Nov 26, 2008

Projek lagi..

Kereta projek memang lambat siapnya. Kena ada masa lapang dan lengang. Juga aktivitinya agak rencam. Tak boleh nak nyambil-nyambil. Bodek demi bodek mcm dah hampir nak berjaya. Kena masuk lagi gamaknya supaya geran bertukar tangan. Selagi geran belum bertukar tangan, belum boleh ngaku lagi.

Kereta Projek 1 : (Mini Cooper)

Mini Cooper ni macam dah nak sampai ke tahap yang memuaskan. Sistem break, enjin, lantai dan sebaginya sudah selesai. Skrg sembur antirust kat kedai sebelah bengkel. Enjin dah boleh running. Aksesori tunggu masa nak pasang jer. Sikit masa lagi boleh le layan mini Cooper pulak. Agak-agaknya, kalu bawak ke Behrang macam menarik juga. Aku cuma takut sakit pinggang sepanjang perjalanan atas lebuhraya utara-selatan tu. Apa-apa pun tengok keadaan dulu.

Mini Cooper

Kereta Projek 2 : (Morris)

Ini juga yang lama. Enjin dah boleh running. Geran dah bertukar tangan berbulan lalu. Baru ada masa nak belek-belek body. Banyak juga yang nak kena welding. Lantai, birai pintu dan sikit2 kat body. Walaupun diwelding, seni kat bodynya takmau diubah. Kalu siap memang mengancam. Cuma, bila nak siap je taktau.

Morris Minor


Continue Reading...

Nov 24, 2008

Apa khabar orang kampung...

Kata atuk aku, jika nak masuk rumah, baca bismillah dan buka kunci rumah. Itu kalu dah memang ada rumah. Kalu baru nak mencari rumah, aku kena ubah cara dan tektikal.

Kata nenek aku pula, di zaman moden ni, buka internet cari tempatnya dan cari ketua di kawasan tempat tinggal tu. Tambahan pulak jika kawasan yang dicari itu jauh daripada tempat kita sendiri.

Aku ada sikit hajat untuk tahun depan. Aku berhajat nak bagi pengalaman kat anak-anak aku suasana di kampung. Pengalaman itu penting. Aku rasa sebegitu kerana sudah berbelas tahun aku tinggal di bandar dan kawasan perumahan.



Oleh kerana mem besar aku mengajar di SK Sungai Behrang yang berada di kawasan felda dalam kampung, aku telah dapatkan sedikit view daripada rakan-rakan maya di Tanjung Malim pagi tadi. Lepas magrib, aku check website Pejabat Daerah dan Tanah Tapah. Beberapa maklumat aku perolehi di situ. Alhamdulillah.

Aku terus call ketua kampung kawasan situ. Tok Ketua Jamaluddin Mat Kamis (012-XXXXXXX). Beberapa maklumat aku perolehi tentang tempat tinggal yang aku inginkan. Kompom, minggu depan aku riki rumah dengan Tok Ketua. Imam Masjid di kawasan kampung tu juga ada rumah sewa. Ermm... menarik juga! Yang paling penting, YB ADUN Slim adalah orang kampung tu. Y.B. DATO' MOHD. KHUSAIRI BIN ABDUL TALIB. Ermm...

p/s :

Ini semua perancangan kita, sampai masanya nanti mungkin berubah, maka kita kena bersedia dengan apa jua keputusan di saat akhir kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang.. hanya ALLAH S.W.T jua yang lebih mengetahui, apa yang terbaik buat kita...

Selamat Datang BEHRANG
Selamat Tinggal KLUANG

Continue Reading...

Buat seorang sahabat

Pepagi lagi, hp aku berbunyi lagi... ada sms bertandang. Ada note bersama dengan sajak yang ringkas dan padat. Daripada seorang SAHABAT.

(Terciptanya sajak ini adalah atas rasa kekaguman dan dan hormat yang wujud setelah aku semakin tahu kebenaran tentang siapa dirimu)

Mengenalimu
Adalah suatu kebetulan
Adalah anugerah daripada Allah
Semakin mengenalimu
Membuat aku kian leka
Di laman waktumu
Menyingkap setiap helaian
Watak dan perwatakanmu

Namun
Semakin mengenalimu jua
Membuat aku semkain takut
Akan satu KEHILANGAN..


Continue Reading...

Nov 23, 2008

Kacamata Angriani tentang....

Aku tertarik dengan artikel yang disiarkan dalam blog AGRIANIWORLD. Penulis mampu menjelaskan makna POLITIK yang mempunyai bayak maksud tersirat. Pengurusan dan urustadbir negara dan pengurusan rumahtangga boleh disingkap melalui artikel tersebut. Aku copy dan paste je artikel tersebut. Boleh ke angrianiworld? Hehhehe. Dah amik baru cerita..boleh ke lagu tu?
:: Gambar hiasan ::

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan.

“Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.

Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”. Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan. :d

Komen aku:

AzlanlinNo Gravatar Said,

Your comment is awaiting moderation.

Banyak justifikasi yang boleh dilihat daripada penerangan maksud ‘politik’ yang digambarkan oleh minda seorang ‘anak’. Walau simple tetapi mendalam.

1. Sudut Investor :

>> Mencari ruang dan peluang ‘perniagaan’ baru apabila pemerintah ‘lena’ dan ‘tertidur’ akibat ruang keselesaan yang diwujudkan oleh investor. Peluang datang sesekali apabila orang sekeliling leka.

2. Sudut Pemerintah:

>> Mudah leka dan pekak apabila timbul isu yang diluarjangka. Mindanya terarah dan tidak kreatif dalam mengawal selia pergerakan investor. Bayangan dan gambaran yang diberikan tentang perjalanan bisnesnya cukup melelapkan mata pemerintah. Hati-hati wahai pemerintah!!!!

3. Sudut Kelas Pekerja:

>> Menerima apa jua imbalan yang sedang, akan dan bakal diperolehi tanpa menilai baik dan buruk. Selagi mendatangkan penuh poket hasil kerja yang ditawarkan oleh investor cukup lumayan…jadi ajer.. Janji masyukkkkk!

4. Sudut Rakyat:

>> Keperitan dan kepayahan apabila ditimpa musibah sukar diselesaikan sendiri perlu dirujuk kepada pemerintah. Walhal, pemerintah sedang leka dan asyik masyuk lena yang diulit mimpi indah hasil bayangan yang diberikan oleh investor cukup memberangsangkan.. Kepada siapa lagi rakyat hendak megadu nasib? Pemerintah ooo pemerintah… hehehhe

Kesimpulan:

>> Pemerintah harus ada ’super power’ yang cukup padu. Kalau sekadar menempel di sebelah investor untuk mencari kekuatan meneruskan kuasanya, pastinya akan leka dibuai mimpi indah tanpa memikirkan kebajikan rakyat. Maklumlah, pemerintah yang selesa! Oleh itu JATI DIRI dan pembentukan halatuju amat penting…

Hehehehhe… ada komen lain? Pemerintah..ooo..pemerintah!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gabungan setiakawan, jujur, amanah, bertanggungjawab, memahami, alert dan telus amat dalam memainkan peranan amat-amat penting...

APA KATA ANDA?

Continue Reading...

Nov 22, 2008

Kotak dan kehidupan

Pepagi lagi, mem besor dah gegarkan aku untuk mencari kotak-kotak untuk proses mengemas barang di rumah aku dalam minggu hadapan.

Aku dan anak-anak parking kereta di belakang Giant dekat taman perumahan aku. Aku berhenti tepat dengan longgokan kotak-kotak yang dikumpulkan oleh pihak pengurusan Giant.

"Assalamualaikum cikgu...Lama tak nampak" suara yang aku dengar di sebalik susunan bongkah kayu yang siap sedia diangkut.

Aku lihat pemuda itu menguntum senyuman. Janggut sejemput dan misai yang rapi.. Aku balas senyumannya.

"Wa'alaikum Salam... rasa macam kenal je awak ni" jawabku dengan nada terkejut kerana aku kenal iras-iras wajah pemuda itu.

"Awak kerja di sini ke?"

"A'a cikgu. Kat tingkat 2. Udah 2 tahun cikgu."

"Patut la tak pernah jumpa", balas aku.

"Aku nak cari kotak yang besar-besar sikit nih. Nak simpan barang. Ada ka?", kata aku lagi.

Sememangnya aku berbahasa aku je dengan bekas-bekas pelajar aku. Ini kerana aku tak berminat membina tembok perbualan dengan aku apabila mereka ni telah dewasa sekarang.

"Tak pa cikgu, nanti saya ambilkan." kata pemuda itu.

Itulah perbualan aku dengan bekas pelajar aku. Hampir belasan tahun, aku sering mengajar di 'kelas-kelas belakang'. Tak pernah aku mengajar untuk matapelajaran utama untuk kelas-kelas di hadapan. Bukan mudah sebenarnya untuk mengajar di kelas-kelas belakang. Tak ramai yang gemarkan kelas-kelas seperti itu. Bagi aku, mana-mana kelas pun boleh. Maklumlah, karenah dan tahap mereka cukup membuatkan kita erti sabar dan cool.. Aku lebih gemar memberi pengetahuan dan kemahiran asas untuk mereka. Sering juga bercerita tentang kehidupan dan sering melihat kekuatan dan bakat mereka. Jika nak dijuruskan pada akademik, pastinya membebankan mereka.

Akhirnya, dapat juga beberapa kotak yang besar untuk proses mengemas barang di rumah. Terima kasih kepada kalian kerana kalianlah aku belajar erti sabar dan cool.
Continue Reading...

Nov 20, 2008

Aku ialah...

Selepas bersarapan pagi, aku masih berbual dengan kakak aku di rumah pusaka di Pantai Remis. Pepagi lagi, hp cokia aku udah berbunyi.

Kring..krinnggg...

"Yang, ada call pepagi ni" kata mem besor sambil unjukkan hp cokia tu pada aku.

"Assalamualikum, boleh bercakap dengan Encik Azlan", terdengar suara dari telefon cokia aku.

"Wa'alaikum salam, saya bercakap. Dengan siapa saya bercakap ni yer?" balas aku.

"Saya XXXXX dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kluang", balasnya.

"Apa yang saya boleh bantu?

"Ermm..bengkel kereta Encik Azlan di mana lokasinya ek?"

"Simpang Renggam", balasku lagi.

"En Azlan kategori OKU yang mana ek?"

"Fizikal, kenapa?" soal aku.

"Begini..... Jabatan sedang mencari calon OKU dalam daerah Kluang untuk dipertandingkan ke peringkat Negeri Johor. Bila diteliti, Encik Azlan layak untuk dicalonkan untuk peringkat daerah ke peringkat negeri Johor" kata pegawai tu lagi.

"Alhamdulillah. Cuma sekarang saya berada di Perak. Insyallah, Sabtu ni, saya balik semula ke Kluang."

"Baiklah, Isnin depan, Encik Azlan datang ke Pejabat dan isi borang pencalonan. Pihak daerah Kluang akan menyokong sepenuhnya." kata pegawai itu lagi.

"Insyallah, kita jumpa di pejabat Isnin depan En. ......."


Ermm...apa agaknya dokumen yang aku perlu isi dan sertakan. Tengoklah nanti..


Continue Reading...

Nov 17, 2008

Cari Imej

Dalam mencari imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog, biasanya saya akan menggunakan Google Image Search. Namun, perlu diingat bahawa tidak semua dari imej ini boleh digunakan secara sah kerana masalah hak cipta. Silap haribulan, boleh kena saman kalau silap pilih imej. Foto stok pula menawarkan imej yang semuanya boleh digunakan secara sah, tetapi biasanya pilihan adalah terhad.

Jadi saya beralih kepada Compfight, iaitu enjin carian imej untuk Flickr. Kalau anda belum tahu apa itu Flickr, ia adalah laman perkongsian foto yang paling popular di dunia.

Contoh paparan imej pada skrin laptop/pc anda

Compfight memaparkan hasil carian dalam bentuk thumbnail. Ini sangat berkesan kerana anda hanya mahu melihat imej tersebut tanpa sebarang teks-teks lain yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menapis imej-imej tersebut kepada Creative Commons ataupun komersil.

Sayangnya, Compfight tidak dapat dipaparkan dalam Opera. Buka Firefox anda untuk menggunakan laman web ini.

Sumber: Komputer

Komen aku:

Cukup menarik, mudah dan baaaannyaaakkkkkk gambar yang menarik!

Continue Reading...

Nov 13, 2008

Montaj Terakhir

Sekadar tatapan dan renungan serta rujukan aku di masa akan datang. Ini saja yang aku mampu lakukan untuk perasmian pembukaan oleh YB Hj Jais bin Hj Sarday di Majlis Anugerah Cemerlang di tempat kerja aku. pada 13/11/08 jam 8.30 pagi Moga-moga pengganti aku di tahun hadapan akan membuat yang lebih baik. Insyallah. Butiran YB tersebut ada di sini dan di sini.



Aku guna pelbagai software seperti Ulead Cool 3D, Photoshop CS, Adobe Element, Vegas 8, dan tapak untuk rander gabungan scene ni pada Ulead Studio 12 (software terbaru aku cilok!).

Sebenarnya, montaj ini dihasilkan dalam fail MPEG (video) bersaiz 139 MB. Jika aku nak upload video ni kat blog, jenuh la. Maka aku convertkan montaj ni ke fail WMV yang lebih kecil saiznya (9.37MB) tanpa mengubah rupa paras dan kualiti paparannya. Aku convert menggunakan software FormatFactory ( semalam aku cilok software ni.)

Sebenarnya, banyak scene dalam montaj ni, aku dah buat beberapa tahun lalu. Aku cuma ubah suai menjadikan ianya lebih releven mengikut keadaan semasa. Heheheh. Work Smart kata nenek aku.
Continue Reading...

Nov 11, 2008

Tanda-tanda

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.


21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sumber: Mayang Sari

Continue Reading...

Nov 8, 2008

Cubaan pertama, Lie..

Terima kasih pada anak menakan aku. Aku tau dia berbakat. Aku akan paksa juga hingga berjaya. Kekadang tekanan yang diberi, pasti melonjakkan usaha ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Lie, bakat yang ada usah dipersiakan. Lakukan sesungguh-sungguh. PakTam yakin bahawa Lie mampu hasilkan yang lebih baik. PakTam nak Lie akan buat side income dengan bakat yang ada. Pastikan sebuah blog akan wujud berkaitan dengan menjual kemahiran melukis Lie itu. Buat sesungguh-sungguhnya..Insyallah.. Paktam benar-benar YAKIN bahawa...Lie sememangnya berkemampuan untuk laksanakannya... Teruskan Lie! Langkah yang JAUH, bermula dengan langkah pertama Lie!

Ini baru cubaan pertama Lie!

PakTam berkenan gambor ni dijadikan potrait..Boleh Lie kan?


Continue Reading...

Nov 7, 2008

Jumpa Semula...

Bukan mudah berjumpa sesuatu yang terpaksa berpisah di suatu waktu dulu. Kena pulak sesuatu yang sememangnya perlu berpisah. Apabila berpisah, dibatasi dengan laut, berjarak beribu batu tentunya sukar untuk berjumpa semula.

Bagi aku, peluang datang hanya sekali. Bukan mudah untuk mendapat peluang. Segala halangan harus diketepikan untuk mengambil peluang itu. Itulah yang selalu aku lakukan. Jika datang kedua kalinya, itu benar-benar rezeki.

Hingga Selasa lalu, aku masih kepenatan selepas aku pulang dari Kuala Lumpur menghantar mak dan bapak mertua ke Kelana Jaya pada hari Ahad. Sampai di Kluang pada jam 3.00 pagi. Pinggang aku jem!

Petang itu, aku dpt sms kawan lama aku. Kawan yang tinggal di sebelah bilik aku tahun lepas. untuk KSPK di IPPM. Choo namanya. Kini, dia mengajar di SK Pendidikan Khas di Samarahan. Dia berkursus perihal tanaman sayur di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang. Seramai 32 orang guru PK seluruh Malaysia yang bertapa di situ selama seminggu. Hari ini mereka pulang ke tempat tugas masing-masing untuk dilaksanakan segala ilmu kepada anak didik mereka.

Malam Rabu lalu, aku bawa Choo ronda bandar Kluang dan jamunya Itik Panggang beserta tomyam. Satu-satunya restoran yang menyajikan itik panggang di Kluang yang boleh di makan oleh penduduk Islam. Seorang Mualaaf yang buka restoran tersebut.

Selepas itu, aku bawa Choo pergi ke rumah Brader Joe di Kg Tengah untuk mengurut badan aku yang dah lemah gemalai..nasib ko le Choo, kena ikut aku. Terima kasih Choo, kerana bawa ole-ole dari Sarawak, ikan terubuk masin!

BERTEMU DAN BERPISAH

BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA
HILANG DI MATA DI HATI TIDAK LUPA

BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA



Continue Reading...

Nov 5, 2008

Maktab Perguruan Ipoh Perak (92-94)

Hari ini aku merayau-rayau lagi ke rumah orang. Aku dah selalu nampak rumah seorang mamat ni tetapi aku tak masuk-masuk pun. Maklum le, tuan umahnya tak pernah lintas depan rumah aku. Maka hari ni aku masuk ke rumahnya. Aku meronda-ronda sakan. Aku tinjau dari luar rumah, ke ruang tamu, ke ruang dapur hingga le ke bilik tidurnya. Hehehhehe. Aku selongkar semuanya. Akhirnya, aku terjumpa sesuatu! Sesuatu yang bernilai. Lama sudah aku tidak menjumpainya.

Rumah yang aku selongkar ialah Mamat One Zaba! Pegawai PKG di Cameron Highland. Aku pernah ke Cameron Highland. Beberapa tahun lalu. Aku pernah ke kuarters tempat tinggalnya. Aku singgah di rumah Bad dan rumah Asmadi. Tika itu, aku aku belum ada blog. One Z ni pun belum ada blog. Hehhehehe. Kalu la ni aku ke sana, kompom aku akan jumpa dengannya.

Dalam aku selongkar rumahnya, aku jumpa gambar sahabat aku sezaman dan sekelas di maktab dulu. Maktab Perguruan Ipoh Perak (MPIP - 1992-1994). Badrul Hisham, orang Beruas yang bertugas di Cmaeron juga. Terimakasih One Z.

Bad sekeluarga - terbaru gamaknya!

Akibat menyelongkar itulah, terdetik kat hati aku untuk buat entri khas untuk kawan-kawan lama aku jika mereka search tajuk entri ni. Mana la tau, kalau-kalau dapat bertemu semula. Tak banyak yang aku akan coretkan kerana hanya gambar mampu menceritakan sebahagian warna-warni kehidupan aku di zaman itu.

Geng sekelas : Unit K3 - MPIP


Kenangan : Aku dan JIPANG

Aku menyelaras program Menderma Darah di maktab.


Aku cuma Si Tukang Kopek Bawang


Dalam bayak kumpulan, kami juga yang layak JOHAN

St John Ambulans :JOHAN memasak
(walaupun aku tukang kopek bawang)


Sambutan Birthday utk LIE MID
(dgr cerita dah jd lecturer)


Bad, Din Muda dan Aminuddin
(Unit K3 - buka kedai makan sempena majlis konvo)


Main kompang sambutan VIP di Maktab.

Aku tengah usha-usha Mem Besor
[ hehhehe..kantoi! ]
Continue Reading...

Nov 4, 2008

Sindrom Anak Kedua

Dalam pada aku merayau-rayau dan mengunjungi rumah kawan-kawan maya, aku menjumpai hasil idea penulis dan diselitkan dengan pengalamannya sendiri. Boleh jenguk di sini. Aku tak mengedit langsung hasil penulisannya.

Gambar Hiasan

Sebenarnya telah lama saya memendam tajuk ini. Ini adalah kerana perkara ini adalah sangat mengganggu perasaan saya. Namun saya menyedari akhirnya, sindrom ini bukan tiada ubatnya. Ubatnya ada dan caranya sama dengan anak ke tiga ke sepuluh atau anak keberapa sekalipun.

Berbalik kepada prinsip yang saya percaya, setiap sesuatu itu ada puncanya. Jika di hujungnya salah, maka lihatlah kepada punca itu. Seterusnya rawatlah punca itu dengan saksama. Bagi saya adalah mustahil atau susah untuk menyelesaikan sesuatu itu tanpa mengetahui puncanya.

Sebenarnya, perkataan ini muncul bila saya tengok Dr Fadhilah Kamsah dalam TV atau majalah saya tak pasti. Tapi dia mengatakan ada perkara ni. Sindrom ini terjadi bila mana satu2 keluarga tu meminggirkan anak kedua lantaran anak pertama tu dia sayanglah sebab yang tu anak pertama. Then bila ada anak ketiga, dia akan rasa terpinggir sebab anak pertama masih tak hilang prioriti dia dan anak ketiga dimanjakan sebab dia yang paling kecik.

Keadaan ini sangat padan dengan orang yang saya perhatikan. Saya rasa betul dia kurang diperhatikan oleh ibubapanya sehingga dia jadi begitu. Namun begitu, anak kedua akan cepat pandai berdikari sekalipun mereka sukar difahami.

Berbalik kepada permasalahan yang selalu timbul dalam hidup mereka, puncanya hanya itu. Mereka kurang mendapat perhatian ibubapa. Setelah itu, mereka terjebak dengan kehidupan yang kurang mendidik di luar rumah. Maka perangai tak elok itu akan trus menjadi sebati dalam kehidupan mereka.

Sekalipun di umur mana mereka, apabila sahaja kita ingin membantu, kaedah bercakap secara lembut saya rasa jarang gagal. Sekalipun gagal, kita telah mencuba untuk mengubah mereka bukan? Mungkin ketika bercakap atau menasihati mereka, adalah lebih baik duduk di sisi mereka dari duduk berhadapan. Kerana apabila kita berhadapan, tidak ada galakan untuk kita menyentuh mereka dan apabila mereka memandang wajah kita, mereka pula akan malu bersuara.

Berbanding duduk di sisi, kita akan mudah untuk memeluk bahu mereka dan mereka akan bercakap dengan kita tanpa rasa malu. Memang dorongan untuk menasihati pada setiapp orang itu adalah pekerjaan yang susah. Sekalipun kita pandai berceramah di khalayak ramai namun bagaimanakah sumbangan kita bila kita hanya berduaan dengan mad'u (iaitu golongan yang didakwah).

Sebenarnya, saya terlalu lama mahu mendekati satu jiwa ini kerana saya sayangkan dia. Tapi adalah susah untuk melakukan ini kerana saya melihat dia terus2an tidak mendapat sokongan ahli keluarganya yang lain. Namun saya cubalah juga melakukan sesuatu yang terbaik dan semoga hati itu berubah.

Apabila melihat Usamah (my 2nd son) saya sering berdoa, semoga sindrom ini tidak menguasai dia. Saya sedar adakala benar saya melayan dia seperti yang saya nyatakan di atas. Namun saya pohon, kebanyakan masa agar saya sedar saya meminggirkan anak dan saya akan memperbaiki keadaan tanpa lengah.

Usamah, kalau umi terlebih garang ke, bukan sebab umi terlebih sayangkan kakak, atau kadang umi tak cubit Uwaiys atas satu kesalahan yang sama bukan sebab umi tak sayangkan Usamah. Umi sayangkan Usamah sama macam Umi sayang kakak, Uwaiys dan Arwa. Cuma Usamah perlu banyak belajar sbb tanggungjawab umi, bagi anak2 umi besar dalam keadaan yang terdidik. Maafkanlah umi ye kalau umi ada terlebih ganas dengan Usamah...

Buat jiwa yang saya ingin dekati itu, jika terbaca ini maka ketahuilah, yang 'Kak sayang sangat pada hang, semoga ALLAH akan memberikan hidayah pada hang sesegera yang mungkin. Umur kita makin pendek. Jangan turutkan sangat layanan orang pada kita kerana ALLAH sentiasa bersama dengan kita.'
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template