Dec 16, 2008

Aku kena peghosoh..

Alhamdulillah. Aku dah boleh merayau semula di alam maya. Meninjau-ninjau rumah kengkawan secara senyap @ meninggalkan jejak. Sebelum ini aku dah berurusan dengan tmnet/tmpoint di T.Malim untuk line telefon dan streamyx. Malam tadi aku dah test line secara manual. Pasang modem streamyx dan guna kabel untuk sambungkan ke laptop aku.

Awalnya, aku boring jugak. Lampu ADSL dan PPP berkelip2. Itu tandanya line belum stabil. Lebih kurang 10 minit, lampu dah mula stabil. Aku masih belum boleh peghosoh masuk. Aku pulak dah terlupa password untuk setting modem ni ngan telefon baru. Walamak! Aku peghosoh macam-macam password. Sampaikan no pin kad bank pun aku masukkan. Hahahha.

Hantu betoi, rupa-rupanya pasword aku mudah je. Hampeh sungguh... lega! aku dah boleh pengosoh masuk ke intenet. Aku mula setting semula wireless dalam rumah. G2WiFi berlegar-legar dalam rumah. Aku belum setting lagi nak letak AP kat mana-mana untuk nak dapatkan wireless di bilik atas dan bawah secara serentak. Setakat ni, aku cuma letakkan AP atas peti ais je. Hehehhe. Mem Besor dok jeling-jeling kat AP tu. Hehehhe.

Dalam minggu lepa, aku just online guna Broadband Vodafone. Memang aku ada, cuma lama dah aku tak gunakannya. Simcard yang aku gunakan sebelum ni pun aku dah cut off. Jadi, aku online guna simcard handphone aku. Tak boleh lama-lama, mahai woiiii!

Siap saja dah boleh internet kat rumah aku, maka sah la penggunaan line telefon dan streamyx yang murah dengan kelajuan yang sama di Kluang. Untuk kelajuan 1M, bayarannya sekadar rm40.00 sebulan (asalnya-rm90) dan sewa line hanya rm1.00 sebulan (asalnya-rm26.00 sebulan). Ini terbuktilah bahawa sewaan RM41.00 yang baru ni hanya untuk golongan OKU! Alhamdulillah.

p/s: Sebenornya, aku boring keras tahap kejong! External Hardisk aku dah rosak masa dok kemas-kemas barang kat Kluang dulu. Terjatuh kat lantai. Bila aku buat connection kat laptop.. dah berbunyi..krek..krek..krek..! Boring! Abis semua software terbaru yang aku dok kumpulkan sebelum ni dah punah! Aku boring.....

Nampak gayanya, aku kena contact sifu aku semula gamaknya. Pagi tadi aku call Mr Azman kat Melaka, sifuu aku masa KSPK. Sifuu TokNabe kat Kluang pulak, aku tak tau bila lagi aku nak ke sana. Waaaaa. Aku berhajat software2 yang ada. Laptop aku dah nak kena format kasi segar sikit.....! Boleh noooo? Hehehehe

Sifu Mr DUN pun pasti ada jugak software2 multimedia kut...

6 Coretan Lain:

PakTeh on 12/16/2008 11:59 PM said...

Untung OK(uat)U. Rate separuh internet :D Lagi rajin la memblog lepas ni.

Untuk software laptop, pakai yg standard dah cukup rasanya. Ada banyak pun tak pakai semua. Cukup dgn MS Office, SPSS dan Photoshop CS4. Boleh dapat M.Ed & M.Blog. :D

Nak Kaspersky 2009 ori (1 year), mai balik Pantai :D

azlanlin on 12/17/2008 12:27 AM said...

To PakTeh:

Kalu dapat kumpulkan software banyak2...bila nengok tu, rasa mcm meriah jerrrr... hehehe. Saja pesen suka ngumpul kut...pakainya idak juga no...hehehhe

Waaa...Kaspersky 2009, 1 user ka boleh kongsi2? hehehe

zino on 12/18/2008 10:27 AM said...

zino kalau pasal komputer ni ada sorang sifu kat rumah ni.. tapi sekarang dah susah le sikit sejak dia kawin ni dan duduk jauh (sikit) ..

apa apa hal tunggu dia datang .. hehe

Abang Long on 12/20/2008 12:56 PM said...

Kiranya sekarang dah boleh berchatiting lah. Bagus. Jom blogghopping.

cendawanintim on 12/24/2008 8:00 PM said...

kembali mengganas...ganas la sangat..aisehhhhhh...

BEiB on 12/26/2008 8:56 PM said...

hehehe...
cuti-cuti ni nak merayau ke alam maya je laa...
jangan ke alam maknyah udah...heheh

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template