Jan 25, 2009

21 Tips Memenangi Hati Lelaki

Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.



1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.

2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.

3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana.

4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.

5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.

6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.

7- Menghormati perasaan orang lain.

8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik.

9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.

10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.

11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya mempunyai pengetahuan yang luas.

13- Pandai mengambil hati orang tua.

14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.

15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.

16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.

17- Jangan suka merengek..

18- Jangan suka mengarah lelaki.

19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak berniat untuk berbuat begitu.

20- Biarkan pasangan membayar bila dia mahu berbuat begitu kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.

21- Jangan ketawa mengilai-gilai.

7 Coretan Lain:

echah_syed on 1/25/2009 8:51 PM said...

11. aku sedang mencari alternatif bro supaya nmpk mcm 50% kur & 50% gem..ekeke :p

mcm lagu dangdut "yg sedang2 saja"


15. ehhh lelaki skrg suke brg kemas sbb bole ngendeng sekaki.. :D

emas mahal ooooo..


20. yg ini aku suke..save duit aku :p


21. aku ketawa bole tahan..tp bkn mengilai tau.. :p

sonata anak kancil on 1/25/2009 9:03 PM said...

14. Ini saya pun tak suka, kekadang tgk budak2 pompuan kat sekolah / kat luar buat begini.

15. Ye ke? klu saya ada banyak pun, saya tak tunjuk, nanti dia kata saya kaya!


20. Zaman skg rasanya tak jadi hal, kekadang hubby suruh bayar.

21. Ini memang tak buat la, nak kena hampuk???

BEiB on 1/26/2009 9:44 PM said...

Dimana dan macamana nak praktikkan tanpa diketahui oleh sediada? hehehe

ita.itu on 1/28/2009 12:18 AM said...

jaga hati lelaki je ke? hati pompuan cane lak..hehe

Mak Su on 1/29/2009 4:49 PM said...

ilmu ni kena belajar selalu, utk kerukunan rumahtangga :)

Miss Jaz on 1/29/2009 7:14 PM said...

salam..yer ker nie...??he..he..thanks atas perkongsian ini..tps yg amat berguna...

Jie on 2/02/2009 6:03 PM said...

kena praktik berduet...tak boleh secara solo

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template