Apr 6, 2009

Tamat jurus pertama...

Dah tamat jurus pertama. Baru lepas mandi bunga. Berkompromi sudah, berlawan sudah, berperang pun sudah.Entah kebal ke idak aku pun tak tau. Kena tungu keputusannya nanti.

Ini bukan belajar silat ke belajar taekwando ke, taici ke. Ini kisah perjuangan semester pertama. Apa keputusannya aku pun tak tau lagi. Banyak juga cerita dan cerita ini. Yang pasti aku cuma akan ceritakan apa yang aku nak cerita jer....

Semester ni, aku cuma ambil 3 subjek. Kaedah Penyelidikan, Kepimpinan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (PSM). Hanya dua subjek ada peperiksaan iaitu Kaedah Penyelidikan dan Kepimpinan Pendidikan. Untuk PSM, tak ada peperiksaan. Aku cuma perlu sediakan folio iaitu menyediakan bahan bacaan untuk setiap topik yang dipelajari, then buatkan rekleksi sendiri berkaitan tajuk yang dipelajari dan dibaca. Ada 10 tajuk maka perlu dibuat 10 refleksi dan 1 tajuk penulisan ilmiah.

Bagi semester ini, bab membaca dan menulis aku tak kisah mungkin aku suka "menggoreng bawang" hingga naik semerbak baunya. Jadi kalau nak menulis secara kritis pun takpa, yang penting tak ada kira-mengira yang melibatkan nombor, kerana aku bukannya aliran matematik. Mem besor aku yerrr, memang orang matematik.

Bagi semester ini juga, aku dan mem besor tak sama kelas bagi subjek Kaedah Penyelidikan dan Kepimpinan Pendidikan. Masing-masing punya corak study mengikut stail pensyarah. Kami hanya sama kelas untuk PSM sahaja. Mem Besor tak ada peperiksaan untuk subjek Kaedah Penyelidikan dan PSM. Dia cuma bersedia untuk Kepimpinan Pendidikan.

Untuk itu, aku boring jugak untuk subjek Kaedah Penyelidikan kerana melibatkan nombor. Ada peperiksaan pulak tu. Aku plan sesuatu. Aku perlu arrangekan kumpulan perbincangan sebelum peperiksaan. Alhamdulillah, dapat susunkan dengan beberapa orang adik-adik dalam kelas aku yang teror apabila melibatkan nombor. Kami discuss di library dan aku arrangekan bilik yang special setelah berunding dengan staff di library. Setakat ni, takde student pun yang guna bilik itu kerana, bilik itu hanya akan digunakan oleh staff library sahaja. Itulah pentingnya kuasa kata-kata dalam sesuatu perundingan. Terima kasih adik-adik kerana sudi mengajor dan diskusi dengan abang tua yang tak berapa pandai melibatkan nombor...

Diskusi dengan adik-adik cun yang teror apabila melibatkan nombor, aku numpang tui je ler..
Terima kasih daun keladi, sem depan kita jumpa lagi?

Untuk peperiksaan, aku jawab semua soalan yang perlu dijawab. Tak mungkin aku tak jawab langsung. Itu prinsip aku. Cuma, aku tau bahawa pensyarah akan pening dengan skrip jawapan aku. Macam tu gamaknya semasa aku jadi cikgu dulu. Mungkin murid-murid aku juga berprinsip macam aku. Jawab tetap jawab. Biar cikgu yang menyemak saja yang penin menanda skrip jawapan tu. Mungkin jugak ek.... heheee... Hantam la labu.

Kaedah Penyelidikan, xm pada 03.04.09 (Isnin), 8.00 malam dan Kepimpinan Pendidikan pada 05.04.09 (Ahad), jam 9.00 pagi.

Setelah skrip jawapan dipungut....

Esok, aku akan arrangekan dengan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi berkaitan apa subjek yang perlu aku ambil bagi sem depan. Pastikan perjalanan jurus kedua akan berjalan dengan lancar. Dalam cuti semester ini juga aku akan bina hubungan 'mesra alam' dengan penyelia untuk tesis aku. Biasanya untuk semester 3, barulah tesis akan dimulakan. Aku target, aku akan mulakan sedikit-sedikit untuk sem 2. Bila tiba sem 3, aku dah boleh pecut. Sem 4, aku boleh relaks dan arrangekan tempat bertugas baru aku pulak... Apa-apa pun plan tetap tersemat di kepala...

12 Coretan Lain:

HBM Consultant on 4/06/2009 10:35 AM said...

Wah, sudah boleh tenang-tenangkan fikiran ya... Kami pelajar kedoktoran ni, lain pula kisahnya. Cuti semester, musim peperiksaan atau musim apa sekali pun, memang tidak terasa kerana kerja-kerja penyelidikan sentiasa berjalan tanpa henti. Tiba-tiba dapat surat untuk mendaftar semester baru nanti, barulah tersedar yang satu semester lagi telah berlalu pergi. Haru sungguh...

DUN Behrang 2020 on 4/06/2009 11:34 AM said...

Musykil gak aku nih...asyik dengan adik2 yg lawo je...sian kat abangs dan kakaks yg memerlukan pertolongan tu...ke mmg x de dah abangs dan kakaks kat situ? Jawab jgn tak jawab...!

azlanlin on 4/06/2009 2:12 PM said...

To Marni:

Begitu le untuk kedoktoran... semuanya perlu komitmen tersendiri untuk diri sendiri... untuk saya, beginilah seadanya..

azlanlin on 4/06/2009 2:15 PM said...

To DUN:

Memang gitu DUN, dikelilingi adik2 yang cun.. dema memang kena ajorkan aku yang agak lembab ni..hehehhe. Mungkin juga buat2 lembab, dema akan tolong aku? Mungkin jugak ek... Untuk kelas Kaedah Penyelidikan, aku join dengan adik2 yang cun..fulltime, gitu le seadanya...

Kakaks dan abng2 dalam kelas aku semuanya teror2..dema taknak ajor aku yang lambab niii...huhuhu

Ko bila nak join, alang2 udah dekat ngan UPSI..rugi woooo..masa terus berjalan broooo...umur makin lanjut!!!

DUN Behrang 2020 on 4/06/2009 3:29 PM said...

Tunggu je aku kat pintu UPSI tu...hehehe!

azlanlin on 4/06/2009 4:59 PM said...

Aku boleh tunggu hingga akhir 2010 jer... Tempoh itu je yang aku tungguuuuuu.. lambat, kena tinggal bro..

DUN Behrang 2020 on 4/07/2009 1:33 PM said...

Tak pe la..kalo ko x leh tunggu...nanti ko bilang sama itu adiks2 cun...ajor aku lak...tiba2 rasa cam lembab skit lak...sikit je!Memori makin rendah...2 X 7 pun jenuh nk dpt jawapan...hehehehe!

azlanlin on 4/07/2009 7:58 PM said...

To DUN:

Sharing is caring... tak salah untuk membuka ruang utnuk orang sharing ngan kita ek? Hehehhe

Jie on 4/08/2009 6:00 AM said...

alhamdulillah..... dah kemas kuda² tu ...bolehlah "dicabar" lagi...:)

jane on 4/10/2009 6:54 PM said...

salam cikgu,

amik kos apa ya ?

azlanlin on 4/10/2009 8:53 PM said...

To Kujie:

Kuda-kuda udah diperkemaskan untuk sem 1. Naik sem2, kuda-kuda kena perkemaskan semula. Maklum le, terungkai bila berehat mengandung hampir 2 bulan

azlanlin on 4/10/2009 8:54 PM said...

To JaneLabu:

amik course pengurusan pendidikan. Lari jauh drp "apa yg ada di kepala" sebelum ni. Cuma berbekalkan pengalaman dan pembacaan jer.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template