Mar 4, 2009

Lancarnya kata-kata

Pernyataan 1:
"According to recent researches, women speak three times more than men. A woman says about 20 thousand words per day, what is 13 thousands more, than a man does. Women also speak much quicker, than men, spend more forces on gossips and receive pleasure from their own voice. "

Pernyataan 2 :

“Women treat the world in a different way, than men. If women pay more attention to these differences, it will be easier for them to make any important decisions in their life”, - scientists note.

Cukup menarik pernyataan di atas. Keadaan ini menjadi lumrah dan diterimapakai oleh semua orang. Hakikatnya, berapa ramaikah di kalangan kita memahami akan situasi ini? Kebiasaannya, lebih ramai di kalangan yang mengkehendaki orang disekeliling kita menjadi pendengar yang baik.

Gambar Hiasan
Cool vs Cool

Gambar Hiasan
High timing vs Cool (mengiyakan)

Pernahkah terlintas di minda kita bahawa ada perbezaan di antara wanita dan lelaki dalam menyampaikan dan menerima maklumat? Di pihak wanita lebih mudah menyebut apa sahaja yang terlintas di benak fikirannya waima maklumat itu hanya sebesar zarah dan seringan kapas. Bagi mereka maklumat-maklumat yang disampaikan adalah sangat penting, berkepentingan dan saling berkaitan antara satu maklumat dan maklumat yang lainnya seiring dengan pernyataan 2. Inilah anugerah tidak ternilai yang diberikan untuk wanita. Itu kelebihan mereka. Usah dilihat sebagai mengomel atau merungut atau melempiaskan emosi mereka.

Keadaan ini berbeza dengan lelaki. Lelaki lebih banyak mendengar dan merangsang wanita untuk terus memperkatakan apa yang terlintas. Lelaki lebih tahu untuk memperkelaskan satu-persatu maklumat yang diterima tanpa membuat satu generalisasi umum terhadap sesuatu isu yang didengarinya. Lelaki lebih banyak merangsang perbualan dengan soalan-soalan yang kekadangnya seperti tidak tahu apa-apa. Keadaan ini membuatkan wanita lebih selesa untuk berkata-kata tanpa menyedari tentang impak setelah berkata-kata. Di kala ini, lelaki yang kurang mahir teknik berkomunikasi akan gagal mengawal kemaraan hamburan kata-kata wanita, akan terpukul dnegan kata-kata wanita. Hehehhehe.

Kedua watak lelaki dan wanita yang dijelaskan seperti di atas adalah selari dengan pernyataan 1. Bagaimana pula jika sebaliknya... apakah yang harus dilakukan?

Apakah yang akan berlaku jika.....:

Situasi 1:

Lelaki yang bercakap banyak dengan penuh emosi yang tidak terkawal dengan wanita banyak mendengar tanpa mengkelaskan salah atau benar...

Situasi 2:

Lelaki yang bercakap banyak dengan penuh emosi yang tidak terkawal dengan wanita yang sama "naik" peelnya?

Situasi 3:

Lelaki yang cool dengan wanita yang "tinggi timingnya"?

Situasi 4:

Lelaki yang cool dan wanita yang cool?

Apa pandangan anda tentang 4 situasi yang diberikan? Cuba coretkan pengalaman seharian anda berkaitan situasi-situasi di atas. Tentulah kita pernah alaminya.... Meh kita lihat dan renungi pengalaman masing-masing...

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template