Jan 5, 2009

Siapakah Qarin?

Sewaktu aku menjengah alam maya, aku berbual dgn sahabat maya aku. Satu topik ke satu topik. Akhirnya tiba di satu topik yg memang menarik dan terjawab persoalan dalam benak aku.

1. Mengapa hati kita menjadi keras?
2. Sahabat @ pendamping?

Akhirnya, aku mencari tentang ini... Tentunya ada pembaca yang telah sedia mengetahuinya. Tapi aku, memanglah ini kali pertama aku meengetahuinya.... alhamdulillah!

********************************************
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Gambar Hiasan

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Petikan ini diambil tanpa edit daripada blog ini.

Bacaan tambahan : di sini.

8 Coretan Lain:

~PakKaramu~ on 1/06/2009 1:34 AM said...

Qarin tak lah teruk sangat macam tu

suara on 1/06/2009 1:35 PM said...

PakKaramu...
Qarin tak teruk kalau kita yang menguasai dia dan bukan dia yang menguasai kita.

So, pilihlah, siapa yg nak kuasai siapa. :)

Mak Su on 1/06/2009 2:43 PM said...

terima kasih lan, ngeri tengok gambar tu :D

anyway, saya pun tahu je tentang qarin ni, alah, biasa ler, dengar2 cerita dari orang lain juga. dan, saya ni tak leh leka dari baca quran ker hapa ker, controlling measure gitewww

Abang Long on 1/07/2009 9:21 AM said...

Iktibar: Sentiasa ingat dan berzikir memuji Allah.

azlanlin on 1/07/2009 11:27 AM said...

To PakKaramu:

Photo Qarin sekadar hiasan.. Teruk atau tidak bergantung pada diri kita menanganinya... Dlm psikologi barat menyatakan seolah-olah konsep Qarin itu seperti pengaruh minda bawah sedar kita dlm melaksanakan sesuatu... Itu pandangan saya terhadap apa yang dikaitkan.. wallahualam

azlanlin on 1/07/2009 11:28 AM said...

To Suara:

Ada kaitan ke dengan motto blog saya?

>> Jadilah TUAN pada minda dan diri sendiri... ada kaitan ke Suara?

azlanlin on 1/07/2009 11:29 AM said...

To MakSu :

Kekadang memang selalu kita kata 'kena ingat selalu', tetapi ingat dan laksanakah kita terhadap apa yang kita rancang dan fikirkan?

azlanlin on 1/07/2009 11:31 AM said...

To Abang Long:

Selalunya mmg kita sentiasa mengambil iktibar ttg sesuatu tetapi sejauh manakah kita melaksanakan iktibar yang kita perolehi itu? Saya juga masih dan sentiasa belajar untuk ke arah itu... wallahualam..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template