Sep 4, 2008

Hakikat Keputusan

Dalam kehidupan seharian, kebanyakan daripada kita akan melalui situasi genting apabila perlu membuat keputusan. Kebanyakan kita akan mencari dan meneroka semua ruang sebelum membuat keputusan. Kebiasaannya, keputusan yang dibuat adalah tepat bergantung kepada gerak hati dan penilaian-penilaian tertentu.

Alhamdulillah, jika keputusan yang dibuat adalah menepati dengan kehendak dan keinginan kita seperti apa yang ingin ianya berlaku. Malangnya banyak juga keputusan-keputusan yang dibuat akan melencong sebaliknya seperti apa yang dirancang. Ini berpunca daripada faktor-faktor di luar jangkaan yang mengganggu semasa proses membuat keputusan selepas keputusan itu dibuat.

Perubahan impak hasil daripada keputusan yang dibuat mampu membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan stress atau sebaliknya. Bagi seseorang yang gemar menguasai keadaan, sebarang kesan daripada keputusan itu dibuat, ia akan melihat daripada sudut positif. Ketika inilah kekuatan minda dan kita menjadi TUAN kepada minda kita sendiri amat penting. Kita masih mampu tersenyum terhadap sesuatu yang berlaku hasil daripada keputusan yang dibuat. Ketika ini, pastinya mindanya akan merawang-rawang memositifkan keadaan dan menerima ketentuan yang berlaku.

Manakala, bagi orang yang mengikut keadaan, amat mudah menghadapi stress apabila keputusan yang dibuat tidak memberi benefit atau menikam dirinya... Pastinya perit dan kecewa untuk menerima sebarang keputusan yang tidak memihak kepadanya. Ketika inilah, kekuatan kita untuk menguasai minda amat diperlukan. Jika tidak jiwa kita sakit, hati menjadi remuk dan membawa kepada sakit jiwa.

Secebis kekeliruan dalam membuat keputusan


Walau bagaimanapun, setiap keputusan yang dibuat, khususnya melibatkan hati dan perasaan.. amat jenuh untuk dinilaikan kenapa dan mengapa keputusan itu dibuat. Kekadang juga kita tewas dengan minda sendiri apabila berada dalam situasi tersebut. Seumpama diluah mati emak, ditelan mati bapak. Maka, fokuslah pada permasalahan yang wujud, letakkan hati dan perasaan di sebelah (bukan dalam diri kita) demi membuat keputusan yang tepat. Selagi hati dan perasaan mengganggu minda kita dalam membuat keputusan, selagi itulah keputusan takkan wujud.

Justeru, mampukah kita bersedia ketika impak negatif terhasil daripada keputusan yang dibuat Sungguh jenuh dan payah untuk diterima walaupun seseorang itu memiliki kuasa minda yang kuat. Hanya padaNya sahaja tempat mengadu.

Oleh itu, dalam kita menjalani kehidupan seharian, jadilah TUAN kepada minda dan diri sendiri sepanjang kita meniti Warna-Warni Kehidupan.

Komen aku:

Kita hanya mampu membuat sebarang keputusan dengan redha setelah kita bersedia menerima apa juga hasil daripada keputusan itu. Kebiasaannya minda "orang berniaga" sememangnya dilihat amat kuat mindanya dalam membuat keputusan. Ini kerana golongan ini sanggup menerima sama ada untung atau rugi.

Anda bagaimana? Pernah melalui situasi sebegitu?

15 Coretan Lain:

Yaya on 9/04/2008 9:41 AM said...

hurmm dalam kehidupan sy paling tak soka buat keputusan hu hu

Mak Su on 9/04/2008 11:30 AM said...

saya tak suka org yg susah buat keputusan, mereka selalu menyusahkan saya, dan selalunya, saya yang akan buat keputusan, muktamad. dan, cakap saya didengar...naper ek?

juleehana on 9/05/2008 5:06 PM said...

erhm..

membuat keputusan sentiasa menjuruskan kita ke arah yang lebih menampak kan apa yang kita inginkan dengan keadaan memenuhi kehendak orang lain dalam massa yang sama...tak gitu cikgu?

azlanlin on 9/05/2008 11:43 PM said...

To Aleeya:

Memanglah ada antara kita suka buat keputusan dan mengikut keputusan. Biasanya kita takut buat keputusan krn tak sanggup lihat kesan keputusannya...kan?

Kekadang kita juga taknak pening2kan kepala utk memikirkan tentang apakah keputusan yang terbaik untuk diambil..takutkan ada perkara2 yang terlepas pandang...

azlanlin on 9/05/2008 11:45 PM said...

To Maksu:

U r leader... tetapi jika kita mampu mengikut dan melaksanakan keputusan dengan baik...kita akan jadi lebih baik..

azlanlin on 9/05/2008 11:46 PM said...

To Juleehana:

Ada benarnya..cuma kekadang kita juga membuat keputusan lebih kepada keinginan hati dan kepentingan peribadi tanpa hiraukan kesan pd org sekeliling...mcm mana pulak tu yek?

juleehana on 9/06/2008 2:27 PM said...

Cikgu,

Boleh ke gitu?

Sebab saya rasa apabila cikgu sendiri membuat keputusan biasanya akan ada melibatkan pihak lain maka kebijaksaan cikgu ialah bagaimana cikgu seimbangkan kesan dan faedah keputusan, untuk diri cikgu dan mereka yang terlibat agar cikgu mampu memuaskan semua pihak termasuk diri cikgu sendiri...

Mungkinkah?

azlanlin on 9/06/2008 7:02 PM said...

To Juleehana:

Ada kemungkinan.... sebab semuanya harus dipertimbangkan. Namun untuk diri sendiri tetap ada. Jika tidak, letih la... Apa-apa pun nengok apa jenis dan situasi utk dibuat keputusan juga.. kan?

Juleehana pulak macam mana ek?

juleehana on 9/06/2008 9:54 PM said...

Cikgu,

Memang ada kebenaran dalam apa yang diperkatakan.

Selalunya kita akan melihat pada kelebihan dan keperluan membuat keputusan. Jika ada yang perlu diputuskan, akan dilakukan dengan tertib mendahulukan kehendak semua supaya akhirnya ia kembali menjurus pada kehendak sendiri.

Begitu selalunya, dan dari apa yang digarap oleh cikgu, rasanya itu juga laluan yang dituruti!

kan cikgu?

azlanlin on 9/07/2008 2:27 AM said...

To Juleehana:

A'a..rasanya kekadang main hentam kromo juga. hhehehehe. Ketertiban hilang entah ke mana. Dicarai tak jumpa. Maka hantam saja la Labuuu... hehehe

Apa-apa pun tentunya ada kelebihan mana-mana pihak. Yang pastinya takkan semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat tetapi itulah laluan yang terbaik. Maka tetapkanlah hati dengan keputusan yang dibuat.

Ye ke dgn apa yg saya tulis ni? heheheh. Macam yho-yho ooo je... hehhe

juleehana on 9/08/2008 4:12 PM said...

Cikgu,

Adakah cikgu merasakan keputusan yang telah dibuat lebih berpihak kepada orang lain berbanding diri cikgu sendiri?

Jika begitu, wajarlah cikgu tetapkan hati cikgu dengan keputusan yang telah cikgu ambil.

azlanlin on 9/09/2008 12:09 AM said...

To Juleehana:

Itu adalah sewajarnya apabila sesuatu keputusan yang telah diambil. Tak kiralah sesiapa yang lebih untung sama ada diri sendiri atau orang lain.

Namun, jika perubahan keputusan perlu diubah tatkala situasi dan suasana berubah dan memberikan kesan keputusan baru yang lebih baik..maka keadaan ini perlu diambil kira pulak...hehehhe

Boleh terima tak kalu cenggitu Juleehana? Hehehehhe

juleehana on 9/09/2008 2:23 PM said...

Cikgu,

Bermakna cikgu membuat keputusan berdasarkan keadaan dan bukan berdasarkan keperluan!

Di mana, dengan perubahan keputusan, cikgu masih berharap untuk memenangi keputusan yang telah diambil sekiranya ia tidak berpihak pada guru.

Kalau macam tu, cikgu belum tetap hati dengan keputusan yang dibuat kerana masih tertakluk pada perubahan pada saat akhir.

azlanlin on 9/10/2008 1:18 AM said...

To Juleehana:

Juga betul apa yang juleehana perkatakan.. sebab walaupun keputusan ketika ini telah dibuat masih lagi melihat keadaan ketika itu pula di masa akan datang..selagi masih keputusan hari ini yang lebih baik berbanding dengan keputusan semalam, why not diubah suai. Biasanya keadaan itu melibatkan keputusan-keputusan kecil.
bagi sesetengah orang akan memperkatakan tidak tetap pendirian!

Sebaliknya, jika keputusan besar yang perlu ditetapkan dan membahayakan keadaan, maka mana-mana angkubah yang boleh mempengaruhi keputusan..keputusan asal masih tetap!

Mudahkan..? Jika tidak kita akan menjadi STRESS!

azlanlin on 9/10/2008 1:43 AM said...

To Semua Pembaca:

Ada penceritaan di sebalik cerita di bawah:

Terdapat satu kisah…

Pada suatu malam, seorang wartawan muda menghadiri majlis meraikan kejayaan sebuah syarikat ternama. Di penghujung majlis, wartawan tersebut berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ternama tersebut yang juga seorang jutawan.

Wartawan tersebut bertanya,

“Datuk, boleh beritahu saya, apakah rahsia kejayaan Datuk?”

“Tiga perkataan,” jawab jutawan itu.

“Tiga perkataan? Apakah perkataan-perkataan itu?”

“Keputusan yang tepat!”

“Bagaimana Datuk boleh membuat keputusan yang tepat?”

“Satu Perkataan.”

“Apakah perkataan itu?”

“Pengalaman.”

“Pengalaman? Bagaimana Datuk mendapat pengalaman itu?”

“Tiga perkataan.”

“Apa tiga perkataan itu, Datuk?”

“Salah membuat keputusan!”

>>>> Maka tiada keputusan yang silap..kerana kesilapan itulah yang akan membetulkan keadaan di masa hadapan!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template