Mar 30, 2009

Kompiden yang terover...

Pepagi ni, aku merayau-rayau ke blog kengkawan.. Aku terbaca yang isu penyakit orang yang terlebih konfiden di sini. Terover confident le tu. Aku copy n paste je.. Syiok bila dibaca dan direnungi. Kita memang perlu cool dalam banyak keadaan. Ini mempamerkan tentang bagaimana kita menelusuri sesuatu isu yang membelenggu dalam perjalanan seharian kita.

************************

Usahlah berlagak seolah-olah tahu semua perkara. Kelak nanti orang akan perasan yang kita buat-buat tahu walhal kita sebenarnya tak tahu. Orang sekarang bijak-bijak belaka. Sebelum Anda terkena, baik sedar. Jika Anda tak tahu, lebih baik cakap tak tahu dari buat-buat tahu. Nanti bila dah terkena, malu!.

Silap kebanyakan orang yang konpiden adalah terlalu banyak bercakap. Kekadang orang lain sedang bercakap, dia tetiba mencelah pastu dia nak orang lain dengar cakap dia, pendapat dia, idea dia. Mana leh camtu. Kena respek orang juga, tak leh main hentam masuk begitu saja.

Gambar Hiasan

Penyakit orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan over-confident. Hati-hati. Anda dah tahu, dalam usaha mengejar kecemerlangan, kita kena konpiden, yakin boleh buat dan ada ‘feel’ yang Anda boleh buat. Tapi jangan sampai terlebih pulak, hinggakan Anda melakukan kesilapan hingga terlepas segala-galanya sebab dah terlalu yakin. Pasal apa leh silap?

Over konpidenlah tu.

Macam memandu jugak. Kekadang ada orang memandu laju, entah hape yang dikejornye. Statistik kemalangan terkini menujukan, pemandu yang kerap mengalami kemalangan adalah pemandu yang memandu dengan laju. Ni serupa dengan over konpiden la ni. Silap sikit, habis nyawa melayang.

Dalam hidup kita tidak boleh terlalu kelam kabut. Sesetengah situasi, memang kelam kabut itu perlu. Tapi sikap berkelam kabut jangan selalu dipakai untuk semua situasi dalam hidup kita sehari-hari. Kelak nanti merana sendiri. Memandu ke, berjalan ke, buat kerja ke, memasak ke, bercakap ke, tak yah kelam kabut. Biar tenang.

************************************
Komen aku:

Jika kita perhatikan di sekeliling kita semasa perbualan dengan rakan-rakan. Tentunya situasi ini berlaku. Setelah kita baca dan renungi... Ramai di sekeliling kita yang jarang berminat menjadi pendengar akan sesuatu cerita. Ramai juga yang nak bercerita apabila ada cerita yang diceritakan. Kekadang tu, cerita yang diceritakan boleh jadi sampai menyampah nak dengar...dalam hati berkata, macam bagussss jer.. Malangnya, bila dikorek tentang cerita sebenar...ermmm, rengus dalam hati. Pernah berlaku?

Di manakah kita?

4 Coretan Lain:

suara on 3/30/2009 2:14 PM said...

Salam cikgu...
Moga kita dijauhkan dari penyakit riak dan over confident ni...

Mak Su on 3/30/2009 5:43 PM said...

alamak.. semoga saya tidaklah termasuk dalam golongan yang annoying cenggitu, nauzubillah. hidup di dunia hanya sementara, kalau boleh nak kasik semua orang hepi-hepi jer, tak mo hot-hot.

azlanlin on 3/31/2009 12:19 AM said...

To Suara n MakSu:

Moga-moga kita dilindungi daripada keadaan dan situasi itu. Kita lebih mengenali diri kita berkaitan cara dan kaedah kita...Insyallah..

Orang suka atau tidak pada kita, itu perkara kedua....sebab tak semuanya orang suka pada kita...kan?

Princess Sahara on 4/16/2009 12:32 PM said...

salam...
adeii...napa la ada org yg boleh idup dlm dunia mcm ni..
pelik tp benar...mm ada...yg jelas skg..
member sekeja aku nie pun...ada yg mcm ni...adoii!! yg plg x bess..dia anggp diri dia jak yg ebat n btul...tu x kesah lg...masalahnya..dia suka pndg remeh n memeperlekehkan pnpdt org...tu yg x bess!!
harap2 di jauhkan dr pnyakit mcm ni...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template