Apr 17, 2009

Garam dan laut?

Setiap kali aku onkan laptop putih aku ni, software dewan eja pro akan diaktifkan secara automatik. Yang menariknya, akan muncul satu peribahasa baru yang tak pernah aku baca sebelum ini pada paparan dewan eja pro. Menarik software tu!! Tambahan pula untuk aku sebagai seorang pelajar akhir remaja tua. Sesuai banget dong...

Hari ni, bukannya aku nak ceritakan tentang software tu tetapi tentang peribahasa yang dipaparkan melalui software tu.

Peribahasa :
" Bagai mencurah garam ke dalam laut"

Maksud:
:: berbudi kepada orang kaya ::

Jika dilihat pada maksudnya, kita lebih menjuruskan minda kita pada perbuatan membantu pada orang yang kaya. Hasilnya bantuan yang diberikan akan dilihat sebagai tidak menambah apa yang tiada dan tidak mengurangkan apa yang ada.

gambar hiasan

Mari kita tengok pada sudut lain iaitu orang yang kaya banyak cakap. Kelompok yang banyak cakap ini meminta pandangan kita tentang sesuatu isu yang menimpanya? Pernahkah terjadi pada diri kita... seseorang yang banyak cakap meminta pandangan kita?

Kita berkemungkinan cuba memberi pandangan dari sudut pandangan kita sendiri berdasarkan pengalaman atau pembacaan kita berkaitan isu itu. Malangnya orang yang meminta pandangan, terus memberi seribu alasan kerana tidak cuba mendengar dan menganalisis apa yang diperkatakan. Untuk itu, apa gunanya meminta pandangan...

Jika itu keadaannya, mungkin juga ada baiknya kita perkatakan, "buat le apa yang ko dah buat..betul le dah tu...". "teruskan..." Mungkin itu ayat yang cuba nak didengar untuk menyokongnya..

Oleh itu, sewajarnya cubalah untuk ... mendengar, memahami dan menapis (3M)... bukannya mendengar dan menepis (2M)... ermmm. Kedua-dua konsep ini sangat berbeza. Mungkin juga aku jenis mendengar, memahami dan menapis.. tentunya tak berapa selesa dengan kelompok yang mendengar dan menepis.

Konsep 3M dan 2M seharusnya diguna pakai mengikut situasi-situasi yang berbeza. Malangnya jika konsep 2M je yang jadi pegangan, membuatkan orang sukar dan malas untuk memberi pandangan.. Jika konsep 2M jadi amalan dalam komunikasi, rugi loooo.. tentunya, tak dapat sedut ilmu yang ada pada orang lain kerana sifat dan sikap 2M itu...

Boleh ke konsep 'tidak menerima pandangan' itu dikaitkan dengan 'bagai mencurahkan garam ke laut?". Hahhaha.. saja nak akit-mengait, kut-kut terkait di akhirnya... Anda yang tentukan!!!



5 Coretan Lain:

ckLah @xiiinam on 4/17/2009 9:07 PM said...

Bro…
Aku pendengar yang baik….
Sungguh!!!
Sila percaya…
Muehehehe…

Aku selalu cuba memberi pandangan kepada sebuah..eh…seekor...eh...serawan...eh...seorang mangkuk tu…
Tapi acapkali, sebelum aku habiskan ayat aku…
Dia sudah menangkis….begai peluru motar…

“I know…I know…!”
Jadi aku terpaksa lencongkan ayat aku yang tak habis tu…

“Errr..you know you do laaaaa!!!”

Cit….Piiiiiiirah!!!

azlanlin on 4/17/2009 9:51 PM said...

Best pengalaman tu ek...cuba le ko buatkan satu entri khas tentang itu. Mesti byk warna-warni dlm entri yang macam tu... aku tunggu tau. Rasa macam tak sabor le pulak... Buatkan ek...Aku tau, mesti best cerita ko..

juleehana on 4/17/2009 11:38 PM said...

Woit..tak aci tau!

Kadang-kadang hanya kita rasa kita menggunakan 3M (kemungkinan ketika itu apa yang berlaku ialah Menunjuk, Mengarah, Membetulkan)

Dan tindakbalas yang dapat ialah 2M (Mendengar dan Menempis) sebab kita selalunya hanya mendengar apa yang kita nak dengar. Apa yang kita kurang suka kita amalkan 1M (Memekakkan Telinga)...

Jadi kalau kita rasa kita bagus...pasti ada yang lebih bagus dan kalau kita rasa kita kurang bagus....pasti ada yang kurang lagi pada yang kita kurang tu...

Bro...fikir sendiri le...

Kalau ada orang yang nak bertindak balas pendapat dengan kita, bukan kah itu petunjuk yang dia mendengar...atau kita nak orang tu buntang mata...besar telinga menjadi pendengar yang sememangnya PEKAK????

sonata anak kancil on 4/17/2009 11:38 PM said...

saya guna 3M. 2M (bila murid cakap ada yang tak betul)

Jie on 4/22/2009 8:27 PM said...

kadang dia hanya ingin meluahkan perasaan bukan untuk mendapatkan pendapat kerana dia memang akan berdiri teguh dengan pendapatnya tersendiri walaupun ternyata salah.

Dia hanya ingin 'sokongan' pendapat

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template