walau pun buruk... janganlah di buang"...

Perhatikanlah nasihatnya. Amat mendalam dan bermakna. Hakikatnya, sememangnya kita ketahui dan fahami akan situasi itu. Quran kerap menjadi sahabat kita sewaktu kecil..tapi kini bagaimana? Aku tidak tujukan kepada orang lain. Aku tujukan kepada diri aku sendiri...

Kekadang, ada antara kita yang mana dulunya sewaktu kecil, bacaan ayat-ayat suci menjadi amalan kita. Lancar dan dihafal sesetengah ayat-ayatnya. Kini bagaimana? Lancarkah bacaan kita? Hafalkah kita? Adakah bacaan Al-Quran menjadi amalan kita? MasyaAllah...apabila direnungi sedalam-dalamnya dalam diri kita... Apa telah jadi pada diri kita? Apakah yang kita kejar dan cari dalam melayari kehidupan ini? Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya melalui akal dan hati....

Dalam pada itu, malam tadi aku menerima private massage daripada seorang rakan FB dan ada kaitan dengan respon Aki Lokman.

Salam.. Mungkin ada dalam kalangan kita hari ini belum mampu untuk menghafaz surah-surah lazim seperti sajadah, ar-rahman, al-waqi’ah, al-mulk’, al-insan, yasin dan banyak lagi. Kini kita tidak ada lagi masalah untuk menghafaz surah-surah lazim. Dengan mengunakan kaedah jibril kita mampu menghafaz surah-surah lazim.InsyaAllah.. Ada 'short-cut' untuk ‘jatuh cinta’ dengan kandungan Al-Quran & menghafaznya secara konsisten tanpa mengganggu kerja harian kita.. untuk keterangan lebih lanjut anda boleh melayari link ini. KLIK DI SINI.

Lantas, aku klik link itu. Aku membaca satu persatu apa yang ditulis dalam laman web itu. Walaupun ianya sebuah laman perniagaan tetapi apa yang cuba disampaikannya tiada tolokbanding dengan ilmu yang kita bakal dan akan perolehi..

Penulis dalam laman web itu mencoretkan kata-kata yang benar-benar menusuk kalbu aku.

Ada juga rakan berpendapat 'Ustaz, rugilah kalau beri diskaun terlalu banyak!

Ya benar, tetapi saya faham, dizaman segala-galanya mahal sekarang ini, saya perlu meletakkan untung 'saham pahala akhirat' lebih tinggi dari untung material... Bak kata orang cerdik pandai :

'what you give you get back'....

Ilmu yang disampaikan kepada semua pembaca adalah tidak tidak setimpal dengan harganya. Terlalu murah. Alhamdulillah. Perincian berkaitan apa yang dipaparkan oleh penulis laman web itu berkisar tentang Kaedah Jibril,


Oleh itu, marilah kita 'tolak ketepi' alasan nakal yang selama ini membelenggu minda seperti :

> Susah nak hafal sebab takde asas macam pelajar tahfiz !
> Susah nak faham sebab saya sibuk meeting kerja dari pagi hingga ke petang !
> Tafsir Al-Quran tebal-tebal ni susahlah nak faham, dahlah dalam bahasa arab pulak tu!



Untuk lebih memahami berkaitan hal ini, marilah KLIK LINK itu DI SINI. Para pembaca boleh membaca dan memahami isi penerangan berkaitan hal itu dan buatlah keputusan untuk diri sendiri tanpa prejudis...

3 Coretan Lain:

zeck_kk@yahoo.com on 6/28/2010 4:57 PM said...

Tahniah sahabat,..entri kali ini cukup menarik. Kekadang ia membuat saya tersedar dari lamunan.
Titipan tuan pun cukup indah,penuh makna yang tersirat....
Benarlah kata Tok Aki...Kita mudah lupa.Amanat dan wasiat Nabi Besar kita...termetri sewaktu Haji Terakhir Baginda...
Kita/saya leka...sehingga BERKIRA dengan juadah yang sepatutnya kita santap..walaupun berapa harganya....`what you give you get back'....zas

derisjab on 6/30/2010 12:53 PM said...

Sibuk... itu kata-kata yang sering kita dengar. Secara motivasinya, tak pa.. buatlah kerja anda... ! Alternatifnya :

Bila senang hadirlah magrib hingga isyak di mana-mana masjid, mesti ada pengajian, ada orang yang akan membacakan untuk kita DENGAR(saja)Nak lena pun tok guru kata boleh ! Rehatlah di sana, tenangkan fikir...

Lepas tu, baliklah ke rumah, tengok bola jam 10.00.

Senangkan ?, Bolehkan ?

..gbpencen..bukan nasihat, tapi kena buat.

Anonymous said...

Salam..


Ibu mertua saya amat tertarik dengan iklan buku dari www.kaedahjibril.com dan terus membelinya secara online.

Dia amat terpikat kerana 3 buah buku berharga sebanyak RM45 sahaja.

Namun beliau amat kesal kerana rupanya beliau hanya menerima sekeping CD yang mengandungi 3 buah e-book dan bukannya buku fizikal.

Nak kata salahkan beliau tak boleh juga...kerana dalam iklan di laman wen tu, terpapar jelas 3 buah buku (dengan kulit buku) dipapar seperti buku fizikal.

Beliau berkata "kalau tahu e-book, baik dia terus guna RM45 tu untuk beli buku fizikal yang seumpamanya di pasaran". Saya faham bahawa beliau memerlukan buku yang boleh dipegang dan ditanda di dunia sebenar kerana membaca menggunakan komputer adalah cara yang tidak efektif dan memerlukan cetakan sebelum dibaca.

Harapnya, agar laman tersebut cuba besarkan perkataan "ebook" di dalam laman tersebut dengan caption text yang besar agar org veteran seperti mak mertua saya tidak keliru dengan tawaran yang murah dengan hanya 3 buah buku yang difikirkannya buku fizikal!!!

Sekian

Engr. Syahrul Fithry, Grad IEM
Pensyarah Kanan
UiTM

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template