Apr 29, 2010

PERBUALAN : Emosi atau fakta?

Salam sejahtera,

29.04.10 - Jam 7.15 pagi : Aku sudah merayap dengan MyChentaHati (Mr.Orange). Lajak hingga ke Hulu Bernam atas tujuan tertentu. Hajat tidak kesampaian kerana orang yang dicari tidak ketemui. Tida janji, tiada appoinment. Sondoi ja. Untung sabut timbul atau sebaliknya. Tak dapat jumpa. Orang yang dicari, keluar rumah lebih awal pagi. Lain kali akan berurusan lagi. Insyallah. Untuk bertemu dengan orang itu, tidak boleh dibuat appoinment. Hehehe.

Badan jadi lesu, minda jadi lemau. Hadapi suasana yang tak best. Refreshing diperlukan untuk terus mengorak langkah. Aku berpatah balik ke Jalan Ketoyong. Singgah di kedai Nasi Lemak Kita. Itu memang lokasi yang best. Sarapan pagi dengan bacaan surat khabar, suasana yang menarik seawal pagi.

Seorang lelaki berpakaian kemeja batik menarik kerusi dan duduk di sebelah aku. Dia order menu yang diingininya. Aku senyum, dia pun senyum.

"Ada berita menarik ke untuk hari ini?" sapaannya sebagai permulaan perbualan dengan aku kerana aku sedang memegang surat khabar.

"Menarik. Konsep hati dan minda manusia sekarang. Hati yang dimiliki oleh seseorang," balas aku sambil tunjukkan tajuk utama dalam Harian Metro hari ini. Isu itu bertajuk, mati dipukul jiran. Isu ini berlaku apabila hanya nampak kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri. Semuanya berpunca daripada hati. Putih atau hitam.

Gambar utama dalam Harian Metro


Senyap. Masing-masing melayan paper di tangan sambil menjamah sarapan ikut selera sendiri.

"Tengok ni, kenapa 'daging ****' boleh ada dalam masjid? Saja nak timbulkan konflik perkauman," katanya sambil menunjukkan gambar berwarna dalam papaer Berita Harian.

"Kenapa jadi begitu Haji?" balas aku untuk panjangkan perbualan. Kami berbalas pandangan. Ada yang sama dan ada kontra. Perbualan lebih rancak apabila masing-masing telah selesai membaca.

"Maaf, saya panggil Haji je. Macam selesa saya nak menggunakan panggilan Haji," kata aku sambil menepuk lembut lengannya. Susuk tubuhnya agak berumur, berjanggut dan berambut putih. Perbualannya dengannya agak ilmiah.

Banyak isu yang "Haji" keluarkan. Banyak yang kami perkatakan. Banyak juga aku persoalkan maklumat yang dikeluarkannya untuk tujuan percambahan idea. Walau bagaimanapun tidak menimbulkan konflik dalam perbualan. Seronok, kerana perbualan yang agak hangat topiknya, tetapi tidak memasukkan unsur emosi di situ. Ruang peribadi sebagai kenalan yang baru dikenali tidak diganggu. Masing-masing mengeluarkan fakta dan bukti ikut idea dan fahaman masing-masing.

Akhirnya, pelbagai isu di UPSI telah Haji mulakan. Aku semakin banyak kemukakan pertanyaan demi pertanyaan untuk memanjangkan perbualan. Ada masa serius, ada masa ketawa. Dalam tempoh perbualan sempat Haji menceritakan perjalanan kariernya. Topik utamanya ialah elemen kejayaan berfokus pada kualiti diri. Kriteria dan kelayakan untuk berada di sesuatu posisi. Kupasan yang cukup menarik bersama Haji itu. Memang menarik.

Masa dirasakan berlalu dengan cepat kerana perbualan kali pertama kami agak menarik. Jam 9.00 pagi, Haji terpaksa bergerak ke UPSI. Aku juga perlu balik ke rumah. Dia bergerak ke Mercedesnya. Aku bergerak ke MyChentaHati.

Puas, pepagi ni minda bergerak. Perbualan memainkan peranan penting dalam kehidupan. Tanpa perbualan, kita berada dalam lingkungan zon sejuk. Minda tidak bergerak. Perbualan seharusnya sentiasa dalam bentuk positif mahupun negatif secara seimbang tentang sesuatu isu. Oleh itu, setiap perbualan sebaik-baiknya berasaskan bukti dan fakta. Tidak berasaskan emosi semata-mata. Perbualan sebegitu akan membuatkan suasana menjadi ceria....

2 Coretan Lain:

Kujie on 4/29/2010 11:49 PM said...

Salam... berbincang dengan fakta tanpa emosi memang membuka minda..tetapi bukanlah semudah itu kerana seringkali emosi cepat menguasai..nak2 kalau pekena nasi lemak , naik lemak :D

azlanlin on 4/30/2010 8:34 AM said...

Betul tu Kujie...Memang sukar untuk berbincang tanpa memasukkan elemen emosi yang boleh membantutkan perbincangan..

Namun, keterbukaan di pihak kita yang perlu untuk menguasai perbincangan.. Saya juga sedang belajar untuk proses itu.. sama-sama kita belajar...

Nasi lemak..memang sedap. Kesannya..heheh

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template