Jun 27, 2009

Bagaimana menghadapi pergeseran...

Konflik atau pertelingkahan sering berlaku dalam sesebuah hubungan. Puncanya ialah berlakunya komunikasi yang kurang berkesan. Terdapat beberapa gangguan komunikasi seperti pemahaman makna sesuatu maklumat yang berbeza, cara dan kaedah menyampaikan maklumat, penggunaan bahasa dan nada yang berbeza antara keduanya dan beberapa punca lain dalam komunikasi.

Selain itu, kedapatan juga tentang perbezaan pendapat dalam sesuatu isu. Jika masing-masing terus dengan pendapat tersendiri akhirnya pergeseran akan berlaku. Tambahan pula, rakan kita yang gemar menitik beratkan abahwa pendapatnya sahaja yang betul, pastinya menjadi masalah. Lebih rencam adalah rakan kita sukar menerima pendapat dan pandangan. Ketika inilah menguji persahabat yang terjalin.

Perasaan memendam dan sukar melupakan pergeseran akan merobek tali persahabatan itu. Akhirnya, siapa yang akan memulakan mohon maaf... Keadaan akan lebih parah sekiranya, masing-masing mula memikirkan apakah kepentingannya persahabatan itu terjalin...

Marilah kita ikuti cerita yang dapat memberi sedikit pengajaran untuk difikirkan bersama. Ingatlah, jalinan talian persahabatan amat sukar dibentuk, tetapi untuk memutuskan jalinan tersebut akan berlaku walau hanya dengan beberapa perkataan sahaja..

Fikir-fikirkanlah...


************************

Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Mior dan Megat namanya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menampar Pipiku”

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkanlah oleh Mior.

Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menyelamatkan Nyawaku”

Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya , “Kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?”.

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar ‘angin kemaafaan’ akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas ‘batu hati’ kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.

Sahabat-sahabatku sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!

************************

Ketika situasi ini berlaku, mampukah kita mengawal emosi dan minda kita? Mampukah kita melupakan pergeseran yang berlaku? Wajarkah kita menempelak atau mengungkit-ungkit punca berlakunya pergeseran?

Bagi aku, menelan lebih lunak berbanding meluahkan. Menelan mampu melenyapkan apa yang berlaku. Malangnya berapa ramai antara kita yang mampu menelan? Cukup kuatkah anggota penghadaman kita? Adakah meluah adalah pilihan yang terbaik? Kita mungkin berasa lega setelah kita meluahkan tetapi mampukah rakan kita mendengarnya? Akhirnya, BACK TO BASIC...


Tentunya kita boleh berkongsi info dalam menghadapi situasi pergeseran sebegini... Silakan...

2 Coretan Lain:

DUN Behrang 2020 on 6/29/2009 2:10 PM said...

Sapa lak yg menggeser dan kena geser tu bro...apapun n3 yg menarik...leh guna!!!

azlanlin on 6/29/2009 10:57 PM said...

Dalam kehidupan, semua orang pernah dan sentiasa melalui situasi ini. Tak gitu?

Bergantung pada cara kita 'menelan' atau 'meluah'impak pergeseran itu. Jika menelan, takde sesiapa tahu. Jika meluah, orang keliling akan ketahui..

Itulah kita di antara kita..kan?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template