Feb 28, 2009

Blog WWK ada dalam paper di Tanjong Malim

Bila aku jengah blog aku pagi, aku meninjau-ninjau kata-kata para pengunjung di Chatbox. Aku klik satu persatu. Aku merasa tertarik pada salah satu blog pengunjung aku. Chipmunk 8. Blognya memberi informasi tentang mengedit gambar secara online dengan layout2 terkini yang memungkinkan pengunjung lain akan tertarik. Selain itu, ada juga link untuk membuat tajuk utama pada surat khabar sendiri. Kita boleh membuat surat khabar sendiri dengan tajuk berita utama pilihan sendiri juga. Apa lagi, jom le jenguk ke sana. Terima kasih dan kredit untuknya.

Blog WWK ada dalam paper Berita Tanjong Malim.

Nama website untuk mengedit gambar tu ialah Loonapix. Contoh hasil editing gambar seperti di bawah.

Contoh hasil editing secara online

Continue Reading...

Feb 25, 2009

73 peratus wanita tak puas di ranjang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Gambar Hiasan

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.

“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.

Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.

Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.

Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.

Sumber : KOSMO Online - 25/2/09

Komen aku:

Hasil kajian di Malaysia:
Lelaki : 62 peratus bagi lelaki kurang kepuasan.
Wanita : 73 peratus bagi wanita kurang kepuasan.

Apa pandangan semua pembaca tentang kajian ini? KENAPA DAN MENGAPA? Bagi para suami, adakah kita hanya memikirkan tentang kepuasan kita semata-mata tanpa mengira kepuasan pasangan anda? Isteri pula, perlu menyebut tentang apa jua cara/aktiviti yang disukai pada suami anda. agar ianya menambah seri.

Usah malu-malu kepada suami tentang apa anda yang diingini. Maka, usahlah kerana tanpa kepuasan seks semata-mata menyebabkan anda berasa kesepian dan kebuntuan. Berbincang dan berfokus dalam menyelesaikan persoalan ini dengan adanya win-win situasion mampu meleraikan segala kekusutan hal ini. Ketepikan ego memasing....

Selain itu, punca situasi ini berlaku ialah kurangnya tanda penghargaan antara kedua pasangan suami isteri setelah selesai aktiviti bersama. Sering juga saling salah-menyalahkan antara kedua-duanya apabila tiada kepuasan seperti yang diingini. Fikir-fikirkanlah demi kesejahteraan rumahtangga yang dibina sekian lama. Fikir-fikirkanlah....

KONSEP MEMBERI DAN MENERIMA harus ada padanannya... Kalau sekadar menjalankan tanggungjawab semata-mata umpama MELEPASKAN BATUK DITANGGA, inilah padahnya. Hargai dan hayati semaksimum mungkin dengan apa yang kita miliki....manfaatkan..

Ada berani komen ka?

Continue Reading...

Feb 21, 2009

Masih mengidam lagi?

Aku mengidam lama dah... Patutnya. apa yang aku ngidamkan ni udah tertunai dalam beberapa minggu dulu. Sayangnya, bila aku call "mamat jambu" untuk capai hajat aku, dia tak angkat hp pulak. Aku bagi sms pulak. Tidak berbalas pun... Aku heran, sebelum aku nak comfirmkan dengan mamat jambu tu..uiiii, bukan main meriah lagi. Macam2 ada katanya.. Boleh jumpa di mana-mana saja. Kalu setakat di Tanjong Malim, apa la sangat katanya. Tup-tup appoinment aku tak jadi. Hampehh... 'berat kepala' aku jadinya. Apparaaa itu mamat jambu!!! Aku keciwa appointment terbatal.

Beberapa hari lepas, hp aku yang makin senggugut bunyinya, berdering sewaktu dalam kuliah. Kelam-kabut aku jadinya.

Nama 'mamat jambu' tertera kat skrin hp yg makin kabur.

Aku : hello

Telefon: ellloooo abngggg..

Dup-dap, dup-dap jantung aku. Sopannya suara, terdetik dalam hati aku. (Suara pun boleh sopan ek!!!)

Aku : Laa...ingatkan udah lupa kat saya..

Telefon : Bang, saya minta maaf sebab tak jadi jumpa sebelum ni.. Saya ada hal sikit le bang.

Aku : Takpa.. kekadang mmg kita mcm tu. Aral yang datang, mana kita jangka...kan?

Aku semacam dua macam je memahami situasinya. Ermmm...suara merayu dan "merayau"nya dah keluar - aku memang kalah!!! Hati aku lega bila dengar suaranya. Aku dah nekad, apa-apa pun berlaku, aku tetap lepaskan hajat aku supaya aku tak mengidam lagi. Kepala aku makin berat bila mengenangkan appoinment dulu tak jadi. Dulu aku dah memang ready untuk jumpanya. Ready segala-galanya. Fizikal, mental, jiwa dan raga. Tup-tup, tak jadi. Frust oiiii.

Telefon : Malam ni saya ada free. "Barang" saya dah ok bang. Yang dulu dah kira ketinggalan zaman. "Barang sekarang" lagi baik daripada dulu bang. High Peformance bang..

Aku : Bagus la kalau macam tu... bila kita nak jumpa?

Telefon: Malam nanti kita jumpa. Saya tunggu bang kat Petronas TM. Saya bawa kelisa silver + pink.

Aku : Ok. Kita jumpa nanti. Saya dah mengidam ni....Hehehhe.

Telefon : Ok bang. hehehe. Kita tengok barangnya nanti yer bang.... bye!

Waduh....mengidam aku datang semula. Tak sabor...tak sabor...


Nanti boleh check di kedai, berapa gheganya.
Di TM, kedai2nya canggih sangat sampai xde stok.
hehehhe



(yang penting boleh rakam daripada TV)
>> sumber inspirasi - Mr Amran! TQ <<

Continue Reading...

Feb 17, 2009

Kategori ikan

Bila aku check kantung email, aku terjumpa spesis ikan yang macam-macam bentuk. Malangnya, imej ikan ini dibuat satu generalisasi berkaitan dengan manusia.

Pastinya, ada yang suka, ada yang geram, ada yang menyengih, ada yang berbulu, ada urghhh... Sama-sama kita buat analisa.

+++++++++++++++++++

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?


IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA.. ...






IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya.. ...
INI PERAGAWATI
, CELEBRITY or keatas...... ..



IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggang- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......







IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya. ... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......







IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN....... .





IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI BINI SENDIRI....

+++++++++++++
Komen aku:

Kui..kui..kui..APA KATA KORANG? Ada berani komen ke?
Continue Reading...

Keegoan diri sendiri

Kesombongan dorong seseorang bertindak ikut nafsu, tak hirau perasaan orang lain

KECELARUAN belantara dunia menyesatkan ramai manusia. Potensi akal dan hati kurniaan Allah SWT serta turunnya syariat dibawa Rasul, bagi sebahagian manusia masih belum cukup mengalahkan kebuasan hawa nafsu diri mereka. Ditambah lagi dengan peranan hebat syaitan laknatullah yang tidak akan berganjak seinci dari lubuk hati manusia yang alpa. Hanya satu yang dapat melindungi manusia daripada kejahatan syaitan dan hawa nafsu, iaitu perlindungan Allah.

Ramai orang beriman, apabila lemah imannya diserang pula dengan penyakit rasa hebat diri sehingga dia melupakan campur tangan Allah dalam melindung dirinya daripada kesilapan. Lalu, mula meremehkan orang lain dan semakin gelap matanya melihat hatinya sendiri, dia tidak nampak sebarang noktah hitam pun dalam hatinya.


Terlalu suci dia melihat diri sendiri dan betapa hinanya orang lain pada pandangannya. Penyakit sebegini dinamakan sebagai ghurur iaitu terpesona atau takjub dengan diri hingga pada tahap menghina dan memandang rendah apa saja daripada orang lain.

Selanjutnya..
Continue Reading...

Feb 15, 2009

Kawanku....Wakenabeb!

Ada ka patut...

Time-time kita memerlukan, ada je yang tak kena. Umpama macam kita nak naik bas. Tunggu punya tunggu, bas tak datang-datang. Bila tak mau naik, kerap pulak rasanya bas lalu depan kita. Analogi begini le yang terjadi kat aku...

Ada ka patut...

Tengah hari tadi, time-time nak pakai printer utk print apa-apa yang patut, time tu la pulak tak boleh nak print. Bukannya ink habis atau kertas habis... semua icon printer dlm pc dah hilang. Kosong!!! Aku tak boleh prinnnntttt!!!!

Kawan aku bagi arahan pada window..

Sumber : Internet (Ini jenis vista) Aku punya XP. Heheh

"Operation could not be completed. The print spooler service is not running."

Aku try tanya kat pakcik google, server pulak lambat. Bengang aku jadinya. Aku try install semula software printer. Tak boleh nak install...arahan yang sama telah keluar. Ada ka patut... Perasan aku, inilah firsttime aku teraniaya dengan kawan sendiri... selama aku dok berkawan dengan komputer. Ada ka patut...

Aku biarkan dulu, layan kepala aku lagi baik daripada aku layan songel kawan aku yang sesekali ada songelnya. Itulah ragam kawan yang sentiasa ada songel memasing. Maleh aku nak layan. Bila aku dah relaks sikit, baru aku tengokkan apa-apa yang patut.

Lepas aku balik dari ngeteh ngan mem besor, aku tengok sekali lagi songel kawan aku nih. Aku tanya kat pakcik google. Aku jumpa lubuk orang yang hadapi masalah dan arahan window yang sama. Ada beberapa cadangan yang aku tengok. Aku try...senang jer. Alhamdulillah. Icon printer dah ada semula. Aku dah boleh print semula.. Kawan aku berfungsi semula...

Caranya mudah ajer:

Go to Start > Run and type
net start spooler

Kawan...ko jangan le buat songel time-time cenggini..Lemau jugak aku jadinya. Nasib baik mem besor aku tak banyak songel...hehehhe. Tq Mem besor...

++++++++++++++++++

p/s : Ada sesapa yang pernah kena? Kalu yang belum terkena, hati-hati..jangan kalut dok nak hantaq kat kedai jer...cuba atasi sendiri dulu..kalu idak kompom kena charge!!! Heheheh

Seingat aku, kawan aku ni buat songel selepas aku cuba install software "All Office Converter Pro" pagi tadi. Aku nak convert fail pdf kepada word tanpa mengubah bentuk asal tulisan dan gambarajah atau jadual yang ada. Software yang aku ada sebelum ni, semuanya mengubah kedudukan rajah atau jadual dlm fail pdf apabila diconvert ke word.

Bila keadaan ni berlaku dan aku perlu convert fail..dapat juga aku lamanweb untuk convert secara online. Selesai juga urusan aku....Tapi urusan lain pulak yang datang.. WAKENABEB!!!

Continue Reading...

Feb 13, 2009

Ngajor juga?

Hari Khamis, aku terima jemputan. Aku macam tak percaya. Sesekali nengok macam tak sampai hati. Aku akan jadi susah hati jika orang lain susah hati. Mungkin aku jenis orang yang lembut hati. Atau aku mungkin mudah cair pada orang yang berbahasa penuh dengan budi bahasa. Juga mungkin aku jadi kasar dan keras bila orang berbahasa kasar dan keras. Bahaya juga ek.!!!

Yang pasti, aku cukup jaga komunikasi dengan orang lain. Begitu juga sebaliknya. Jika aku fikir, jika orang lain tiada kelembutan dalam berkomunikasi, maka aku juga akan "pasak" dalam komunikasi. Nampak gayanya, aku bukan jenis cool kut...hehehhe

Ramai student Fakulti Sains dan Teknologi yang ambil subjek IT. Kebetulan pulak, diaorang ni sekelas dengan aku untuk subjek Kaedah Penyelidikan. Kira geng la... Rasanya, aku kategori mahasitua sungguh bila join diaorang sebab diaorang muda trang tang-tang. Tapi yang syioknya, ada jugak sesekali aku pun rasa mcm muda lagi. Hahahah.

Petang Rabu, aku dah buat tempahan makmal komputer IPS untuk esoknya. Aku jumpa dengan Penolong Pendaftar UPSI. Takyah buat surat dan cuma cakap lisan jer. Sepatutnya, memang aku kena buat surat. Alhamdulillah. Runding-rundingan. Maka hari Khamis aku bantu kengkawan lain. Diaorang kena buat e-folio menggunakan blog untuk subjek IT. Maka, dalam hal itu boleh le aku bantu depa sikit-sikit.

Permulaan yang baik

Awal pagi Khamis tu, cuma ada 3 orang kengkawan yang datang. Bila kelas bermula 10 minit, ada lagi tambahan kengkawan. Mana la pulak kengkawan lainnya tahu nii???. Pandai2 le korang panggil kengkawan korang..Lepas tu.. ada lagi yang masuk. Ada la 10 orang. Kira boleh ler... Dalam 10 orang tu, terselit juga student drp Acheh yang aku ajak untuk ikuti kelas ni. Bapak Rijal namanya. Aku mahu dia masukkan aktiviti atau apa saja untuk tatapan rakan-rakannya yang lain di Indonesia. Rakan-rakannya sekuliah daripada Acheh yang belajar di UPSI, tak dapat nak ikuti kerana memasing punyai komitmen. Aku paham kerana aku juga banyak komitmen.

Aku bagi le script2 mudah untuk chatbox, jam, tulisan gerak-gerak dan cara tukar template mudah. Aku pun bukannya terer sangat. Aku fikir, kalu takat ilmu yang aku ada... lepas le untuk termolok aku jer. Kalu lebih-lebih, aku pun tak reti. Setakat ni, boleh le depa ikut. Kira objektif tercapai ler...

Tepat jam 12 tghari, aku kena balik cepat ke rumah sebab jam 1.00 petang, anak2 aku dan mem besor dah balik sekolah...maklum le semenjak duamenjak jadi house husband..hehehhe

p/s : Dalam kelas kaedah penyelidikan pagi tadi, ada jugak yang tanya untuk ikuti kelas blog aku lagi. Respon aku mudah. I pun tak tau bila i nak buat lagi. Pandai2 u all susun masa sesama u all. I ikut jer jika i ada free... (Uiii...selit2 bahasa omputih kat bibir aku. Cuma i..u.i..u.. jer. Hahahha. Waduuuhhhh...)

>> gambor diaorang aku tak boleh upload lagi sebab aku tak ingat kat mana kamera kompak aku!!! Gawat nihhh.

Link diaorang : Asas ilmu, udah ada...just explore jer lagi..

1. Safizan
2. Aini
3. Rijal
4. Yuhazlina
5. Bahiyah
6. Najah

* Yang lainnya, aku tak tahu link diaorang.

Continue Reading...

Feb 9, 2009

Latihan Bola Sepak


Sejak malam tadi aku dah pesan kat anak-anak. Sesiapa bagun awal, dapat ikut ke Upsi. Amirul kena pakai baju bola lengkap untuk buat latihan bola di padang UPSI. Jika bangun lewat akan kena tinggal.

Pepagi lagi, jam 7.00 pagi, Amirul dah berpakaian lengkap. Si Amir yang selalu kena kejan dengan kakak dan abangnya. Mem besor juga ikut sebagai penasihat. Hehehhe

Aik..penasihat pun study? Aku bila lagi???
Waduuuhhh....entah2 mem besor dok study utk aku kut...hehehhe

Amirul yang menang gayaaaaa...hahahha
Kakak tukang jaga gol!

Penasihat beri taklimat utk cara penjagaan kelengkapan bola sepak

Gambor-gambor i semuanya diambil dengan kamera kompak. Digital biasa. Belum ada peluang untuk DSLR. Aku tunggu Andee72 offer kat aku kut. Sebab dia ada banyak stok dan macam2 jenis. Alaaaa Andee72, ko simpan byk2 buat apa... berhabuk jer.. Offer le kat aku Andee72. Boleh ek?

Continue Reading...

Hasil Klik-klik

Selesai untuk pembelajaran baru. DSLR, Nikon D500. Berat nak mampuih. Bukan senang nak setting pencahayaan dan bukaan kanta Jenuh nooo.. Hasil klik-klik sebagai tugasan dengan pelbagai teknik. Aku suka konsep "line" dan "frame".

Poco-poco

Hati-hati

Continue Reading...

Feb 7, 2009

Ronda Kawasan...

Hari ni, aku dan mem besor demam selsema. Badan udah tua kot... Pagi tadi, mem besor ada kuliah Kaedah Penyelidikan. Aku pulak menumpang di kelas member lain kerana ada belajar key in data untuk SPSS. Aku dah lupa. Hehehhe. Aku cilok je masuk ke kelas tu. Bukannya orang lain perasan sebab ramai student. Untuk kelas aku bagi subjek ni dengan Dr Ong, belum lagi nak belajornya. Cilok, jangan tak cilok..untuk kebaikan, takpa le kut..Heheheh. Amir ke SKTM secara sendirian naik basikal untuk kelas tuisyen BI dengan cikgu kelasnya. Amirul dan Amira buat kerja sekolah di rumah. Anak-anak aku memang kena belajar survive...

Malamnya, kami sefamili meronda kawasan untuk tinjau-tinjau aktiviti anjuran Kolej Harun Aminurashid. Macam-macam ada. Bagus jugak pengalaman untuk student UPSI yang menganjur dan mengikuti program itu. Pengalaman diaorang sangat berharga sebelum masuk ke alam pekerjaan sebenar.

Ronda Kawasan

Aku bawa famili ke sana untuk melapangkan kepala. Merendek sepanjang gerai jualan mengelilingi blok kolej itu. Kami berhenti di satu gerai di sana. Gerai lukisan karikatur. Minta student lukiskan gambar sefamili. Lima beranak cuma RM10.00. Macam jenuh jer mamat tu nak lukis. Aku pesan kat mem besor, bayarkan RM15.00. RM5.00 tu untuk beli jajan dia. Saja untuk dia lebih berminat dengan bakat yang dia ada.

Tengah bergaya

Dalam tempoh mamat tu lukis, aku jumpa eorang urusetia. Memang aku berhajat nak jumpa urusetia kerana ada maklumat yang ingin aku ketahui. Sebenarnya, aku terpandang banner aktiviti tu berhampiran warung Abuya. Ada kursus yang menarik. Kursusnya ialah Fotografi dan Editing Video pada esok hari (080209 - Ahad - 9.30 pagi). Aku dibawa oleh Bendahari Program untuk buat pendaftaran di bilik Urusetia. Ketika ini, mem besor dok melayan anak-anak di gerai karikatur. Nampak gayanya, aku sorang jer wargatua yang ikuti kursus tu. Selainnya ialah student muda-muda. Heheheh. Bayarannya RM10.00. Bayar awal-awal untuk dapatkan tempat. Ada dua kekosongan je lagi. Aku dah ambil satu tempat. Maka, tinggal je satu kekosongan.

Pendaftaran di bilik Urusetia

Pengisian kursus tu ialah penggunaan kamera DSLR (ye ker ejaannya?) di dalam bilik/dewan. Aku dapat maklumat bahawa, kamera jenis tu ada dibekalkan sebanyak 5 buah. Mungkin satu kumpulan akan dapat sebuah kamera untuk latihan. Then, ada praktikal. Semua peserta kursus akan mengambil gambar di kawasan aktiviti program di luar bangunan. Semua gambar yang diambil akan dinilai dan dikritik. Ini akan memberi ruang kepada peserta mengetahui kemampuan kreativiti masing-masing. Bukanlah setakat syiok sendiri jer.. Sesi ini dikendalikan oleh Staff Jurukamera UPSI. Pastinya, aku akan jadikannya sebagai kawan aku selepas kursus ni. Maklum le, kawan pun tak ramai..

Petangnya pula akan dapat ilmu tentang editing video. Taklimat ini akan diberikan oleh salah seorang pensyarah seni. Bagus juga tu. Boleh juga aku ketahui tentang software yang digunakan. Baru akau tahu level kemahiran dan pengetahuan aku dalam ilmu ni.

Aktiviti malam ni

Esok, jam 9.00 pagi aku dah kena ke Kolej tu. Mem Besor pulak akan bawa anak-anak ke Sekolah Agama Hulu Bernam. Ada aktiviti mewarna di sana. Crayon dan pensil warna dah dibeli petang tadi. Tengok le nanti macam mana hasilnya. Tungguuuu...

Maklumat umum tentang kamera DSLR ada di sini. Aku saja jenguk-jenguk sebelum ke kursus fotografi esoknya. Hehehhe. Jom kutip ilmu....

Continue Reading...

Feb 5, 2009

Gatal Tangan Kiri




Description:

JVC Everio GZ-MG630 60GB Standard Def Camcorder (Silver / Blue / Black / Red)

Features:
  • 60 GB HDD for up to 75 hours of recording
  • 40x Dynamic Zoom with Konica Minolta lens
  • Laser-touch operation with sub-trigger and zoom
  • One-touch upload to YouTube
  • Digest Playback; Auto Illumi. Ligh

Product Description

Everio G Series Camcorders The 2009 line of JVC Everio G Series hard disk drive camcorders includes three models, each featuring a 1/6-inch 800,000-pixel CCD image sensor. Each model also uses a KONICA MINOLTA LENS with a 40x dynamic zoom and 800x digital zoom. Dynamic zoom achieves up to 40x magnification by using nearly all of the CCD's effective pixels without any picture quality degradation.

  • 1/6-inch 800k pixel CCD
  • 60GB Internal Hard Disk Drive for up to 75 hr. of recording
  • 14hr. 20 min. of the best quality recording (ULTRA FINE)
  • 40x Dynamic Zoom / 800x Digital Zoom
  • Memory Card Slot for microSD
  • HD Gigabrid Premium Engine
  • 3-Dimension Noise Reduction (3D NR)
  • One Touch Upload to YouTube(TM)
  • One Touch Export
  • 16:9 Wide Mode (Full Resolution)
  • Auto Illumi. Light
  • Data Battery
  • Icon Playlist / Event Pre-registration
  • Play List Editing
  • In-Camera File Editing
  • KONICA MINOLTA LENS
  • Laser To

    Specifications:

    Country of Origin: Usa
    Color: Silver
    Publisher: Jvc
    Manufacturer: Jvc
    Model: Gz Mg630su
    Label: Jvc
    Studio: Jvc

    Product Orgin: USA

    This item is sourced from the USA. Goods coming from the USA are designed for the USA market and may require accessories or components compatible with their goods / services / infrastructure.

    Some electrical appliances sourced in the USA have a 2pin American style socket but are 110v and 220v compatible in these instances an adapter is supplied free of charge. Other items are 110v only and will require a transformer sold separately. Items such as clocks may not work properly in South Africa due to our power utility using a 50hz frequency, no adapter to remedy this is available.

    TV, VIDEO, GAMES are usually designed for the NTSC, and DVD Region1 standard, please ensure your appliance, gaming console supports this before ordering. Atomic Clocks & Watches work in South Africa but need to be manually set as we live to far away to receive the radio signal that updates the time automatically. If in any doubt please contact us before ordering.

    Editorial Reviews

    From the Manufacturer

    The JVC Everio GZ-MG630 features a 60 GB hard disk drive and a 1/6-inch 800,000-pixel CCD image sensor. It also uses a Konica Minolta lens with a 40x dynamic zoom and 800x digital zoom. Dynamic zoom achieves up to 40x magnification by using nearly all of the CCD’s effective pixels without any picture quality degradation.

    For sharing, the Everio MG630 makes it easy to watch videos on an iPod or iPhone by exporting videos to the user’s iTunes library with the new One Touch Export function provided by bundled software for Windows. This joins the One Touch Upload function for uploading to YouTube, for 2009 a feature available on all Everio camcorders, and One Touch DVD Creation function for easy archiving and sharing by disc, a long-time Everio feature.

    Everio Features

    All 2009 Everios make sharing and watching videos easier than ever. New for this year is the One Touch Export function that allows Everio videos to be imported into iTunes and loaded into an iPod or iPhone. All 2009 Everios also offer One Touch DVD burning and the One Touch Upload function that JVC introduced to users in 2008 as a new and convenient way to upload videos to YouTube.

    To use any of the three functions, simply connect Everio to a PC using the supplied USB cable. Then, the user chooses one of three buttons on the Everio: UPLOAD, EXPORT, or DIRECT DVD. Pressing the button will launch the appropriate Windows PC application that comes bundled with Everio, and the user simply follows the simple on-screen prompts. With just a few mouse clicks the process of uploading to YouTube, exporting to iTunes, burning to disc or transferring to an external hard disk drive will be completed. For uploading to YouTube, the user can perform an in-camera edit of any length video to fit the 10-minute YouTube limit.

    For disc based archiving, there is an alternative to using a PC. JVC offers the CU-VD50 Direct DVD Burner/Player as an option, which allows burning of Everio videos to a DVD disc without having to use a PC.

    The new Everio MediaBrowser software supplied with all Everio models is a Windows application providing an easy-to-search calendar-type graphical interface for indexing and finding video files. Thumbnail images of recorded videos and stills are superimposed on the calendar so it’s easy to see when any scene was recorded. The Everio MediaBrowser also allows easy playback, simple cut editing, and "Decomotion" to spruce up recorded footage with animated graphics for upload to YouTube. It also supports Export to iTunes, Upload to YouTube, burning to disc or transferring to HDD.

    Another new feature found on all Everio camcorders is Digest Playback, which offers an easy and entertaining way to check the content residing on Everio’s HDD or SD/SDHC card. The function automatically selects highlight scenes from among the recorded content using JVC’s proprietary algorithm and plays back what looks like a "coming attractions" trailer for a movie. Sixty minutes of footage is condensed into five minutes of highlight scenes.

    Other Everio features have been enhanced for 2009. Laser Touch Operation has been updated to allow control of zooming and recording using either the Laser Touch scroll bar or buttons next to the LCD screen, as well as by the standard zoom lever and REC button. And as before, Laser Touch makes it easy to browse through thumbnail images of recorded scenes and access menu selection. Power-linked operation, long offered by JVC, goes a step further this year. Simply opening the LCD monitor automatically opens the built-in lens cover and powers up the camcorder. Closing the LCD also closes the lens cover and shuts down the power. With Quick Restart, recording can start in about one second after the LCD is re-opened.

    In addition to performance and convenience, the 2009 Everio line offers plenty of style and shooting comfort. A new design features elegant curves, a silver-framed LCD and a comfortable angled grip with a new dual use strap. The strap can be used in the usual camcorder fashion, supporting the user’s hand when shooting, or it can be extended and used as a wrist strap like the type on most digital still cameras.

    Nilai semasa : US - RM

    429.00 USD

    =

    1,550.63 MYR

    United States Dollars Malaysia Ringgits
    1 USD = 3.61452 MYR 1 MYR = 0.276662 USD


    Sumber: 1 / 2 / 3

    Continue Reading...

    Feb 4, 2009

    Serangan Mulut

    Aku tertarik dengan idea yang dipaparkan oleh Mr Jinggo. KEZALIMAN MULUT. Pastinya entri tersebut berkisar tentang pengalamannnya sendiri sama ada melalui pembacaan atau pemerhatian atau beliau sendiri yang mengharunginya. Hanya tuan diri saja yang mengetahuinya. Hal itu, aku tidak kisah kerana itu adalah luahan ideanya. Penimbulan idea itu, adalah proses dan kaedahnya mendapatkan ideanya sendiri. Aku hanya berminat untuk mengupas idea itu sahaja. Mungkin aku jenis orang yang tidak mementingkan proses tetapi mementingkan hasil. Bagi aku, proses mendapatkan sesuatu adalah bergantung pada kreativiti dan tektikal seseorang. Hasilnya adalah penting!

    Untuk isu yang pernah aku sebutkan sebelum ini dan difikirkan berkaitan dengan isu serangan mulut ini ada di sini.

    Serangan mulut amat berbisa. Bisanya mampu menusuk kalbu. Kalbu yang terusik pastinya sukar diubati. Ianya sentiasa terngiang-ingiang di telinga dan di minda. Apabila ini berlaku, perasaan menjadi resah, set minda akan terbentuk, perasaan membenci dan 'geram' akan membuak-buak. Isunya ialah kenapa membentuk set minda dan membenci yang membuak-buak?

    Gambaran rupa orang dan kata-kata pedih akan berlegar-legar dalam minda. Satu-persatu serangan kata-kata seolah menjadi igauan perit dan menakutkan untuk kita menerimanya. Kenapa kita yang menjadi bahan serangan mulut menjadi menikus dan mendiamkan diri? Kenapa dan mengapa?

    Mengapa kita tidak memositifkan keadaan itu? Puncanya ialah serangan kata-kata itu seolah-olah menyerang tentang kelemahan kita. Terkena batang hidung kita. Tepat pada sasarannya. Malangnya, kita menerima serangan mulut itu dengan mendiamkan diri. Tiada satu penampan dalam jiwa dan minda kita. Akibat mendiamkan diri, jiwa kita yang membungkam.

    Mari kita lihat satu persatu mengapa kita tidak dapat menerima serangan kata-kata itu.

    (Sudut Personaliti Orang itu)

    1. Kita merasakan bahawa orang yang membuat serangan itu tidak menerima hakikat bahawa "itulah" diri kita sebenarnya.

    2. Orang yang membuat serangan (Dia) adalah berbeza watak dengan kita. Kita merasakan bahawa kita tidak akan menyebut kelemahan-kelemahan orang. Maka kita menghendaki orang itu juga seperti kita.

    3. Kita mengandaikan Dia tidak tahu nilai berkawan kerana menyebut perkara-perkara yang tidak sepatutnya disebut atau diusik.

    4. Sebutan Dia pada kita adalah suiz-suiz kelemahan kita.

    (Sudut Personaliti Diri Kita)

    5. Kita sendiri belum mencapai tahap minda terbuka dalam membincangkan apa jua hal.

    6. Tahap kekuatan mental dan EQ kita belum ke tahap maksimum.

    7. Kita tidak mampu menerima kritikan orang lain terhadap diri kita.

    8. Kita tidak mampu meneutralkan keadaan yang dilihat negatif menjadi sesuatu yang positif.

    9. Kita masih gagal menjadi TUAN kepada jiwa, minda dan emosi diri kita sendiri.


    Cara menangani serangan mulut:

    1. Menerima kata-kata itu dengan hati yang terbuka.

    2. Tidak meletakkan set minda terhadap seseorang semasa kita menerima serangan mulut.

    (bersambung... anak-anak aku dah balik sekolah)

    >>> macam ni semenjak jadi house husband...hehhehe <<<
    Continue Reading...
     

    Blog Archive

    About Me :

    My photo

    i'm everywere
    Email : azlanlinn@yahoo.com

    E-Journal

    Pendidikan ::

    * Bahagian Tajaan - Blog
    * Bahagian Tajaan - Rasmi
    * MPM
    * KPM
    * Kemudahan OKU
    *

    target="_blank"

    Text

    Klik Banner

    Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template