Apr 27, 2010

SINAR : Pencerahan yang kelam

27.04.10 - Merayau-rayau di alam maya, terjumpa sebuah blog yang agak menarik. Ianya memberi impak pada semangat yang kian terpendam dalam ruang beku. Menggeletek jiwa raga untuk mula menerokai dan menghubungi penulis blog. Beberapa rungkaian akan berlaku untuk meloloskan kesinambungan jiwa aku dengan paparan yang ada dalam blog tersebut. Email telah dihantar kepada penulis blog tersebut.


Mengimbau kembali memori lama. Bakat yang ada mula diasah dan dipupuk sewaktu ianya mekar menghiasi warna-warni kehidupan. Bermulanya hasil penulisan disiarkan dalam ruangan 'Memori' (tak ingat dah) dalam radio Ipoh sewaktu aku berada di MPIP dalam tahun 1992-1994. Penulisan memori bertajuk 'Usah bermain api, nanti terbakar diri' telah disiarkan melalui corong radio siaran radio Ipoh. Pengkisahannya melibatkan seorang pemuda kampung yang ditinggalkan secara halus oleh teman wanitanya. Ini berpunca daripada teman wanitanya yang memasuki maktab perguruan dan lelaki tersebut masih berada di kampung yang bekerja sebagai nelayan. Akibat perbezaan status inilah, kerenggangan hubungan mereka berdua semakin terasa. Pada hal, hubungan mereka mendapat restu kedua ibubapa mereka sehinggakan pemuda itulah yang menguruskan hal pendaftaran teman wanitanya sewaktu pendaftaran di Maktab Perguruan.

Oleh kerana jarak tempat memisahkan mereka dengan godaan sesama rakan pengajian membuatkan hubungan mereka semakin hambar. Nama pena yang aku gunakan ketika ini ialah Mr.Lanrox. Nama ini agak dikenali oleh rakan2 yang sewaktu dengannya ketika berada di MPIP.

Hasil penulisan ini memberi impak kepada pendengar kerana lokasi Pantai Remis turut diketengahkan. Beberapa ciri-ciri penulis diketengahkan. Aku juga mendapat respon daripada Cah, anak MakNgah Dah yang berada di kampung aku. Pastinya, dia peminat setia siaran radio itu. Juga, kesokan harinya selepas memori itu disiarkan, pensyarah Bahasa Melayu membuat refleksi berkaitan penulisan itu. Member-member sekelas mula menyengih kerana mengetahui siapa penulisnya. Mr. Lanrox. Akhirnya, pensyarah mengajak aku minum di cafeteria di waktu rehat untuk berbincang. Beliau mengajak aku mendaftarkan diri dengan Perstauan Karyawan Perak di Ipoh. Selepas habis kuliah, aku dan pensyarah tersebut ke pejabat persatuan itu untuk mendaftarkan diri.

Rentetan itulah, beberapa penulisan aku terus disiarkan melalui corong radio siaran radio Ipoh sepanjang aku berada di tahun terakhir di MPIP. Akhirnya, setelah mula bertugas di Johor, bakat itu terus tenggelam dalam dunia kesibukan dan suasana menyibuk. Kelam dan terus tenggelam. Gelap!

Sesekali, blog inilah tempat melempiaskan keinginan untuk terus menulis dan melakar kisah. Misalnya, ada di sini (Siri 1) dan di sini (Siri 2). Kisah ini mendapat sokongan daripada 2 orang penulis tanahair seperti Puan OD yang kini berada di Australia dan Pn (.....) seorang oenulis yang berada di Melaka. Pn di Melaka ini juga ada menyarankan pada aku melalui email untuk ikuti kursus teknik penulis biodata diri (tak ingat nama kursus tersebut) yang dianjurkan oleh PTS, Pn Ainon. Terima kasih kerana menyokong. Namun, kini segalanya terbantut akibat kehilangan arah momentom. Idea juga terperap untuk meneruskannya. Hehehhe. Sebenarnya, kisah itu digarapkan atas dasar suka-suki aku saja.

Setakat ini, belum pernah aku menulis untuk dihantar ke media cetak. Belum pernah! Bakal berlakukah sebegitu? Wallahulam.




8 Coretan Lain:

echah_syed on 4/27/2010 10:29 AM said...

amboi lama tak mai sini rumah pun dah cat baru upgrade jadi banglo.

sgt pelangi dan ceria.. ;)

azlanlin on 4/27/2010 10:33 AM said...

To Combi :

Terima kasih sbb masih ingat jalan ke sini. Refreshing Policy utk Warna-warni Kehidupan...

GPB on 4/27/2010 11:35 AM said...

Ermmm...tak nak ajak kengkawan kaaa...?

azlanlin on 4/27/2010 11:48 AM said...

To DUN : Belum dengar khabar berita... apa salahnya diiringkan kita berdua ke arah yang satu... cheewahh!

Che' Pit on 4/27/2010 2:30 PM said...

err berdua dgn DUN je ker?
ni yg teman jeles ni, ngeh ngeh ngeh..

azlanlin on 4/27/2010 8:23 PM said...

To CP :

Nak buat mcm mana, udah ketentuan bahawa enggang dengan enggang ajer.. hehehe. Pipit dok jauh-jauh. heheheh
(mesti CP dan DUN faham - harap2 pembaca lain tidak tersalah anggap)

DUN Behrang 2020 on 4/27/2010 10:02 PM said...

Uikkksss...apsal sana sini aku dok baca enggang pipit je nih...byk tul enggang pipit ni yer...boring arrrr...tukar la cerita merbuk lak ker...murai ker...

Che' Pit on 4/27/2010 10:27 PM said...

err merbuk ek?
murai?

mcm x best jer..

tukar lain lah..
citer sang kancil dgn buaya, ok tak?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template