Apr 30, 2009

Mampukah aku mengubah dunia...?

Jom kita mengubah dunia. Dunia di alam maya. Apa-apa pun terpulang pada kita untuk mengubahnya atau tidak. Kini, aku sedang berusaha untuk mengubah dunia maya aku dari blogspot ke azlanlin.com. Minggu lepas, aku berjumpa dengan seorang sifoo. Dia sarankan untuk aku membeli hosting / webserver, jika aku berhasrat untuk mengubah dunia aku.

Sebenarnya, amat mudah untuk membeli hosting sendiri. Sebelum ini, tak pernah aku pedulikan langsung tatacara pembeliannya. Aku beli di Internet-Webhosting milik anak muda melayu berpusat di Selangor. RM120 jumlahnya iaitu RM80 untuk hosting dan RM40 untuk nama yang dipilih.

Perinciannya seperti di bawah:

Surfers Std Hosting Plan : RM 80/Year

(US$22.4/Year)

  • 10 GB of webspace

  • 50 GB of monthly bandwidth


Specification Summary :

  • Cpanel Hosting Control Panel

    (LINUX Platform Only)

  • PLESK 8.6 For Windows

    (Windows Platform Only)

  • Support Up to 15 Add-On Domain (Linux Platform Only)

  • Unlimited Subdomain

  • Unlimited Email Aliases

  • Unlimited MYSQL Databases

  • Unlimited MSSQL Databases (Windows Platform Only)

  • Unlimited MS Access Databases (Windows Platform Only)

  • All our features, and

  • All our guarantees


Apabila mendapat username dan password, aku cuba buka dan godak. Waduuuhhh, tak nampak jalan langsung!! Aku try cari maklumat di Youtube dan forum-forum yang berkaitan. Aku tak tahan. Aku perlu berguru semula dengan sifoo.

Cikgu Mahfuz di bilik ICT SMKA Slim River

Hari ini, aku pelajari yang asas saja untuk mengenali view template joomla. Aku akan godak lagi, insyallah...azlanlin.com. Ini baru permulaan.. Aku sendiri nak lihat, tahap mana yang aku mampu mengubah dunia aku sendiri. Sebenarnya, aku ada motif untuk 2-3 tahun daripada sekarang. Insyallah. Aku ada tempoh masa untuk itu.....



8 Coretan Lain:

TokNabe on 4/30/2009 8:59 PM said...

orait ler untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik dan yang baru. Itu baru dinamakan transformasi...

aku pun tengah mendalami ilmu joomla ni.

faizahrazaly on 5/01/2009 12:44 AM said...

joomla is a bit hard to set up..

kenapa x cube install wordpress di hosting...

senang digunakan...

internet-webhosting service nye bagus juga...cume kadang2 agak lambat sket...

azlanlin on 5/01/2009 11:15 AM said...

To TokNabe:

Transformasi kalu dengan tak nampak jalan..jenuh jugak tu. Lambat juga nak buat tranformasi tu ek...nanti bleh kita kongsi2...

azlanlin on 5/01/2009 11:16 AM said...

To Melankoli:

Klau guna wordpress, belum dicuba. Udah install ttp stakat ni lebih gemar dgn blogspot...insyallah, akan ke situ jugak...

Tirana on 5/02/2009 4:55 AM said...

Tahniah cikgu Azlan..dah melangkah setapak lagi dalam dunia cyber ini...Teruskan..semoga berjaya!

Miss Jaz on 5/02/2009 8:21 AM said...

salam.ok ler tue..nak mengubah dunia ek...baguih2...jue nie bukan faham sgt ngan benda2 nie..nanti dah faham bagitau jue ek...bleh jadi sifoo jue plak ek...he..he..

azlanlin on 5/03/2009 11:00 AM said...

To Tirana:

Terima kasih. Setakat ni, langkahan agak slow...hehhe.

azlanlin on 5/03/2009 11:01 AM said...

To Miss Jaz:

Tengah dok godak-godak. Setakat ni, masih macam tikus membaiki labu...hehhehe. Silap2 haribulan, labu tu boleh dibuat seghawa.. Heheh

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template