Mar 20, 2009

Mental dan emosi beriringan dengan pengalaman

Aku suka dengan statement-statement Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam menghadapi kemelut yang berlaku di saat-saat akhir untuk pemilihan jawatan di Perhimpunan Agung UMNO.

************************************

'Tidak ada konspirasi untuk jatuhkan saya'

KUALA LUMPUR 19 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tidak ada konspirasi dalam UMNO untuk menjatuhkan beliau.

"UMNO adalah parti yang bersih dan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Majlis Bandaraya Melaka dengan AmInvestment Bank Bhd. untuk cadangan menerbitkan RM100 juta sekuriti hutang Islam untuk Majlis Bandaraya Melaka.

Mohd. Ali berkata, bahawa beliau telah membuat rayuan berhubung keputusan Lembaga Disiplin itu.

Mengenai satu cadangan bahawa beliau boleh meminta Pendaftar Pertubuhan menghalang pemilihan UMNO dijalankan jika tindakan terhadapnya itu tidak sah, Mohd. Ali berkata, beliau hanya ingin bertindak melalui saluran parti.

Mengenai cadangan sesetengah pihak yang mahu membawa usul supaya Lembaga Disiplin UMNO dimansuhkan kerana ada badan lain yang boleh melakukan fungsi yang sama, Mohd. Ali berkata: "Kita telah tubuhkan dan kita menghormati lembaga yang kita telah tubuhkan."

Beliau meminta supaya semua penyokongnya bertenang dan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini seperti biasa.

Kepada soalan mengenai siapa yang akan disokongnya untuk jawatan Timbalan Presiden, Mohd. Ali berkata, itu terpulang kepada perwakilan.

"Penyokong saya pun bebas memilih siapa yang mereka fikir paling layak," katanya.

Mohd. Ali berkata, beliau telah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. - Bernama

Sumber : UM Online

*************************

Apabila dilihat dan direnung, Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat bijak berpolitik. Pengalaman sekeliling cukup mengajarnya dalam meneruskan arena politiknya. Bijaknya menyusun tutur kata dalam menghadapi kemelut di luarjangka yang berlaku apabila masanya hampir tiba untuk pemilihan jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO mulai 24hb hinga 28 Mac nanti.

Bagaimana beliau mengawal emosinya tanpa melatah dalam menghadapi kemelut yang berlaku. Senyum sentiasa di bibirnya. Lihatlah cara beliau menjawab soalan-soalan berbentuk provokasi tentang kesalahan yang perlu beliau tangani. Baginya, alur yang dilalui harus diteruskan. Dalam pada menyusur alur itu, tentunya ada banir-banir dalam alur itu untuk beliau berpaut dan memapah.

Kita dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku jika beliau melatah dan keluar daripada alur yang beliau lalui selama ini. Tentunya beliau akan terkeluar dan terkuak daripada gelombang alur yag diciptakan. Bukan mudah untuk menghadapi saat-saat genting seperti ini. Semuanya bergantung kepada emosi dan mental serta pengalaman beliau sepanjang beliau berkhidmat dan berjunag dalam parti keramat bernama UMNO.

Apa komen anda?

1 Coretan Lain:

HBM Consultant on 3/20/2009 12:49 PM said...

Satu contoh pengurusan emosi yang bijak dalam kemahiran intrapersonal. Mungkin.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template