Aug 28, 2009

Pakaikan susuk : Projek cuti sekolah

Seminggu cuti sekolah. Anak-anak berteleku di rumah. Bulan-bulan posa, nak merayau-rayau mmg tak best. Siang hari diisi dengan projek susuk. Menambahkan kelawaan kat tempat yang menarik agar kelihatan lebih menarik.

Asalnya memang lawa dan cun...lama-kelamaan pastinya lusuh dan berkarat. Walau hanya nampak berkarat dan lusuh, seluruh body dipakaikan susuk. Moga-moga satu body akan kelihatan lebih menawan dan menarik.

Modal susuk, takla mahal mana. Sekitar RM30 ja untuk 2 body. Memang menguntungkan dengan modal yang murah, 2 body kelihatan menarik dan menawan. Boleh tukar rupa wajah tetapi bentuk fizikal body still sama. Kira ok la tu.

****************
Alatan susuk:

Hari Jumaat lepas, bahan-bahan untuk susuk sudah dibeli. 5 tin kesemuanya. Silver 1 tin (undercoat), Black Flat 1 tin (handle), Candy Blue (kegemaran body Amir), Candy Green (kegemaran body Amirul), laker 1 tin utk bilasan kilat, kertas pasir halus 2 keping, segenggam sabun basuh baju (cilok kat sebelah mesin basuh mem besor), alatan spanar yang tersedia ada.

****************
Pemakaian susuk:

Memulakan susuk untuk body basikal Amir. Warna purple yang dah lama ditukarkan kepada biru kegemarannya. Satu persatu skru yang melekat dibody basikalnya dilondehkan. Amir dan Amirul berpakat-pakat. Ayahnya tukang tengok.... tukang gelak. Klu yang dibagi, buka skru..ikut lawan jam. Dua beradik tu kena lalui dan rasa sendiri.

Ayahnya dulu dapat pegalaman tu dengan pemerhatian dan buat sendiri. Ingat lagi semasa nakal-nakal zaman main basikal. Bila petang ja, akan berteleku di kedai basikal di pekan. Perhatikan dan layan sembang ngan apek di kedai basikal yang sedang membetulkan segala macam jenis kerosakan pada basikal pelanggannya.

Macam-macam rupa basikal ayahnya di zaman nakal. Dah tak macam rupa basikal asal. Kepuasan meneroka apa yang diingini. Rupa bentuk diubah suai. Tayar pecah ditampal sendiri, bahagian yang longgar - diketatkan sendiri. Duit tak cukup, hulug ja tangan wapun kena marah. Tu dia.....

Amir : Biru yang menawan

Amirul : Kuning yang bertukar HIJAU (masih proses mengecat)
Ko kena buat sendiri banggg.. ehhehe
Knapa ko mengecat guna fullface ayah?

Pastinya, sekolah dibuka nanti, Amirul dan Amir menggunakan basikal yang dipasang susuk. Hehehhehe.



7 Coretan Lain:

sonata anak kancil on 8/28/2009 6:51 AM said...

Salam ramadhan - Itulah namanya ilmu Kemahiran Hidup! Kalau buat sendiri memanglah boleh memahirkan diri...

Che' Pit on 8/28/2009 8:58 AM said...

salamz
betul kata sonata tu.. dulu kecik2 selalu buat sdri.. belajar kemahiran hidup.. tapi dah besar2 ni, malas nye menjadi2.. kalau boleh semua nak hantar kedai repair.. kalau depa leh dtg servis atau buat2 keje kat rumah lagi bagus.. tapi mahal le pulak nak kena bayar..

DUN Behrang 2020 on 8/28/2009 9:27 AM said...

Ingat susuk ape td...mana tau kot nk bagi lagi ganteng...! Nak cari 'susuk' gak la...tp nk pasang kat ne ek?

azlanlin on 8/29/2009 8:46 PM said...

To Sonata:

Sekadar buat apa yang tahu. Untuk nak uji apa yang tahu, memang kena buat sendiri. Itulah Ilmu Kemahiran Hidup.. :)

azlanlin on 8/29/2009 8:48 PM said...

To Che Pit:

Mana-mana pun boleh sama ada buat sendiri atau upah orang buatkan. Yang penting ialah tercapai apa yang diingini. Kan?

azlanlin on 8/29/2009 8:50 PM said...

To DUN:

Sekadar malayan anak pasang susuk. Susuk ikut warna kegemaran mereka. Hijau dan biru. Apa jua pembaharuan untuk lebih molek dipandang, susuk le dinamakan. Boleh ke gitu?

Che' Pit on 8/29/2009 9:49 PM said...

salam tuan rumah,

hmm mcm kurang setuju.. mmg le susuk untuk lebih molek di pandang tapi kita pun tahu susuk bawa kesan negatif.. tapi penambah baikan yg ni bawa kepada kebaikan.. satu kontra..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template