Sep 29, 2008

Maaf Zahir & Batin



Kami sekeluarga mengucapkan

Selamat Hari raya AidilFitri
Maaf Zahir dan Batin


kepada:

MakLong dan PakLong di Nenering
PakNgah dan MakNgah di Kuching
PakLang dan MakLang di Putrajaya
MakNjang dan PakNjang di BumiHijau
PakNdak dan Makndak di Sg Batu
PakTeh dan MakTeh di Pantai Remis


Hj Paiman dan Hjh Bariah di Nyalas, Melaka
Rozeli dan Rasidah di Paya Rumput
Roslina dan Rasid di Kementah
Rosnizan (my ass manager 1 - JITU AUTO)
Faizul (my ass manager 2 - JITU AUTO)
Para Pekerja JITU AUTO


juga kepada rakan taulan
dan para pembaca blog ini.




Continue Reading...

Sep 22, 2008

Cari kata sepakat - Siri 1

Agak terlambat aku ikuti perbincangan kaum ibu di blog Combi. Amat menarik. Tapi aku terlepas. Walaupun sekadar bertajuk sms, membawa konotasi yang amat besar. Konsepnya ialah kepercayaan dan saling mempercayai antara dua jiwa. Biasanya tajuk entri dan pendapat sebegini sememangnya hangat diperkatakan. Hampir tiada kata sepakat. Heheheh. Ye ke Combi? Sorry la Daklan terlepas untuk entri itu. Kalu idak, kompom panas. Hahahhaaha.

Begitu juga di blog emkayjb. Pandangan seorang yang bernama lelaki. Keinginan dan harapan. Semuanya berlegar dalam minda. Kenapa itu berlaku? Jarang kita duduk semeja dengan hidangan kopi o, akhirnya berbincang secara terbuka. Kenapa dan mengapa, dua jiwa tiada kompromi dalam hal sebegini. Ini mungkin fitrah hakiki antara dua jiwa antara wanita dan lelaki. Tiada jalan penghujungnya... Tanpa perbincangan, hanya sekadar memendam perasaan, minda berkecamuk akhirnya punah sebuah bahtera yang dilayari. Itu hakikatnya jika tiada kompromi.

Jika berterusan tanpa kata sepakat untuk ke arah yang lebih baik antara wanita dan lelaki, maka benarlah seperti yang digambarkan oleh Bro Jinggo. Penceritaan yang bersahaja dengan pengalaman langsung yang terpamer di hadapannya membuatkan cari kata sepakat di lokasi itu. Itu yang bahayanya.

Dengan ke semua entri yang aku perhatikan, aku berminat untuk kongsikan maklumat dalam majalah yang aku menjadi koleksi dan pembacaan aku dan mem besar.

++++++++++++++++++

En Jamal b Hj No berkesempatan ditemubual oleh penulis. En Jamal memilih tajuk yang menarik untuk berkongsi pandangan dengan pembaca. Ikuti pandangan En Jamal sebagai pakar psikologi, lelaki dan suami terhadap seorang isteri dan apa yang sebenarnya diperlukan oleh seorang lelaki.


Khas buat isteri-isteri....


Ketahui apa kehendak suami sebenarnya.


Kebanyakan wanita dan masyarakat selalu menyalahkan si suami apabila terjadi keretakan. Rumahtangga. Masalah yang paling besar dan sering berlaku ialah kerana suami cari perempuan lain dan keinginan suami untuk mengamalkan poligami. Tetapi punca sebenarnya berlaku masalah ini adalah dari rumah sendiri. Bagi seorang lelaki, kalu sudah bertekad mahu berumahtangga, maknanya dia sudah fokuskan dirinya itu tidak lagi hidup membujang dan bersedia mengubah cari hidup kepada seorang ketua dan suami yang bertanggungjawab serta memahami keadaan berumah tangga.



Lelaki perlukan kemanjaan dan kelembutan:

Lelaki tetap lelaki. Dia perlukan kemanjaan sampai bila-bila pun. Memang benar, si isteri mungkin sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak-anak, namun, keperluan suami usah diabaikan kalau mahu rumah tangga aman dan berjaya hingga ke akhirnya.



Tumpuan emosi isteri kepada suami harus berterusan. Jangan anggap, walaupun sudah berumur, lelaki tidak memerlukan semua itu. Jangan pula anda merungut, ”buang tebiat ke orang tua ni...?”

Sememangnya semakin berumur, lelaki semakin memerlukan kemanjaan dan belaian isterinya. Apabila lelaki tidak mendapatkannya daripada isteri, mulalah dia mencari dari luar dan itulah punca yang boleh menyebabkan keretakan rumah tangga..


++++++++++++++++

Komen aku:

Kata sepakat perlu di cari. Sikap sebegini yang ingin dimanjakan sememangnya ada dalam diri kedua-duanya antara wanita dan lelaki. Cuma pemahaman ke arah itu yang berbeza. Jika perbezaan itu cuba disama ratakan tentunya lebih menarik. Oleh itu, cuba cari kata sepakat. Kata sepakat dapat dicapai melalui komunikasi berkesan yang hebat. Komunikasi hebat diumpamakan seutas tali yang menjerut. Dijerut kuat, terjerut. Dijerut lembut dan perlahan, mengikat. Ermmm..fikir-fikirkanlah.

Maka, fahamilah kemanjaan yang ada dalam diri pasangan masing-masing. Layanlah sebagaimana anda ingin dilayan...Amalkan petua, apa yang diberi, itulah yang diterima. Yang penting KATA SEPAKAT, MEMBAWA BERKAT! Insyallah.



Continue Reading...

Kad AKU ..bukan Kad OKU

Dinihari, aku membelek email. Aku dapati rakan maya telah menghantar kata-kata puitis yang diciptanya sempena nama aku. Katanya, itu adalah apa yang dia fahami ttg aku dlm tempoh dia mengenali aku. Entah ya, entah tidak sebab aku mana tau nak nilai tentang aku sendiri...Yang tau aku ni agak pelik dan gila-gila sikit! Thanks my friend.

Aku titipkan semula menggunakan perisian adobe photoshope sesimple yang boleh, then aku cari gambar yang sesuai dengan jiwa aku dalam internet. Maka aku melakarkan kembali apa yang ada berserta dengan bait-bait yang diungkap oleh rakan maya aku. Aku amat-amat menghargainya..


Continue Reading...

Sep 20, 2008

Kembali bertaut...

Hari ini, aku kelebek email dan aku benar-benar tidak menyangka kerana ada sesuatu yang KEMBALI BERTAUT. Pastinya sudah hampir 18 tahun aku tidak bertemu dengan insan yang bernama Sdr Izzudin Ali.

Tinggi dan bijak orangnya. Bakat kepimpinan tidak lagi diragui semenjak di zaman sekolah khususnya Sek Men Ahmad Boestamam (SMAB), Sitiawan, Perak. Beliau adalah pengawas sekolah dan asrama sepanjang aku kenal beliau untuk tahun 1989 - 1990. Ketika itu kami sama-sama pelajar tingkatan enam rendah dan atas. Berakhirnya Peperiksaan STPM dalam tahun 1990, maka berakhirlah hubungan rakan sesama kami kerana masing-masing membawa hala tuju kehidupan masing-masing.

Telah memiliki 6 org cahayamata. Alhamdulillah.

Aku ingat lagi, Sdr Izzudin berjaya memasuki ke UPM selepas itu. Aku juga yang tertinggal di belakang sebab aku sentiasa terkebelakang. Heheheheh. Aku ingat lagi, terdapat 5 orang pelajar tingkatan enam yang memiliki 5P utk thn tersebut dan hanya aku seorang yg tidak berjaya memasuki universiti. Hahahahah. Aku tahu kenapa dan mengapa!. Malahan ada jua rakan-rakan yang memiliki 4P1R masih berjaya menjejaki ke tangga universiti, jika pemilihan universiti adalah tepat. Yang pasti, aku tidak refer sesiapa jua untuk mengisi borang permohonan ke universiti. Akhirnya aku tewas dengan runtunan nafsu dalam pemilihan universiti..

Berbalik kisah Sdr Izzudin, beliau seorang yang memang baik dan telus. Aku ingat lagi, semasa tahun 1990 itulah, demam filem Fenomena di panggung wayang sungguh meletup. Aku dan Sudin (dengar cerita bhw Sudin adalah Angkatan Tentera Udara) menyelinap keluar asrama bersama rakan-rakan pekerja kantin asrama pada waktu malam. Akhirnya aku dan Sudin kantoi apabila hendak memasuki pagar sekolah. Maklum le curi-curi keluar... kami ditangkap oleh sepasukan pengawas asrama yang diketuai oleh Sdr Izzudin. Thanks my friend. Sebenarnya, ada kisah kenapa kami kantoi..hahahha.

Untuk ke blognya, KLIK DI SINI:

Blog keduanya yang dibina.
Yang pertama dulu, tentunya dah lupa paswordnya. hahahha


Ermmm, aku agak nakal di zaman remaja. Oleh itu, aku amat mudah menghadapi watak nakal di kalangan anak-anak murid aku. heheh. Untuk anak murid yang baik, lagilah mudah untuk aku dekati....

Maka, aku benar-benar hargai perkenalan ini. Setiap kali aku pulang ke Perak, pastinya Sdr Izzudin, salah seorang yang akan aku hubungi untuk kami bertemu semula. Sayangnya, rezeki tidak menyebelahi kami. Masing-masing punya hal yang tersendiri sehingga kini kami masih belum ketemui lagi sejak 18 thn lalu .Insyallah..tunggu!
Continue Reading...

Sep 18, 2008

Gian tak Gian?


Pelaburan anda sebanyak RM80 anda dapat menjimatkan
RM240 (20 batang sehari) atau - Ni boleh beli motor baru!
RM480 (40 batang sehari) - Ni pulak boleh beli kereta baru!
RM720 (60 batang sehari) - Ni best... Apartment baru!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PEROKOK kini boleh menghentikan tabiat merokok secara lebih mudah dan selamat dengan perkenalan produk herba berhenti merokok, Rid-Tobak yang merupakan campuran enam herba ciptaaan seorang penyelidik dari India. 93% perokok yang menggunakan produk itu dapat menghentikan tabiat buruk itu dalam masa pendek dengan cara yang sihat.

Produk tersebut merupakan hasil ciptaan Dr. Chetan Somnath Mehta yang merupakan pakar penyelidik dalam bidang pemakanan nutrisi berherba dari India yang telah mengambil masa selama 12 tahun untuk menjalankan penyelidikan ke atas produk tersebut serta mengujinya sebelum digunakan oleh ribuan perokok.

Produk ini adalah gabungan enam jenis herba yang tidak mengandungi
sebarang sisa-sisa nikotin, bahan kimia dan tidak akan membawa sebarang kesan sampingan buruk ke atas mereka yang menggunakannya.

Untuk Maklumat Lanjut:

Klik DI SINI... DI SINI juga boleh.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kepada pengunjung:

Sebenarnya, aku terbaca dalam iklan di Berita Harian. Aku call pusat pengedar di KL. Aku dapatkan pengedar tunggal di Kluang. Malam tadi aku hubungi Dr Fauziah di Klinik Sri Perdana di Kg Gajah. Meredah dingin dengan ChintaHati untuk dapatkan Rid-Tobak. Berharga RM80.00. Aku cuba adalah lebih baik daripada tiada usaha langsung...kan?



Aku risaukan tahun depan, jika aku dah mula merentas arus ilmu, kompom rokok menjadi sahabat setia... Aku cuba dan aku usaha. Kesannya belakang kira..... Biasanya bab berenti sebegini lah yang aku selalu kalah....hehhehe

Oleh itu, mana-mana perokok tegar cuba-cubalah...

Continue Reading...

Order Online - 170908

Salam Ramadhan...

Tertarik juga apabila melihat Bro Jinggo membeli buku tentang WARNA yang ada kaitan dengan Personaliti manusia. Aku minta tolong PokCik Google dapatkannya untuk aku. Hari ini aku order 3 buah buku serentak. Alang-alang order, sekali je aku rangkum. Rezeki juga kerana sempena bulan Ramadhan ni, penerbit memberi diskaun untuk pembelian semua buku ini. Bila dicongak pada harga yang didiskaunkan tu udah boleh menampung untuk kos penghantaran menggunakan Pos Laju. Oleh itu pembayaran dibuat melalui Maybank2u. Tunggu...berapa hari agaknya ianya tiba di depan rumah aku. Paling lewat, hari Isnin kut.

Jika anda juga ingin order mana-mana buku yang berkenan, KLIK DI SINI.


Continue Reading...

Sep 16, 2008

Rakan Bermotivasi Tinggi

Hari ini aku bersms dengan rakan blogger baru. Bro Jinggo namanya. Seorang motivator yang bermotivasi tinggi. Nice personality. Aku layari blognya, menarik segala catatannya. Banyak info yang berguna. Teruskan mencurahkan bakti dan memberi input kepada semua pembaca.

Klik DI SINI.

Continue Reading...

Sep 14, 2008

Aku jumpa lagi...


Aku ni agak pelik sikit. Jika aku menggemari sesuatu, aku akan berusaha untuk dapatkannya. Walau lambat, akhirnya aku akan miliki jua. Tetapi dalam pencarian itu, mana-mana yang terbaik sahaja yang aku akan tunjukkan pada Mem Besar. Aku tahu di mana ada lubuk di situ akan ada ikannya. Setiap lubuk yang aku jumpa di sepanjang laluan aku, tetap aku jengah. Tetap aku belek, tetap aku kelebek, tetap aku sentuh. Walaupun ikannya tidak aku berkenan, aku tetap jengah juga. Itulah aku.

Hari ini, lepas Zohor, aku ngan mem besar meronda pasar Ramadhan di bandar Kluang. Bazar ini adalah anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kluang. Kali ini aku masuk melalui pintu utara bazar itu. Biasanya aku hanya memasuki pintu selatan. Dulu aku masuk ikut pintu timur. Melalui pintu utara, banyak greai baru yang belum aku jengah. Hati aku akan berdebar bila aku memandang gerai "bundle". Aku memang alergik. Jika Si Bongsu aku mengikuti kami, memang dia dah tau peel ayahnya. Jika melalui gerai yang sebegitu, dia pasti seret tangan aku untuk tidak menyinggah di kedai bundle. Petang ini, Si Bongsu tak ikut. Dia bersama abang dan kakaknya berehat di rumah sambil melayan PS2. Hanya aku dengan mem besar saja meronda-ronda dengan menaiki CHINTAHATI.

Mem Besar memang dah tau peel pelik suaminya. Hehhehe.

"Yang, ada bundle baru la. Kita belum jengah lagi kan?"

"A'a la, Jom. Mana la tau, kalau-kalau ada. Hehehheh. Tengok, mamat tu pun masih dok gantung2 baju lagi".

Mem Besar memang dah tau apa hajat aku. Beberapa buah bundle yang kami jengah sebelum ini, Mem Besar jadi penilainya. Sama ada sesuai atau tidak untuk aku miliki. Mem Besar juga akan jadi penentu nilainya. Aku sekadar tunjuk dan sebut. Apa-apa pun Mem Besar juga penentu keputusannya. Maklum le, bukan mudah nak jumpa sesuatu yang sememangnya kita minati.... Jenuh juga aku mendongak dan menyelak.

Akhirnya, aku jumpa juga T'SHIRT HARLEY DAVIDSON warna hitam. Bagi orang lain, apa la sangat nak beli-beli barang bundle. Bagi aku, nilainya sangat tinggi. Entah le, mungkin minat aku tu sejak dari zaman bujang lagi kot. Pantang nampak gerai bandle. Cuma, nak singgah atau tidak bergantung pada decoration sesebuah kedai itu. Mungkin aku jenis high taste kut! Hahahha.

Ada sesetengah kedai sebelum ni, aku pernah juga jumpa tshirt sedemikian rupa. Aku tak berkenan kerana warna corak dan tulisan harley atau chooper, terlalu "garang" sangat. Siap ada gambar tengkorak lagi...warrggg..tak berapa kena la dengan jiwa aku. Walau aku agak brutal, tetapi untuk corak sebegitu tak kena la ngan position aku. Hehehhe.

Kali ini, aku memang tergoda dengan t'shirt tersebut. Lembut sahaja coraknya. Very clean! Tak ada sampai keluar-keluar api seperti t'shirt2 yang aku temui sebelum ini. Ermmm, aku terus sambar dan bayar. Bagi aku, kalu aku dah berkenan, minda aku MACAM TAHU je utk seiring dengan HAJAT aku.. Hahhahahha. Boleh ke kata gitu? Alasan yang paling logik!

"Hello brader, kalu lu tak ambil kali ni, kompom la... mana-mana mat motor lain akan sambar beb!" Bisik minda aku sambil meruntun jiwa murni aku. Hahahha

Hahahhahahah. Akhirnya, aku yang menang, sebab aku yang beli dulu. Hahahhah.


Continue Reading...

Sep 12, 2008

Tiub baru..

Hari ini aku membaca sebuah entri seorang rakyat Malaysia yang sedang menuntut di Glaslow.. mengenai kisah seorang suami yang ingin nikah seorang lagi.. pengajarannya amat bermakna.

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"



Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.

Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Pagi ini, Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tiba-tiba..

Tit tit... sms menjengah masuk ke inbox hensetnya yang diletakkan di atas meja.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,

"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.



Kepada:

Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak Abg. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriatAbg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. dari air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

************MORAL OF THE STORY :

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.

Continue Reading...

Kaca Mata...






Continue Reading...

Sep 11, 2008

Bezanya kita...

Continue Reading...

Sep 6, 2008

Rundingan Tapak Masjid

Salam semua pembaca. Sempena awal bulan Ramadhan ni, tak banyak pengkisahan yang boleh dititipkan di blog ini. Macam maleh pun ada, macam sengal pun ada. Yang pasti, aku tak merokok di siang hari... hehehhe. Satu perkembangan sihat untuk sebulan!

Sebelum bulan puasa baru-baru ni, aku dapat pengalaman baru yang cukup berharga. Aku menjadi "kepala runding" untuk tapak masjid. Bagaimana nak memulakan cerita, pertengahan cerita serta pengakhiran cerita untuk rundingan itu. Inilah pegalaman yang amat bermakna bagi aku.

Dalam proses rundingan itu, akulah yang paling muda dan berinteraksi dengan orang yang berpengalaman dan pemimpin masyarakat di kawasan tersebut. Aku pula jenis brutal tetapi tetap ada lenggok ketika situasi itu. Alhamdulillah juga le sebab ramai penduduk di kawasan tapak masjid yang aku pergi berunding itu mengenali aku. Mereka lebih kenali aku dalam politik dan Gerakan Belia 4B tetapi tetap dengan panggilan Cikgu.

Aku belajar on the spot untuk menyebut tujuan kedatangan agar tidak tersasar daripada landasan tujuan sebenar. Semua ini berlaku secara tidak dirancang. Hari Khamis (28/08/08) aku sebagai wakil untuk merisik tanah tapak masjid pada tuan tanah yang menyediakan wakil untuk aku berbincang. Pada Sabtu (30/08/08) pula sekali lagi aku datang untuk berbincang untuk hantar deposit tapak masjid itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sebagaimana janji yang termetrai antara pihak aku dan tuan tanah, insyaallah pada awal November, akan melaksanakan pelancaran secara besar-besaran pecah tanah di tapak masjid itu. Tentunya ramai penduduk di kawasan sekitar akan dijemput menghadiri majlis pecah tanah tapak masjid itu.

Rundingan merisik tanah tapak masjid
28-08-08

Rundingan Hantar Deposit untuk tanah tapak masjid
30-08-08


Harapan aku agar urusan pembinaan dan menambah seri masjid oleh tuan masjid itu akan kukuh hingga ke akhir hayat. Insyallah.

Continue Reading...

Sep 4, 2008

Hakikat Keputusan

Dalam kehidupan seharian, kebanyakan daripada kita akan melalui situasi genting apabila perlu membuat keputusan. Kebanyakan kita akan mencari dan meneroka semua ruang sebelum membuat keputusan. Kebiasaannya, keputusan yang dibuat adalah tepat bergantung kepada gerak hati dan penilaian-penilaian tertentu.

Alhamdulillah, jika keputusan yang dibuat adalah menepati dengan kehendak dan keinginan kita seperti apa yang ingin ianya berlaku. Malangnya banyak juga keputusan-keputusan yang dibuat akan melencong sebaliknya seperti apa yang dirancang. Ini berpunca daripada faktor-faktor di luar jangkaan yang mengganggu semasa proses membuat keputusan selepas keputusan itu dibuat.

Perubahan impak hasil daripada keputusan yang dibuat mampu membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan stress atau sebaliknya. Bagi seseorang yang gemar menguasai keadaan, sebarang kesan daripada keputusan itu dibuat, ia akan melihat daripada sudut positif. Ketika inilah kekuatan minda dan kita menjadi TUAN kepada minda kita sendiri amat penting. Kita masih mampu tersenyum terhadap sesuatu yang berlaku hasil daripada keputusan yang dibuat. Ketika ini, pastinya mindanya akan merawang-rawang memositifkan keadaan dan menerima ketentuan yang berlaku.

Manakala, bagi orang yang mengikut keadaan, amat mudah menghadapi stress apabila keputusan yang dibuat tidak memberi benefit atau menikam dirinya... Pastinya perit dan kecewa untuk menerima sebarang keputusan yang tidak memihak kepadanya. Ketika inilah, kekuatan kita untuk menguasai minda amat diperlukan. Jika tidak jiwa kita sakit, hati menjadi remuk dan membawa kepada sakit jiwa.

Secebis kekeliruan dalam membuat keputusan


Walau bagaimanapun, setiap keputusan yang dibuat, khususnya melibatkan hati dan perasaan.. amat jenuh untuk dinilaikan kenapa dan mengapa keputusan itu dibuat. Kekadang juga kita tewas dengan minda sendiri apabila berada dalam situasi tersebut. Seumpama diluah mati emak, ditelan mati bapak. Maka, fokuslah pada permasalahan yang wujud, letakkan hati dan perasaan di sebelah (bukan dalam diri kita) demi membuat keputusan yang tepat. Selagi hati dan perasaan mengganggu minda kita dalam membuat keputusan, selagi itulah keputusan takkan wujud.

Justeru, mampukah kita bersedia ketika impak negatif terhasil daripada keputusan yang dibuat Sungguh jenuh dan payah untuk diterima walaupun seseorang itu memiliki kuasa minda yang kuat. Hanya padaNya sahaja tempat mengadu.

Oleh itu, dalam kita menjalani kehidupan seharian, jadilah TUAN kepada minda dan diri sendiri sepanjang kita meniti Warna-Warni Kehidupan.

Komen aku:

Kita hanya mampu membuat sebarang keputusan dengan redha setelah kita bersedia menerima apa juga hasil daripada keputusan itu. Kebiasaannya minda "orang berniaga" sememangnya dilihat amat kuat mindanya dalam membuat keputusan. Ini kerana golongan ini sanggup menerima sama ada untung atau rugi.

Anda bagaimana? Pernah melalui situasi sebegitu?

Continue Reading...

Sep 1, 2008

Cahaya Ramadhan

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template