Jan 30, 2009

MRSM dan SBP

Dalam pemerhatian aku, PakTeh salah seorang pemilik blog yang sering memaparkan entri-entri berkaitan keperluan terkini oleh para pelajar dan ibu bapa. Entrinya melibatkan kemasukan pelajar ke MRSM, SBP dan sebagainya. Malahan, blognya juga menjadi sasaran pertanyaan-pertanyaan berkaitan kemasukan ke MRSM dan SBP. PakTeh mampu menjawab semua pertanyaan itu secara jelas dan padat. Menarik dan tertarik aku akhirnya. Tahniah PakTeh.

Jika anda berminat untuk ke blognya, anda boleh klik di sini.


Related Posts by Categories

Continue Reading...

Jan 25, 2009

21 Tips Memenangi Hati Lelaki

Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.



1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.

2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.

3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana.

4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.

5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.

6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.

7- Menghormati perasaan orang lain.

8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik.

9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.

10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.

11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya mempunyai pengetahuan yang luas.

13- Pandai mengambil hati orang tua.

14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.

15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.

16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.

17- Jangan suka merengek..

18- Jangan suka mengarah lelaki.

19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak berniat untuk berbuat begitu.

20- Biarkan pasangan membayar bila dia mahu berbuat begitu kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.

21- Jangan ketawa mengilai-gilai.

Continue Reading...

Jan 24, 2009

The Secret dan Kebolehan Menyaring Sumber

Saya belum sempat memiliki dan membaca buku Law of Attraction tulisan Michael J.Losier dan terbaru, Money and the Law of Attraction: Learning to Attract Health, Wealth & Happiness oleh Esther and Jerry Hicks. Blurp pada kulit buku Michael J.Losier mendefinisikan Law of Attraciton sebagai The Science of Attracting More of What You Want and Less of What You Don't.

Bagaimanapun, minggu lalu seorang rakan meminjamkan DVD The Secret yang memberi penjelasan tentang ‘sains’ tersebut. Video 89 minit yang diterbitkan pada 2006 ini dikatakan menjadi rujukan di seluruh dunia bagi mereka yang mahu mengubah nasib ke arah masa depan yang lebih meyakinkan. Penerbitan video ini disusuli dengan terbitnya buku di bawah judul yang sama pada 2007. Rhonda Byrne iaitu Penerbit Eksekutif video The Secret itu sendiri yang menulisnya. Kedua-dua DVD dan buku beliau mengandungi isi yang sama. Masing-masng terjual jutaan naskhah dalam masa singkat.



Video dan buku The Secret memuatkan pandangan beberapa ahli falsafah, ahli perniagaan, paderi dan penulis seperti Bob Proctor (You Were Born Rich), Jack Canfield (Chicken Soup For The Souls), Dr. John Gray (Men Are from Mars, Women Are from Venus), Mike Dooley (Notes From The Universe) dan Rev. Dr. Michael Bernard Beckwith (Spiritual Liberation). Mereka dan orang-orang biasa lain yang dipaparkan di dalam video itu dianggap sebagai bukti bergerak (living proof) kepada apa yang diwarwarkan sebagai kejayaan mengubah kehidupan dengan mengaplikasi ‘sains’ tersebut. Ada yang berjaya sembuh daripada penyakit kronik, ada yang menjadi kaya-raya, ada yang berjaya mengatasi halangan dalam hidup dan mencapai apa yang dianggap mustahil sebelumnya.

Secara mudah, rahsia itu terletak pada cara berfikir seseorang dan yakinnya dia kepada apa yang difikirkannya itu. Mengikut Law of Attraction (istilah yang mula dipopularkan oleh surat khabar New York Times pada 1879), seluruh energi di alam semesta akan menyokong kepada berlakunya apa yang difikirkan dan diyakini oleh seseorang. Apabila dia berfikir yang positif, itulah yang akan berlaku. Apabila sebaliknya maka sebaliknya yang akan berlaku.

Dalam bukunya Spiritual Liberation, Dr. Michael Bernard Beckwith mengungkapkan, "If you can begin with a feeling that you're all right already, you begin from wholeness and move from glory to greater glory. That's spiritual liberation."

Dalam video dan buku The Secret dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kaser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doktor mengesahkan kansernya pulih – tanpa menjalani radioterapi dan kimoterapi.

Dalam video dan buku itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (meyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan meyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.

Saya sangat terkesan dengan video tersebut. Baru-baru ini anak kedua saya Raihanah memperolehi keputusan semester pertama di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Untuk kertas Kimia, dia mendapat gred A sedangkan sebelum ini dia kurang berminat dengan Kimia dan hanya mendapat D6 dalam SPM. Dia menceritakan kepada saya dan ibunya bagaimana dia mengatasi kelemahannya dalam Kimia.

Katanya, dia menulis “Saya suka Kimia” di dalam buku kerja Kimia dan di beberapa tempat lain. Dia membayangkan dirinya kini suka kepada subjek itu. Kebetulan guru Kimianya di pusat matrikulasi terbaca ayat itu pada bukunya dan berkata, “Wah, bagusnya awak. Bangganya saya.” Sejak itu Kimia tidak lagi menjadi masalah kepadanya.

Jika mengikut teori Law of Attraction, seluruh energi di alam semesta telah menyokong ke arah berlakunya sangkaan anak saya bahawa dia menyukai Kimia. Lalu, apa yang difikirkannya itu betul-betul berlaku. Dia akhirnya suka kepada Kimia. Minat dan tumpuan pada sesuatu menjadikan ia mudah dikuasai. Gred Kimia yang diperolehinya membantu menyumbang kepada CGPA 4.0 dalam peperiksaan semester pertamanya.

Saya sangat terkesan dengan dapatan dari video The Secret kerana apa yang dianggap ‘rahsia’ itu sebenarnya sudah diberitahu lama dulu oleh Rasulullah SAW tetapi kita umatnya sudah tidak begitu menghiraukannya. ‘Rahsia’ itu diberitahu oleh baginda dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: “Aku (Allah) mengikut sangkaan hamba-Ku pada-Ku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada-Ku.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis qudsi ini, Allah memberi isyarat bahawa apa yang difikirkan dan diyakini oleh hamba-Nya, itulah yang Dia akan beri.

Orang-orang bertakwa tidak perlu belajar tentang ‘The Secret’ atau Law of Attraction, kerana sikap dan keyakinan mereka memang sentiasa positif. Mereka sentiasa berfikir yang positif dan meyakini yang positif. Diuji dengan dugaan hidup yang berat pun, mereka masih positif bahawa Allah akan memberi kebaikan yang banyak kepada mereka melalui ujian itu. Lalu itulah yang mereka dapat iaitu kebaikan dari musibah yang berlaku. Mereka sentiasa bersangka baik dengan Allah, sentiasa yakin adanya hikmah di sebalik setiap ujian-Nya. Maka hikmah itulah yang mereka dapat.

Fokus orang-orang bertakwa adalah pada memburu redha Allah dan menganggap redha Allah adalah segala-galanya. Mereka berbuat ketaatan dengan mengharap dan meyakini di situ adanya redha Allah. Mereka meninggalkan perkara maksiat dan mungkar dengan mengharap dan meyakini bahawa Allah meredhainya. Redha Allah yang mereka mahukan dan yakini maka redha Allah itulah yang mereka dapat. Apabila Allah redha kepada seseorang, Allah menjadikan seluruh makhluk di langit dan di bumi redha dan kasih kepadanya termasuk makhluk yang dipanggil energi, sel, atom atau apa saja namanya.

Inilah juga rahsia kenapa Allah melarang umat Islam berputus asa daripada rahmat-Nya. Dengan berputus asa daripada rahmat Allah apabila ditimpa kesusahan, seseorang itu sudah mewujudkan sangkaan negatif di dalam dirinya. Dia akan dua kali susah. Susah ditimpa dugaan hidup dan susah kerana kesusahan yang menyusul akibat berfikiran negatif. Sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung ternafi hikmah dari musibah yang sepatutnya dia boleh dapat apabila bersangka baik kepada Allah.

Di sini juga rahsia kemakbulan doa iaitu apabila doa dipohon berserta keyakinan bahawa Allah akan memakbulkannya. Bandingkan dengan doa yang dipohon dalam keadaan lalai atau tidak yakin Allah akan memakbulkannya. Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu..." (Al-Mukmin: 60)

Dalam The Secret juga disebut tentang konsep syukur dengan kata-kata, “If you are grateful, you will get more.” Bukankah ini ‘rahsia’ umat Islam? Bukankah Allah berfirman yang maksudnya: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Ibrahim: 7)

Bagi penulis berjiwa Islam, kebolehan menyaring dapatan (input) dari sumber bahan tulisan sangatlah penting. Hati-hati agar kita tidak sekadar menyambung lidah orang-orang yang kufur kepada Allah. Law of Attraction tidak lain hanyalah menimbulkan sangkaan-sangkaan baik dan mengajak kita belajar bersyukur, cuma dalam ‘sains’ itu, ia tidak dikaitkan dengan Allah.
Apa yang disebut sebagai ‘energi’ dari alam semesta itu tidak dikaitkan secara langsung dengan sumber energi tersebut iaitu Allah. Apa yang disebut sebagai “mendapat lebih apabila bersyukur” itu juga tidak dikaitkan sangat dengan Pemberinya, Allah.

Tanpa dikaitkan dengan Penciptanya, seseorang itu mungkin secara tidak sedar menganggap yang seolah-olah ‘energi’ itulah Tuhan. Paling tidak, dia tidak akan ‘nampak’ Allah dalam setiap perkara yang dia dapat dengan mengaplikasi Law of Attraction atau ‘The Secret’. Dia hanya nampak adanya ‘energi’ yang membolehkan dia mencapai apa yang dimahukannya melalui kekuatan memfokus dan meyakini. Lalu, di mana Allah?

Di sini perlunya penulis yang berjiwa Islam memberi halatuju yang lebih jelas kepada apa yang diwarwarkan sebagai ‘The Secret’ atau Law of Attraction. Mungkin dari situ kita akan menemui semula senjata yang tercicir. Law of Attraction wajar dianggap sebagai ‘adaptasi’ dari sistem nilai yang sedia ada di dalam Islam iaitu bersangka baik dan yakin bulat kepada Tuhan. Law of Attraction adalah sunnatullah atau hukum alam yang boleh berlaku kepada sesiapa saja, Islam atau bukan Islam, seperti firman Allah:
“Dan kamu tidak sekali-kali akan mendapati sunnatullah itu berubah.” (Al-Ahzab: 62)

Law of Attraction perlu ‘diadaptasi’ semula kepada versi Islamnya untuk menguatkan tauhid umat. Penemuan Law of Attraction itu seharusnya menyedarkan kita dan menjadikan kita bertambah yakin kepada kebenaran Islam.

Sumber : zakaria sungib
**************
Komen aku: Aku benar-benar teruja dengan entri ini hinggakan aku kelu JARI & MINDA untuk menitipkan kata-kata apabila memahami bait-bait bicara tulisannya. Kupasannya amat MENYENTAP & MENYENGAT..... alhamdulillah.. Fikir-fikirkanlah. Berapa ramai antara kita (termasuk aku) yang sering menyasar dari sasaran yang telah ditetapkan. Pelbagai alasan yang sering kita berikan apabila kita hilang TUMPUAN & FOKUS dalam perjalanan kehidupan kita. Aku kena berfikir....cuma bila nak bertindak???

Continue Reading...

Jan 23, 2009

Mengawal Emosi

Asmkm dan salam sejahtera..

Salam ceria dan salam hebat luar biasa..

Ramai orang tidak tahu mengawal emosi. Emosi, merupakan sesuatu yang boleh dikawal dan ia sebenarnya berkait rapat dengan minda serta fizikal kita.

Sebenarnya, dalam semua keadaan, kita sentiasa ada dua pilihan.

Pilihan pertama, pilih untuk menjadi gembira. Pilihan kedua, pilih untuk menjadi yang sebaliknya, berduka dan tertekan.

Kita seringkali ada dua pilihan, pilihan yang positif dan pilihan yang negatif.

Kita seringkali gagal mengawal emosi, kerana kita gagal memilih untuk menjadi seorang yang tahu mengawal emosi danbertindak positif dalam semua keadaan. Semua emosi ini kita yang menciptanya.



Ia dipengaruhi oleh komunikasi kita pada diri kita dan respon minda kita terhadap semua apa yang berlaku di sekeliling kita. Untuk mengawal emosi Anda, pilih untuk menjadi seorang yang bertindak secara positif, berfikir positif, fikir sebelum buat dan bertenang setiap masa.

Latih diri untuk mengawal emosi dengan berlaku tegas pada diri sendiri. Beritahu minda Anda seorang yang pandai mengawal emosi.

Bila Anda buat begini, Anda memberi arahan pada neuron di dalam otak Anda untuk mencipta sistem kepercayaan yang Anda mampu mengawal emosi diri sendiri.

Jangan biarkan Anda dikawal emosi, sepatutnya Anda yang mengawal emosi.

Sumber : Shueqry

*************************
Komen aku:

Bagaimana kita mengawal emosi. Khususnya dalam keada resah, gelisah dan tidak tenteram. Aku membicarakan sudut sosial, bukanlah di sudut agama.

Jika kita perhatikan sekeliling, kebiasaannya orang yang berada dalam "serangan emosi ", akan menjadi pendiam, matanya rudup, mukanya tidak ceria, cara duduknya yang lemah. Postur badan mereka akan jelas kelihatan seperti orang yang tidak bersemangat. Tanda-tanda ini jelas kelihatan.

Oleh itu, kita harus keluar dari situasi yang membungkam. Lakukan perkara yang kita suka. Ketepikan minda yang memikirkan isu sedih itu. Bangkit dan fokuskan minda untuk melakukan perkara-perkara yang kita minat! Bersenam...mendengar muzik...memasak...ronda2. Kalu aku, naik ChintaHati!!! Hehehhe

Kekuatan dalaman untuk menguasai minda amat penting. Jadilah TUAN pada MINDA dan DIRI SENDIRI! ~ Itulah motto Warna-warni Kehidupan!

Ayuh Bangkit! Ayuh Bangkit! Ayuh Bangkit!
Continue Reading...

Jan 20, 2009

Obama Celup..



JAKARTA – Yang pasti, seorang jurugambar majalah di Indonesia, Ilham Anas tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di White House, Washington, esok.

Ini kerana sekiranya beliau hadir, sudah pasti dirinya juga menjadi perhatian orang ramai kerana memiliki wajah seiras dengan Obama.

Ilham, 34 tahun, memiliki wajah seperti Obama jika dipandang dari beberapa sudut.

Dia menjadi terkenal di Indonesia selepas Obama menang dalam pilihan raya Presiden, November tahun lalu.

Ilham kini hidup senang dan menerima bayaran lumayan dengan hanya berlakon sebagai Obama dalam satu iklan televisyen.

Obama sendiri memiliki ramai peminat di Indonesia kerana pernah menetap di Jakarta selama empat tahun apabila ibunya, seorang warga AS, Ann Dunham mengahwini Lolo Soetoro iaitu seorang rakyat Indonesia beragama Islam.

Dunham berkahwin dengan Lolo selepas bercerai dengan bapa kandung Obama yang berasal dari Kenya.

“Apabila Obama menang, rakan-rakan sekerja saya melakukan jenaka terhadap saya – mereka menyuruh saya memakai sut dan tali leher sebelum merakam gambar saya yang berlagak sebagai Obama,” katanya yang lahir di Bandung.

Sumber: Kosmo
Continue Reading...

Jan 19, 2009

Perjalanan yang memusing..

Aku sefamili bergegas ke Seri Iskandar lepas Maghrib hari Sabtu. Urusan rumah sewa aku dah dikosongkan. Sebelum ni, student UiTM Seri Iskandar menyewa. Aku fikir, aku adalah tuan rumah yang sempoi, yang penting korang tahu tanggungjawab korang sebagai penyewa. Ada masalah, laporkan ajer...mudah bukan?

Aku mengejar masa. Jam 9.00 malam aku tiba di Seri Iskandar. Aku jumpa dengan wakil penyewa yang berani berjumpa dan berbincang dengan aku.. Amirul namanya. Dia ambil HR di UiTM. Menarik berbual dan berbincang dengan budak ni. Bijak dan smart in communication. Bagus budak ni jika dia jadi ketua... Sayangnya, ketua dalam di kalangan penyewa tu ialah orang lain. Aku dah pesan kat diaorang semasa mula menyewa dulu. Aku nak tahu, siapa yang akan jadi ketua dikalangan diorang. Akan mudah banyak urusan. Sayang sekali, ada juga yang offer diri jadi ketua dan ceritakan jawatan-jawatannya di UiTM.

Malangnya, banyak urusan yang tersangkut. Hahahha. Sampai kesudah budak tu tak berani jumpa aku. Hahahhahah. Porrraaacit!

Perbincangan aku dan Amirul selesai dan dapat kata putus untuk memudahkan kedua-dua pihak. Untung mak-bapak budak tu dapat anak yang macam tu. Mem Besar dan anak-anak berehat di rumah Seri Iskandar saja. Boleh mengemas apa-apa yang patut. Kami bermalam di rumah Seri Iskandar. Jam 11.30 mlm dpt sms drp PakNdak tentang Chaq, pangkat tok pupu dah meninggal jam 8.00 malam td.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi Ahad, Mem Besor sattlekan urusan menampal iklan. Tulisannya memang cantik... kalu aku yang menulis...hancus! Jam 10 pagi kami bergegas ke Pantai Remis, untuk ziarah arwah Chaq. Selesai urusan pengkebumian, lepak kejap di rumah PakNdak. Pekena sup tulang.. Perut kenyang, kami bergegas ke rumah pusaka Batu 51. Nak jumpa MakNjang dan PakNjang. Ada urusan sulit...hehehhe.



Jam 4.00 petang kami bergerak ke Tanjong Malim. Singgah di Seri Manjung, layan mata dan selera. The Store jadi sasaran. Lama dah aku tak tengok longgokan baju-baju dan seluar. Kelabu bijik mata jadinya! Hahhahaha. Mem Besor dah kenal bebenor pe'el laki dia! Bila keluar je dari longgokan kain baju, hari dah gelap! Waaaaa...lamanya! Tq mem, dapat melayan. Hahhahah



Kami menyambung perjalanan bergerak ke TM. Aku dapat sms :

"Slm, saya Wahi***. nk btnya harga umah sewa kt bdr sri iskndr..."

Aku capai hp, terus call untuk berbual dgn orgnya. "Assalamualaikum... Ini cik ke puan. Mudah saya nak memanggilnya". Itulah ayat mula aku yang membuatkan Mem Besor menjeling manjaaaaa!! Hahahhahah.

Alhamdulillah, area Bandar Seri Iskandar adalah lokasi perumahan yang berhampiran dengan UiTM. Maka, setiap tahun, student yang naik sem 2 dah tak boleh tinggal di hostel. Maka diaorang akn menyusup setiap jalan di taman perumahan itu untuk mencari rumah sewa. Aku mengganggap diaorang macam adik-adik aku jer yg sedang menuntut ilmu. Harga sewa rumah aku memang murah berbanding dengan rumah di sekeliling rumah aku. Aku sediakan kemudahan dapur, peti ais dan mesih basuh. Itu adalah asas keperluan diorang. Yang penting diaorang duduk dengan tenteram dan aman untuk menuntut ilmu. Mungkinkah aku dan mem besor jenis baik hatiiiiii???? Waduhhh....

Continue Reading...

Jan 10, 2009

Kunjungan Taman Pelangi

Lewat petang hari ini, jam 5.00 petang aku ada appoinment ngan member baru aku! Dia buat phd dalam bidang muzik di UPSI. Kami pekena roti canai dan milo tarik di kedai mamak sebelah Billion. Tetiba Mem Besor telefon. Tayar kereta pecah katanya. Selang beberapa minit, telefon aku berdering lagi.

"Yang, Rashid dan Ina dah sampai," kata Mem Besor.

"Ok," balas aku.

Hujan mula renyai. Aku dan member mula beredar dari kedai mamak. Rumah aku dikunjungi sedara-mara. Adik ipar dan biras aku dari KL tiba jam 6.15 petang ni. Ini adalah adik yang kedua bagi mem besor aku. Adiknya yang pertama tinggal di Melaka. Mereka belum sampai lagi ke rumah aku.

Tiba saja di rumah aku, hujan turun mencurah-curah. Lapor le jadinya. Dapat juga pekena pisang goreng (tak jadi le tepung macam di rumah Kujie itu hari. Hehehhe. Bila gamaknya aku nak dapat?), keropok warna-warni dan milo! Best jugak dapat makan sesama adik beradik!

Adam...tengah seronok mengemop lantai!

Aku seronok melayan anak lelaki sorangnya itu. Maklum le, anak pertama dan keduanya ialah perempuan. Yang ketiga baru dapat lelaki pertengahan tahun lepas. Adam, nama dipanggil. Semakin lasak dan 'mengemop lantai'.

Aku bila lagi nak menimang yang kecil????? Hehehhe!
Continue Reading...

Tambahan Isi Rumah

"Ayah, cepat ayah," panggil Amirul.

"Kenapa?" balas aku.

"Cepat la ayah, meh tengok kat bawah ni," ajakan Amirul membuatkan aku tertanya-tanya.

Aku terasa kalut juga untuk ketahui apa cerita sebenarnya. Sepatutnya diaorang akan ke sekolah. Tengok jam, awal lagi. Baru jam 6.50 pagi. Amirul menarik tangan aku untuk turun ke ruang tamu.

Mem besor dah menyengih apabila memandang aku turun tangga. Mem Besor macam dah tau kelemahan aku. Aku memang meremang bulu tengkok apabila aku melihat hamster dalam sangkar. Membongkok-bongkok badannya seolah-olah mengepung sesuatu.

"Eeiii...apa ni atas lantai!" sergah aku. Mem Besor semakin menyengih melihat gelagat aku. Aku memang penggeli dengan binatang berbulu. Kalu aku yang jadi 'ulat bulu', takpa la. Heheheh.

"Amira, ambik tisu kat atas meja tu. Angkat anak hamster tu masukkan dalam sangkarnya semula," kata aku.

Mem aku dengan kontrol ayunya, mengambil tisu dan mengangkat anak hamster yang terkeluar dari sangkar dan tergolek atas lantai. Mem Besor aku berani la pulak. Ini dah terbalik kot ni... hahhahahah. Tq mem! Dah seminggu, udah beranak hamster tu!

Nampak gayanya, ada tambahan isi rumah aku sebanyak 5 ekor lagi. Kecik-kecik sebesar ibu jari tangan aku. Aku geli sungguh. Ini mungkin fobia aku dikejar anjing sewaktu umur aku 10 dulu. Dikejar sebanyak 6 ekor serentak semasa aku berjalan kaki ke rumah KakYah di Gula Perak dulu. Anjing Tokey Panjang memang banyak betul! Semenjak itu aku memang fobia dengan anjing dan binatang berbulu dan lembik-lembik! Kalu ikan takpa..aku boleh pegang-pegang. Hahahha.

***************************************************

Anak-anak aku dok peghoseh sangkar hamster.

Nampak gayanya, seluruh rumah bawah di rumah aku dah semkain 'bau hancing'. Sesak nafas dibuatnya. Ini gara-gara habuk kayu dalam sangkar hamster. Hamis jadinya! Tak boleh jadi. Mem Besor balik kuliah hari ni, tolong buangkan habuk kayu lama dan gantikan habuk kayu baru. Bekas hamster dicuci. Aku tengok saja. Meremang tengkok dan seluruh badan aku. Mem Besor siap unjuk-unjuk pada aku. Buat-buat nak terlepas pulak. Aku makin geram dengan lawak Mem Besor! Aku cuma tukang ambik gambor je ler....

* Mungkin aku berjiwa lembut, penyayang dan penggeli! Jaga le ko Mem Besor!

Continue Reading...

Jan 7, 2009

Bapa hebat mesti pandai berkomunikasi, berilmu

Written by Admin
Thursday, 17 April 2008

Oleh Hasliza Hassan

KEBELAKANGAN ini, banyak kisah kepincangan institusi keluarga dikaitkan dengan kegagalan bapa sebagai pemimpin keluarga memainkan tanggungjawab nakhoda yang sepatutnya membawa kapal belayar ke pelabuhan penuh damai serta ketenangan.

Sebaliknya, kapal terpaksa mengharungi laluan sukar, berhadapan ombak bergelombang hingga ada antara anak kapalnya terjatuh ke dalam lautan sementara setengahnya terus menggapai apa yang dapat dicapai untuk bergantung.

Bagaimanapun, tidak adil meletakkan kesalahan di atas bahu bapa kerana masih ada bapa yang sanggup melakukan apa saja demi anak serta keluarga dan berjaya membina sebuah keluarga bahagia.

Melihat kepada perkembangan semasa, sempena sambutan Hari Bapa, kelmarin yang turut diraikan masyarakat negara ini, sewajarnya bapa melihat kembali kedudukan serta pencapaian mereka menerajui institusi keluarga. Atau, mungkin mereka boleh memilih pepatah Melayu manakah yang sesuai menggambarkan diri mereka sebagai bapa.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba, berkata kurangnya ilmu kebapaan dan keengganan bapa menimba pengetahuan bagi memantapkan kewibawaan diri sebagai pemimpin menyukarkan lagi usaha ke arah melahirkan sebuah institusi keluarga sejahtera.

â€Å“Ilmu kebapaan perlu sebagai pembimbing kepada bapa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

â€Å“Kegagalan bapa disebabkan mereka tidak memiliki ilmu atau menggunakan ilmu yang ada dalam menjalin hubungan dengan anak.

â€Å“Selalunya apabila anak melakukan kesalahan, penampar datang dulu. Sepatutnya, soal selidik dulu dan jika ternyata anak melakukan kesalahan, barulah dinasihat atau dihukum. Bapa sering berkata tidak tanpa memberi pilihan kepada anak,” katanya.

Gambar Hiasan

Katanya, mendidik anak memerlukan kesabaran, tetapi tidak dinafikan tuntutan serta tekanan hidup menyebabkan golongan bapa berhadapan masalah menahan sabar terutama ketika berhadapan kerenah anak yang kuat melawan serta tidak mahu mendengar kata.

Dr Sidek berkata, sikap kebanyakan bapa yang suka mengarah dan mengongkong anak secara berlebihan boleh mengeruhkan hubungan antara mereka dengan anak terutama anak remaja yang sedang meningkat dewasa.

Sebagai cara menjalin hubungan baik dengan anak remaja, bapa hendaklah bersikap ambil tahu dan pada masa sama memberi kebebasan kepada anak atas dasar kepercayaan. Bapa juga perlu bijak mendorong minat anak.

Perkara itu jika difahami kebaikannya dan dilaksanakan dengan bijak oleh bapa, bukan saja mampu menjalinkan hubungan mesra dengan anak, malah secara tidak langsung menerapkan disiplin dalam diri mereka.

â€Å“Anak hendak ke mana, minta beritahu. Bapa juga tanya jam berapa anak hendak balik. Sambil itu, kita minta anak sebaiknya balik sebelum Maghrib. Apabila anak lewat, jangan terus marah, tetapi tanya kenapa lewat.

â€Å“Mungkin ada masalah kesesakan atau hari hujan. Bapa perlu mengingatkan anak supaya lain kali jangan lewat. Jika setiap kali ia berlaku, anak akan sedar prihatinnya bapa. Rasa hormat juga akan wujud dalam diri anak.

â€Å“Bukan kata kita beri kebebasan melulu, tetapi kita beri kepercayaan. Bapa juga hendaklah melatih anak berjanji untuk pulang awal kerana dengan cara itu anak akan cuba menepati janji yang akhirnya lahirlah semangat disiplin dalam diri mereka,” katanya.

Beliau berkata, Islam menggariskan ciri bapa yang baik antaranya memiliki sikap pelindung, pengasih, penyayang, sebagai contoh teladan terbaik dan sumber rujukan kepada ahli keluarga serta mempunyai daya komunikasi tinggi.

Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Malaysia, Prof Madya Mohd Ali Hassan, berkata gejala sosial dapat dihindari jika bapa memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang sentiasa memastikan setiap ahli menerima hak serta melaksanakan tugas masing-masing.

Katanya, bapa juga perlu mengubah sikap mereka yang liat serta suka mengambil mudah keperluan menghadiri bengkel atau seminar membincangkan mengenai tanggungjawab ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran mereka merancang apa yang terbaik untuk keluarga.

â€Å“Jika ada seminar atau ceramah, ibu saja yang pergi. Oleh itu tidak hairanlah jika bapa gagal berperanan hingga keluarga menjadi pincang. Tiba masanya bapa menilai serta bermuhasabah diri demi kebaikan mereka serta keluarga,” katanya.

Beliau berkata, masih belum terlambat bagi bapa terutama golongan bapa muda memperbaiki diri dengan memberi perhatian kepada tiga aspek iaitu sikap, ilmu pengetahuan dan kemahiran komunikasi.

Kredit untuk : PastiJohor

Moral untuk aku : >> sebagai anak, menantu, rakan, sahabat, ayah, suami, teman, pelajar (kita boleh jadi siapa saja!)

Untuk merapatkan entri dengan Skill Mengorat dalam entri Mr Jinggo. Apabila lelaki pandai berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan (bahasa badan), ego kehebatan seorang 'lelaki' perlu diketepikan. Keadaan utama ialah, memastikan orang di sekeliling merasai dihargai. Pastinya ruang SELESA untuk orang di sekeliling kita akan wujud. Banyakkan bertanya, cungkil kehebatan orang sekeliling kita kerana ramai orang suka bercerita tentang KEHEBATAN diri masing-masing. Manfaatkan ruang itu...

Continue Reading...

Jan 5, 2009

Siapakah Qarin?

Sewaktu aku menjengah alam maya, aku berbual dgn sahabat maya aku. Satu topik ke satu topik. Akhirnya tiba di satu topik yg memang menarik dan terjawab persoalan dalam benak aku.

1. Mengapa hati kita menjadi keras?
2. Sahabat @ pendamping?

Akhirnya, aku mencari tentang ini... Tentunya ada pembaca yang telah sedia mengetahuinya. Tapi aku, memanglah ini kali pertama aku meengetahuinya.... alhamdulillah!

********************************************
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Gambar Hiasan

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Petikan ini diambil tanpa edit daripada blog ini.

Bacaan tambahan : di sini.

Continue Reading...

Jan 3, 2009

Hamster, hobi baru

"Ayah, Amir tengok gambar hamster kat internet, cantik la..."

"Apa yang cantiknya pada hamster tu?" tanya aku.

"Bulu dia cantik la... hamster boleh 'up' kaki dia kat atas la ayahhh. Jom beli ayah?" balasnya lagi.

Aku belum punya masa senggang. Aku, Amir dan Amirul dah singgah kat kedai hamster lepas sembahyang Jumaat baru-baru ni.

***************
Hari ni, aku tak ke kuliah. Sejak pagi, bebudak tu asyik menyebut hamster je. Bebudak tu memang boring jika minta sesuatu drp aku. Aku pulak jenis suka menyakat. Banyak perkara dan janji yang diaorang perlu laksanakan jika nak juga hamster tu. Aku bukan mudah nak memberi sesuatu pada anak-anak. Selagi aku tak puashati dengan jawapan diaorang, kompom tak dapat.



"Buat apa nak beli 3 ekor hamster? Apa kata kalau beli sekor je dulu. Jaga hamster tu sama-sama. Kalau dapat jaga baik-baik, baru tambah hamster lagi. Ok?" kata aku.

"Ok, ok, ok..." balas diaorang.

Aku tau, bila diaorang dah setuju, kompom diaorang kena belit dengan aku. Minda diaorang dah set, apa cara pun mesti dapatkan hamster. Hati tengah membuak-buak hendakkan hamster, apa jua syarat pun akan diikuti.. Itu proses biasa untuk minda manusia.

"Ermmm... apa kata, setiap orang kumpulkan RM15.00. Kita dah ada RM45.00. Kalau tak cukup, ayah tambahkan. Kalau setuju, baru boleh dapat hamster..."

"Banyaknya nak kena bagi duit...hamster kan RM10.00 jer" balas Amir.

"Takkan kita nak beli hamster jer... Sangkarnya macam mana? Tempat airnya macam mana? Habuk kayunya macam mana? Makanannya macam mana? Boleh kan sorang kumpulkan Rm15.00?. Bincang dulu 3 beradik..." balas aku lagi...

Aku peratikan. Kakak dan Amirul sanggup...yang penting dapat! Si Amirnya duit tak cukup. Dok membodek kakak dan abangnya, Amirul. Pandai-pandai le korang. Last sekali, ketiga-tiga anak aku lari masuk bilik diaorang.

"Ok, la ayah... kami dah ada duit. Jom la pi beli hamster" kata si kakak.

Aku sengih..selamat duit aku! Hahahhaha.


"Jom, jangan buat-buat lupa pulak bawa duit!" kata aku. Aku capai kunci kancil hitam.

**************
Aku pilih hamster betina. Aku minta tokey tu cari yang dah nak beranak. Nanti boleh ada banyak hamster dalam tempuh 2 minggu lagi...Boleh beli sangkar yang besar pulak! Hehehheh.

**********************

Diaorang dok berpakat-pakat untuk pilih nama yang sesuai...macam-macam cadangan yang timbul. Aku pun naik tergelak dengan nama-nama yang diaorang dok sok-sek.... Aku tunggu je..apa nama hamster tu. Hehehhe

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template