Jun 8, 2010

KITARAN KEHIDUPAN: Perubahan demi perubahan

Cuti dan percutian diisi dengan pelbagai catatan pengalaman dalam kanvas kehidupan. Setiap orang pastinya melaksanakan perancangan yang dirancang atau yang tidak dirancang. Itulah kehidupan. Semuanya untuk melengkapkan kelangsungan perjalanan hidup. Hanya Dia lebih mengetahui segalaNya..

Pelbagai ragam dicatat dan keragaman itu membuatkan indahnya Warna-warni Kehidupan seseorang. Misalnya, kunjungan tempat-tempat lama yang pernah kita diami atau kunjungi suatu ketika dahulu. Apabila dikunjungi semula, pastinya ada beberapa elemen lain yang akan alami perubahan di tempat itu.

Inilah contohnya. Sekolah lama yang ditinggalkan pada awal 90an lalu telah alami perubahan mengikut keperluan semasa dan kepadatan penduduk sekitar.


Dewan SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan


Majlis perkahwinan di Dewan Besar - Perkongsian Sekolah untuk Komuniti

Pengkalan Bharu - Orang lama, wajah baru

Tempat lama, isu baru..

Itulah hakikatnya, setiap sesuatu akan mengalami perubahan mengikut keperluan semasa. Proses ini adalah proses yang biasa. Begitu juga dengan kehidupan kita. Perubahan demi perubahan akan berlaku seiring dengan keperluan semasa dan terus berubah.

Itulah dinamakan Kitaran Kehidupan. Kitaran ini sewajarnya memberi impak dalam perjalanan kehidupan kita. Berubah ke arah lebih baik dari semalam. Pastinya, kita berfikir dan terfikir bahawa perubahan yang berlaku memberikan impak positif dalam perjalanan meneruskan kehidupan kita 'di tempat persinggahan' ini. InsyaAllah. Wallahualam.

2 Coretan Lain:

derisjab on 6/16/2010 10:08 PM said...

Saya ada facebook, tuan tapi nak letakkan logonya dalam blog saya, tak pandai saya,,,

Kenangan tempat lama memberi inspiriasi kepada saya untuk mengenang sekolah yang pernah saya belajar dulu... (3 sekolah je).. saya ingin menjengahnya di suatu masa kalau ada umur..

Masa saya mengajar di Pantai, tak dengar pun sekolah Bostamam.. tahun berapa wujudnya...

rumah kuning on 6/23/2010 9:04 PM said...

yang pasti, dulu muda sekarang tua.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template